sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.

HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292453
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Friday, August 30, 2013

Bila tetamu dah mula naik tocang

Mula-mula mereka cakap kuat-kuat, lepas tu mereka makan makanan kita, lepas tu depa marah kita punya hobi akhirnya mereka halau kita dari rumah kita.

Keris Selit Kod MN 01 : RM450.00



















Panjang keseluruhan 10 inci
panjang bilah 7.4 inci
hulu/sampir kemuning
batang sarung halban plot
pendokok tembaga



Wednesday, August 28, 2013

Kerislok 7 pamor separuh Kod KH01 : RM520.00 SOLD mka

Add caption
Add caption



Panjang keseluruhan 15 inci
Panjang bilah 10 inci
Hulu/sampir kemuning
Batang sarung halban plot

Badik Kelantan Kod SP04 : RM170. termasuk pos dalam Semenanjung SOLD

Panjang keseluruhan 10 inci
Bilah 6 inci
Hulu/sampir kemuning
batang sarung sena

Badik Kelantan Kod SP03 : RM170.00 termasuk pos laju dalam Semenanjung SOLD

Panjang keseluruhan 10 inci
Bilah 6.5 inci
Hulu/sampir kemuning
batang sarung sena

Badik Besi Pupuk Kod SP02 : RM170.00 termasuk pos dalam semenanjung

Panjang keseluruhan 9 inci
panjang bilah 5.2 inci
Hulu/sampir kemuning
batang sarung sena

Badik Kelantan Kod SP01 : RM170 termasuk pos dalam Semenanjung SOLD


Panjang keseluruhan 9 inci
Bilah 5 inci
Hulu/sampir kemuning
Batang sarung sena

Tuesday, August 27, 2013

Berpencak

Tujuh gunung satu puncak
Puncak tumbuh si anak cengal
Sampai bila hendak berpencak
Hendak berjalan sendi dah sengal

Sampai bila hendak berpencak
Hendak berjalan sendi dah sengal
Dalam gelangang biarkan si budak
Kita yang tua elokkkan perangai

Dalam gelanggang biarkan si budak
Kita yang tua elokkan perangai
Ilmu dunia cukuplah kehendak
Jalan kembali hendaklah beramal 




Monday, August 26, 2013

Permainana dunia...

Kalau pisau mahukan tajamnya
Kalau keris mahukan pamornya
Kalau zamrud mahukan hijaunya
Kalau delima mahukan merahnya
Kalau nilam mahukan birunya
Kalau intan mahukan kilatnya
Kalu jam mahukan masanya
Kalau sahabat mahukan setianya
Kalau ilmu mahukan amalnya
Kalau hidup mahukan jasanya
Kalau mati .....jawablah sendiri

Kalutnya mengejar.....

Apa yang kau kejar..? Nama..pangkat...harta. Tak cukup makankah engkau? Cukup. Kalau cukup, kenapa kalut-kalut sampai menipu. Hidup kita ini tidak lama, mungkin esok atau lusa kita akan mati, kembali mengadap Tuhan Rabbuljalil. Jadi, carilah jalan pulang, tunaikan hak Allah dan tunaikan tanggungjawab sesama manusia.  Mati itu pasti.

Badik Kelantan kod MN01 : RM220.00 ( Sold ) adl


Panjang keseluruhan 8 inci
Bilah 4.8 inci
hulu/sarung kemuning
sarung tidak divarnish

Keris Gelanggang kod Y01 : RM370.00 ( sold) BDM

Panjang keseluruhan 14 inci
Bilah 9.8 inci
Hulu/sampir kemuning
Batgang sarung sena

Keris Gelanggang kod R01 : RM370.00 SOLD . Az

Panjang keseluruhan 14 inci
Bilah 10.5 inci
Hulu/sampir kemuning
Batang sarung sena

Sunday, August 25, 2013

Tajong RM3000.00 ( sold ) mka

Add caption
Add caption

 Hulu Patani ( Telok hala)
Pendokok perak
Bilah saras antik
Sampir kemuning
Batang sarung sena
Panjang keseluruhan 22 inci
Bilah 16 inci


Saturday, August 24, 2013

Doa orang-orang yang teraniaya

 Doa-doa orang teraniaya sentiasa dimakbulkan oleh Allah sama ada cepat atau lambat. Apabila kifarat Allah telah sampai maka ambillah iktibar dan pengajaran daripadanya. Semoga kita tahu dan sedar bahawa Allah itu Maha kuasa dan Maha Bijaksana dan Maha Pengampun. Namun kesalahan dan dosa pada manusia mestilah minta maaf pada manusia.

Badik coban RM150.00 SOLD . adh

Add caption

Panjang keseluruhan 8.5 inci
Bilah 5.5 inci
Hulu/batang kemuning
sampir/buntut sena

Kod no. 7 : Sepukal RM1200.00

Add caption

Panjang keseluruhan 17 inci
bilah 12 inci
hulu/sampir kemuning
batang sarung sena

Friday, August 23, 2013

Kod no13 : Anak Alang RM850.00 ( SOLD ) Kml

Add caption

Panjang keseluruhan 17 inci
Bilah 12 inci
Hulu sampir kemuning
batang sarung sena

Monday, August 19, 2013

Seni Tempur Kapak




Setiap senjata ada seni permainannya yang tersendiri. Kesesuaian tapak dengan jenis senjata juga mempunyai kaitan yang rapat. Biasanya jika senjata itu panjang, jarang menggunakan  permainan atau tapak yang terlalu rendah.

