sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.

HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292453
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Saturday, June 30, 2012

Jangan terikut-ikut

Kekalkan rentak sendiri. Jangan sampai bila lihat orang berlari laju kita pun ikut nak berlari laju, bukankah kita dah tahu stamina kita takat mana. Nanti rebah di tengah jalan... tak sempat sampai ke garisan penamat. Berlarilah dengan selesa mengikut kemampuan.

Rezeki

Usah risau dan usah bimbang. Masing-masing ada bahagiannya. Rajin usaha, jujur dan bertawakkal kepada Allah pasti hasilnya baik. Biarlah gerak kerja kita dalam lingkungan redhaNya.

Thursday, June 28, 2012

Tempahan sahabat N9


Rapuh...

Pendekar-pendekar Melayu yang dadanya tidak diisi dengan takwa dan ketaatan pada Allah ibarat kayu reput. Mampukah kita berpencak dalam kubur, mampukah kita menahan panas neraka dengan ilmu perang yang kita pelajari.

Masa itu umur

Semakin tua rasanya semakin terlebih pula sibuknya. Urus itu, urus ini. Yang tak terurus ialah hati kita dengan Allah. Lupa.., lupa.. lupa. Sibuk mengurus dunia lupa pula akan  penyudah perjalanan.

Wednesday, June 27, 2012

AD


Add caption


Melela Lok 3 RM1450.00 ( SOLD)

Add caption
Add caption
Panjang keseluruhan 18 inci
Bilah 13 inci
Hulu /sampir kemuning
Batang sarung kayu sena

Tuesday, June 26, 2012

Tak sempat....

Maaf pada sahabat-sahabat... tak sempat nak masukkan barang dalam blog.

Monday, June 25, 2012

alahai

Pedang dah ada kesempatan pula yang tak ada

Sunday, June 24, 2012

Saturday, June 23, 2012

Ketam Budu Tempahan Sahabat

Memenuhi hasrat seorang sahabat, saya ikatkan tengkolok ketam budu untuknya.

Friday, June 22, 2012

Alhamdulillah

Thursday, June 21, 2012

Kuku Rimau RM170.00 OFFER RM110.00 ( SOLD)


Hulu tnduk rusa,sampir tanduk kerbau,sarung kayu serian, penyangga tembaga.
OFFER RM110.00
*************************************************************************

Tuesday, June 19, 2012

Lading RM250.00 tak termasuk pos


Panjang keseluruhan 19 inci
Panjang bilah + hulu 18 inci
Panjang bilah 12 inci
Hulu/sarung sena

Mohon Maaf

Maaf pada sahabat-sahabat kerana pedang tak sempat nak keluar malam ini. InsyaAllah malam esok atau lusa.

Monday, June 18, 2012

Ikhlas

Bila kita beramal , tiba-tiba ada lintasan yang menggugat keikhlasan kita. Sebenarnya ia terjadi kerana ada tarikan ke arah itu dalam diri kita. Tarikan itu ialah nafsu amarah kita. Tak perlu kita merejam yang di luar, rejamlah hati di dalam dengan zikir.

Mencari sisa-sisa kehebatan orang terdahulu


Mengapa mereka hebat? Apakah kerana kudrat atau kerana "bual/sembang" mereka. Mereka hebat kerana tauhid mereka pada Allah. 

Lalai

Dosa paling besar ialah lalai dari mengingati Allah

Sunday, June 17, 2012

Saturday, June 16, 2012

Keris Penyalang RM900 ( ON HOLD ) AD

Add caption
Add caption
Add caption



















Panjang keseluruhan 26 in
Panjang bilah 18.7 inci
Hulu/sampir kemuning
batang sarung sena

Saras Selit RM650.00 SOLD

Add caption
Add caption
Add caption


















Saras selit besi hitam
Hulu/sampir kemuning
Batang sarung sena
Panjang keseluruhan 12 inci
Panjang bilah 9 inci

Keris Gelanggang RM380.00 termasuk pos dalam Semenanjung ( SOLD) nik

Add caption
Add caption

Panjang keseluruhan 15 inci
Bilah 11.8 inci
Hulu/sampir/tapak kemuning
Batang sarung sena

Pendek Akal

Kadang-kadang kita jadi pendek akal bila terdesak. Apa yang kita pelajari dan anuti hilang entah ke mana. Helah-helah bodoh kita gunakan untuk melepaskan diri hingga hilang jati diri dan ketinggian budi. Lantaran itu jujurlah pada diri sendiri dan berpegang teguhlah pada ilmu kita yang sohih. Ilmu tanpa amal ibarat pohon tidak berbuah. Mengamalkan ilmu bukan diatas sejadah tetapi dalam urusan kehidupan seharian di dunia ini.

