sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.

Friday, July 20, 2012

Keris dan cangkul

Ada orang bila pegang keris berdiri bulu rom..nya. Bila pegang keris terketar-ketar kerana isinya. Saya pula bila nampak cangkul fikiran mula melayang, teringatkan zaman kanak-kanak dan remaja yang begelumang dengan cangkul sepanjang tahun untuk mendapatkan sesuap nasi bersama keluarga. Sebilah keris pusaka yang disayangi  di dinding rumah tidak mampu untuk mengemburkan batas, tak mampu juga untuk menggali parit ketika hujan lebat menenggelamkan anak-anak tembakau di sawah.  Namun tahyul Melayu memang hebat, keris adalah segala-galanya dalam kehidupan hingga mempu menjadi elemen pemurah rezeki, pemanis dan penunduk. Allah pengampun lagi maha penyayang.


2 comments:

Babah said...

Molek benar tu cikgu, jika keris dipusakakan ke anak cucu, cangkul pun harus menerima nasib yang sama.

Barulah anak cucu lebih beringat.

Kalau simbol hammer and sickle (☭) itu pernah menyatukan manusia sebelah sana, kenapa tidak cangkul & keris dijadikan inspirasi anak melayu menguasai bukan sekadar politik tapi ekonomi juga.

Perlu disertakan dengan iktikad yang satu itu.

...ke guano?

Mohd Nasir said...

Molek sengoti hi hi