Dalam permainan Silat Gayong cara memegenag kapak ialah berhampiran dengan mata kapak, bukannya pada bahagian hujunh hulu kapak. Logiknya cara pegangan yang sebegini lebih selamat semasa membuat serangan, terutamanya untuk mengelak kapak dari mencederakandiri sendiri.

Dalam Gayong juga ada pentas kapak lawan tangan kosong. Permainannya berjengket-jengket menggunakan spring pada perut jari kaki. Kapak sering bertukar tangan kerana ada adegan rampas merampas kapak dari tangan penyerang.



* Terima kasih pada guru-guru tua gayong yang sudi menurunkan ilmu permainan kapak pada anak-anak gayong Bachok . ( Tq Pak Ngah Izahar)

Allah itu Maha Adil

Kuasa dan kekuasaan, Harta dan kekayaan, kawan-kawan dan rakan taulan, semuanya tidak dapat membeli kebahagian. Jika kita kuat jangan buli yang lemah. Jika kita ramai jangan buli yang bersendirian, jika kita kaya jangan buli yang papa. Apabila sudah sampai hukum dan ketentuan kau akan menangis mengingati buruk perangai masa silam.

Adab-adab berurusan....

Seringkali kita seronok bila dapat mengadap tukang besi\pandai besi. Bila dah Teruja kita lupa pula untuk bayar duit arang\duit letrik. Kadang-kadang minta repair sana sikit, minta repair sini sikit. Apa salahnya kalau buat-buat bertanya atau buat olok-olok untuk bayar sedikit. Janganlah bila hajat dah sampai blah macam tu jer. Tambahan pula yang main keris ni semua orang poket penuh, tukang pula kais pagi makan petang. Kais petang makan malam.

Sunday, August 18, 2013

Indahnya urusan Allah

Tuhan mengatur sesuatu dengan sempurna. Jika redha dan berserah padanya tiada lagi konflik dalam diri. Apa yang kita lihat dan fikir ialah keindahan Maha Pencipta yang mengatur dan mengurus hidup hambanya dengan begitu teratur hinggakan hambanya tertunduk malu untuk mengangkat kepala dan mengeraskan suara. Allah Allah Allah.

Friday, August 16, 2013

Salah pilih

Kadang kala pemikiran kita disirnakan oleh hobi. Ilmu yang dicari ditukar pula dengan besi, batu dan kayu. Utamakan yang utama dan lihat kembali bagaimana cara kita menuntut. Silap cara tak ke mana, berputar-putar sekitar besi, kayu dan batu.

Badik Sepat RM280 termasuk pos dalam Semenanjung


Panjang keseluruhan 9 inci
Bilah 4.5 inci
hulu/sampir kemuning kuning
buntut kemuning hitam
temim tanduk rusa


Tuesday, August 13, 2013

Rezeki Segantang

Bersyukurlah kepada Allah atas rezekinya kepada kita. Air mengalir di sungai jangan disekat. Sama- samalah memanafaatkan bukan memusnahkan. Nilai keikhlasan itu lebih manis dari sebutir intan.

Sudut pandang sebilah keris

Sudut  mistik -  biasanya peminat\penjual mendakwa keris mereka dari alam sebelah (alam buunian\ghaib). Keris juga dinilai dari sudut power atau tenaga yang ada padanya. Ada juga keris yang dinilai dari sudut khadam yang menjaganya. Wallahualam. Walau apapun, berhati-hatilah dalam apa jua uruusan agar ia selari dengan aqidah ISLAM Yang kita anuti.

Makluman

Kepada sahabat-sahabat yang sudah membuat bayaran pembelian produk saya, insyaallah proses pengeposan akan dibuat pada 15 hb kerana saya berada di luar kawasan. Harap maklum dan maaf dipinta kerana kelewatan.

Thursday, August 08, 2013

ALLAHUAKBAR, ALLAHUAKBAR, ALLAHUAKBAR. LAILAHAILLALLAHUWALLAHUWALLAHUAKBAR. ALLAHUAKBAR WALILLAHILHAMD.

Friday, August 02, 2013

Guru samah seria

Tidak semua cikgu adalah guru dan tidak semua guru adalah cikgu. Guru sebenar guru bukan boleh dibuat-buat dan tak menjadi ia kerana minat dan cita-cita. Kecik jangan disangka anak, besar belum tentu bapa.

Thursday, August 01, 2013

KOD NO 8. SARAS ANTIK RM700.00 ( SOLD ) mt.kml

Add caption

Panjang keseluruhan 18 inci
panjang bilah 14 inci
hulu/sarung baru

KOD NO.9 KERIS GELANGGANG RM370.00 ( SOLD ) aaziz

Add caption

Keseluruhan 12 inci
Bilah 10 inci
hulu/sampir kemuning
batang sarung sena