sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.

HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292453
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Sunday, March 31, 2013

Tukang sembelih


Kalau berkawan dengan tukang sembelih haiwan, dapatlah kita merasa  makan daging lembu dan kambing. Tapi kalau berkawan dengan tukang sembelih yang tak sembelih lembu tapi sembelih orang luka bekas pisaunya berparut sampai bila-bila. Tukang sembelih lembu pakai pisau tajam, tapi tukang sembelih orang pakai air liur sahaja.  Sekali sembelih dapat tiga empat ribu, tak payah berkas pakai tali, tak payah tiga empat orang pegang. Tepuk-tepuk sahaja, mangsa dah dapat di tawan, lepas tu peluk-peluk untuk balut luka dan rasa khuatir mangsa. Alahai sahabat....

Datang dan pergi..

Sudah lumrah , tiap yang hidup akan mati. Yang datang akan pergi, namun biarlah pergi kita berisi. Mati kita ditangisi dan dirindui, bukan di maki caci.

Thursday, March 28, 2013

Beko Selit RM600 (SOLD)

 Panjang keseluruhan 9 inci
Bilah 6 inci
Pendokok perak
Hulu/sampir kemuning
Batang sarung sena


Tokchu baru RM1200 ( SOLD)




Panjang keseluruhan 19 inci
Bilah 14 inci
Hulu/sampir kemuning
Batang sarung sena

Lawi Ayam RM130.00 (SOLD)



Add caption
Add caption

Panjang keseluruhan 8 inci.
Bilah 3 inci
Hulu/sarung kemuning emas

Sunday, March 24, 2013

Kata mengata...

Semakin dekat dengan tarikh pilihanraya bangsaku semakin kalut dengan fahaman masing-masing. Engkau kata aku, aku kata engkau. Aku korek rahsia engkau, engkau korek rahsia aku. Alahai Tanah Melayu yang bertuah.....apa nak jadi wahai bangsa ku Melayu.

Friday, March 22, 2013

Berserahkah kita?

Cakap senang, tapi  kita selalu risau takut dan tidak percaya atas takdir ke atas kita. Yakin itu bukan dimulut tapi dihati. Tuhan tidak pernah mengecewakan hambanya yang berserah.

Pedang Melayu berpamor SOLD

Add caption
Add caption


 Panjang bilah 23 inci.
Hulu sarung machang hutan


Keris Gelangang berpamor RM370 termasuk pos SOLD





Panjang keseluruhan 14 inci
Biah 10.5 inci
Hulu/sampir kemuning
Batang sarung sena

Melela lok 5 NOT FOR SALE

Add caption



Add caption
Panjang keseluruhan 16 inci
Bilah 10 inci
Hulu/sampir kemuning
Batang sarung kayu kerat telunjuk
Pendokok tembaga antik

Monday, March 18, 2013

Membeku....

Alahai, dah banyak hari tak update blog. Bukan tak berniaga... niaga tetap niaga. Alhamdulillah, update atau tak update blog sama sahaja, rezeki kita dah ditetapkan oleh s.w.t.  Semoga hati ini tidak goyah atas Takdirnya.

Wednesday, March 13, 2013

KURSUS 2 hari

sms lebih baik dari call - 
13 Mac hingga 14 Mac.

Saturday, March 09, 2013

Jangan jadikan matlamat

Minat dan hobi dalam dunia senjata Melayu jangan dijadikan matlamat nombor satu  dalam hidup. Berfikirlah dengan waras dan aqal yang jernih.

Thursday, March 07, 2013

Mengadu..

Tahap pertama kau mengadu dan merayu pada manusia, tahap kedua kau merayu dan mengadu pada tuhanmu, tahap ke tiga kau tak mengadu lagi, kau redha dan akur atas takdir tuhan atas dirimu. Bersyukurlah kerana kau diberi peluang untuk hidup dan meneruskan kehidupan.

Tuesday, March 05, 2013

Benci

Ibarat api dalam sekam
Memakan diri dari dalam
Yang rosak diri bukan orang