sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.





HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292452
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Monday, December 31, 2012

Keris Gelanggang berpamor RM350.00 termasuk pos laju dlm Semenanjung ( SOLD)



















Panjang keseluruhan 14 inci
Bilah 10 inci
Hulu sampir Kemunin
Batang sarung halban

Sunday, December 30, 2012

untuk perhatian sahabat

Panjang bilah 14 inci

Untuk perhatian sahabat ( SOLD )

panjang bilah 20 inci

Saturday, December 29, 2012

Damascus Blade - Hampir siap utk Perhatian Sdr Ayie

Add caption
Add caption
Add caption



Friday, December 28, 2012

Perhatikan maksudnya....

Hobi adalah sebagai satu alat untuk memenuhkan masa lapang. Ada oran suka kumpul stem, ada orang suka kumpul keris dan ada orang suka kumpul botol-botol coca cola. Setiap hobi ada pengikut dan groupnya yang tersendiri, namun tujuannya ialah satu iaitu untuk berkongsi minat dan kesukaan yang sama. Hobi jika boleh memudaratkan perhubungan dan silaturrahim sesama kita adalah tidak berapa bagus tidak kira atas nama apa sekalipun.

Thursday, December 27, 2012

Khazanah laut (2)

Kima - Kerang besar

Indahnya ciptaan tuhan dari laut






Idaman kalbu Firdaus dah siap


Istimewa untuk Pendekar Safwan


Add caption

Wednesday, December 26, 2012

Keris dan bahaya...

Pada zaman moden ini jarang-jarang kita dengar orang kena tikam atau mati kerana keris, tapi orang bergaduh kerana keris pula yang ramai. Ini semua terjadi kerana semakin ramai yang menjadi pakar dalam menjejak asal-usul keris. Mungkin suatu hari nanti keris akan menjadi satu benda yang menakutkan semua orang kerana siapa sahaja yang terlibat dengan keris, maka mereka juga kan terlibat dengan "politik" keris. Bila sebut sahaja keris, tergambarlah pula pelbagai karenah negatif segelintir pemain-pemainnya. Lebih baik kita diam sahaja dan dalami ilmu untuk mati, hobi keris pula kita jadikan satu alat untuk menambah pendapatan. Keris oh keris.

Sunday, December 23, 2012

Mencari isi dalam hampa...

Ramai yang mencari isi dalam besi batu dan kayu, tanpa peduli ajaran agar mencari diri. Ramai yang bekerja keras memberi isi pada besi kayu dan batu, tanpa peduli untuk mengisi ilmu  di dada sendiri. Besi kayu dan batu adalah makhluk yang ada tugasnya pada Allah dan dijadikan untuk kegunaan manusia, bukan untuk berkongsi kuasa dengan Allah. Berhati-hatilah dalam menelusuri hobi dan perjalanan hidup ini.

Palsu...

Kita berpusing-pusing untuk benda yang sama. Ke hulu ke hilir membuat benda yang sama. Tidak ada perubahan. Kita berbangga  dan bersorak sorai dengan besi baru, tanpa peduli besi tua yang menunjangi diri. Janganlah terpedaya dengan igauan palsu.

Friday, December 21, 2012

Wednesday, December 19, 2012

OFFER Saras Baru RM550.00 ( SOLD)

Add caption

Panjang keseluruhan 14 inci
Bilah 10 inci
Hulu/sampior kemuning
Batang sarung sena

Charita besi Hitam - Offer RM650.00 ( SOLD) ZHN

Add caption

Hulu/sampir kemuning
Batang sarung halban
Panjang keseluruhan 15 inci
Panjang bilah 11 inci



OFFER RM650.00
******************************

Monday, December 17, 2012

OFFER RM350.00






Anak Badik RM150 termasuk pos dalam Semenanjung (SOLD)



Add caption
Add caption








Pedang Melayu RM350 ( SOLD)

Panjang keseluruhan 28 inci
Panjang mata 21 inci
Hulu sarung kayu halban
Penyangga tembaga

Lok 7 perut ular - RM1300 - OFFER RM1000.00 ( on hold)

Add caption
Add caption

Panjang keseluruhan 19 inci
Bilah  14 inci
Hulu kemuning hitam
Sampir kemuning
Batang sarung halban
Temim perak

Anak alang antik RM700 - OFFER RM650.00 (SOLD)

Add caption
Add caption
Add caption




Panjang keseuruhan 13 inci
Bilah q0 inci

Saras Baru RM750.00 OFFER RM550.00 ( SOLD)