(17) Saras Kuku Bima RM1350.00 ( SOLD )

Add caption
Add caption
Add caption



Panjang keseluruhan 12 inci
Bilah 8.7 inci
Pendokok antik
Hulu/sampir kemuning
Batang sarung sena

(no.7) Saras lok 3 berpamor RM1450.00 SOLD

Add caption
Add caption
Add caption
Add caption



















Panjang keseluruhan 21 inci
Panjang bilah 16.5 inci
Hulu/sampir/buntut kemuning
Batang sarung sena plot

(10) Melela berpamor baru RM1500

Add caption
Add caption




Panjang keseluruhan 18 inci
Bilah 14.5
Hulu/sampir kemuning
batang sarung sena

Friday, June 15, 2012

Operasi tukar sarung, hulu,dan penyangga pedang milik sahabat


Perhatian kepada pemilik pedang sila hubungi saya kerana no h/p sdr telah hilang dari simpanan saya. Tq

Sarung tempahan sahabat


Tempahan Istimewa utk sdr dari Perlis


Tempahan Sdr Zaihan.


Tutup Kedai sementara.

Saya akan menghentikan buat sementara waktu urusan jual beli dan penempahan senjata serta barangan lain  bermula 15/5/2012 hingga 15/6/2012. Jika ada rezeki dan panjang umur urusan jualbeli dan lain-lain urusan akan disambung selepas dari tarikh ini. Terima kasih semua

Thursday, June 14, 2012

Cintakan dunia

"Hubbuddunya" . Berapa peratus kita cintakan dunia. Bagaimana nak mengiranya?

Allah Maha Kuasa

Tidak ada daya dan upaya makhluk untuk menghalang qada dan qadar Allah. Tiada kayu, batu dan besi hikmat yang mampu mengubahnya. Semuanya berjalan mengikut ketetapan Allah s.w.t. Niat, perkataan, perbuatan haruslah berlandaskan aqidah yang sohih dan benar. Allahuakbar Walillahilhamd.

Tuesday, June 12, 2012

Pakar

Ramai yang pakar dalam bidang masing-masing. Tapi  kepakaran yang paling afdal ialah pakar dalam ilmu ketuhanan dan mengenal diri.

Alat

Jadikan hobi dan minat kita sebagai satu alat untuk mendekatkan diri pada tuhan. Bila bertemu  dengan ahlinya bersembanglah tentang minat dan hobi kita, tapi biarlah cuma 5 atau 10 minit sahaja, agenda seterusnya  bersembang soal mati, jalan pulang dan hakikat kejadian insan.

Akhir perjalanan...

Orang yang alim dalam ilmu menjinak ular ramai yang mati kerana dipatuk ular. Orang yang pakar dalam perlumbaan motosikal mati kerana kemalangan jalanraya.

Beramal tanpa ilmu....

Sia-sia.

Sunday, June 10, 2012

Singkatnya usia....

Singkatnya usia kita. Jika dihitung-hitung rasanya tak berani nak diucapkan lagi. Ilmu agama kurang, amal ibadat juga tak seberapa... itu belum dikira lagi sempurna ataupun tidak. Yang kita besar-besarkan ialah hobi dan hal-hal dunia. Tolak campur kali bahagi, masa untuk berinternet lebih banyak daripada masa untuk Tuhan!

Alhamdulillah...

Syukur pada Allah. Segalanya selamat. Terima kasih pada sahabat-sahabat yang menghubungi saya walaupun kedai siber saya di tutup sementara waktu. Saya masih lagi dalam mood rehat. InsyaAllah kedai  CIKGU NASIR akan dibuka seperti biasa mengikut perancangan iaitu pada 15 jun 2012. Maaf dipinta pada sahabat-sahabat kerana tidak memaklumkan saat pemergian dan saat kembali.