Add caption

Panjang keseuruhan 15 inci
Panjang bilah 11 inci
Hulu/sarung/buntut kemuning
Batang sarung sena
Pendokok perak

(R26) Saras Antik RM1100.00 ( SOLD)

Add caption
Add caption
Add caption
Panjang keseluruhan 16"
Panjang bilah 16 "
Hulu/sampir kemuning
Batang sarung kemuning

Sunday, December 16, 2012

Jawaban untuk sahabat

Satu  darab satu = Satu, tujuh darab satu = Satu, sebelas darab satu = Satu. Nampak berbilang-bilang, jangan terkeliru dengan ilmu kalam. Semuanya hanya untuk memudahkan faham, bukan untuk diulang-ulang.

Kecil

Dunia ini tak sebesar mana, pusing-pusing di situ juga. Berselindung di balik telunjuk dan lalang sehelai tidak mampu menyembunyikan wajah sebenar kita .

Saturday, December 15, 2012

Alhamdulillah...

Setelah beberapa hari melancong ke negara jiran saya selamat kembali ke rumah. Maaf kepada sahabat-sahabat yang ingin berurusan. Insyaallah urusan bisnes saya akan berjalan seperti biasa pada isnin 16/12/12.

Saturday, December 08, 2012

Tempahan sarung sahabat


Gabunan kemuning hitam dan kemuning emas

Friday, December 07, 2012

Menjual

Banyak yang kita  jual, tapi sayangnya kita tidak menjual produk kita banyak menjual cerita. Nasihat saya pada adik-adik berhati-hatilah dalam berjualan dan juga memberi barang. Jangan kita sebarkan unsur-unsur syirik kerana RM. Bolehkah kita sebagai penjual mengesahkan dengan yakin bahawa cerita kita itu benar benar menjadi. Kesimpulannya kembaliah kepada Allah dalam semua perkara.

Kalsium

Seorang sahabat sms pada ambo tanya khasiat batu petir.    Jawapan saya: "Ketika usia  semakin tua kalsiumlah paling berkhasiat untuk tulang yang semakin rapuh".

*maaf sahabat jawapan gurau-gurau


Nombor Satu

Allah. Tiada sekutu baginya. Tiada yang berkongsi  kuasa dengannya. Tiada keris, permata, geliga atau kayu yang boleh memurahkan rezeki kita. Tidak ada benda yang boleh memberikan keberanian dan keselamatan pada kita selain Allah.  Bersandarlah terus pada Allah dalam semua perkara, jangan berlapik-lapik dan beralas-alas dalam mentauhidkan Allah.

Terima kasih

Terima kasih pada sahabat-sahabat yang prihatin terhadap blog saya. Saya masih berniaga cuma mengubah sedikit cara kerja. Tempahan masih banyak dan jualan juga masih sama macam dulu, insyaallah jika diberikan kudrat dan kelapangan masa saya akan teruskan usaha   "part time" ini dan terus menulis jika diberikan ilham. Terima kasih semua.

Tempahan tatahan perak sahabat dah siap.




Tuesday, December 04, 2012

Tua bukan bapak, muda bukan anak

Tidak semua ilmu dan amalan nenek moyang kita bersesuaian dengan agama Islam. Walaupun ilmu yang diwarisi itu "menjadi" tetapi kita mestilah berhati-hati dan membuat tapisan berdasarkan ilmu tauhid. Jangan sesekali terpedaya dengan permainan syaitan yan ingin kita bersama-sama mereka di dalam neraka.

emm... berkilat-kilat


Sunday, December 02, 2012

Friday, November 30, 2012

Hidup

Hidup ini amat singkat. Walau apapun dan siapa kita, tujuan adalah sama... mati dan kembali ke alam akhirat. Hidup ini tempat untuk kita diuji sama ada emas  tembaga atau kayu buruk yang reput begitu sahaja. Manusia yang bijak ialah manusia yang berikhtiar untuk mencari jalan matinya.

Hanya satu

Tidak dua dan tidak tiga. Tidak ada yang berkongsi kuasa denganNya. Tidak ada sekutu bagiNya. Hanya Satu .

Wednesday, November 28, 2012

Mencari keanehan

Manusia suka mencari sesuatu yang aneh, pelik dan kalau boleh "berkuasa". Kuasa itu pula boleh menjadikan pemiliknya nampak hebat, digeruni, dikasihi dan di.... pelbagai lagi kebaikannya. Namun manusia kadang kala sering lupa untuk mencari kehebatan Allah s.w.t di dalam dirinya.

Sunday, November 25, 2012