sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.

Monday, January 31, 2011

Menjolok mulut harimau....

Sesetengah orang suka main jolok-jolok. Jolok sana, jolok sini. Semua benda nak dijoloknya. Seronok. Sesekali jolok sarang tebuan, lari. Tapi, masih lagi seronok main jolok-jolok, akhirnya terjolok mulut harimau. Tunggulah...kita sama-sama lihat apa yang bakal terjadi.

Sunday, January 30, 2011

Terlalu banyak cakap....

Kadang-kadang kita terlebih cakap. Semua perkara kita nak cakap. Orang cakap benda A, kita pun cakap kita pakar dalam benda A, orang cakap benda B, kita pun membebel kita arif benda B. Pendek kata semua topik yang orang cakap, kitalah pakarnya. Kadang-kadang orang naik muak dan meluat tengok kita bercakap dan membebel perkara yang entah apa-apa. Berhati-hatilah bila nak bercakap tentang aqidah dan hukum hakam yang kita tak berapa arif, dalam kata lain perkara yang kita tak reti. Nanti kalau cakap terlalu banyak tembelang yang kita dok sembunyi selama ini pecah, satu dunia boleh hidu.

Pandai Saras baru tempahan sahabat ( SOLD)

OFFER RM850.00 ( 0N HOLD )

Panjang keseluruhan 16 inci
bilah 11.8
Hulu/sampir/batang sena
Hujung gagak lapar

Saturday, January 29, 2011

OFFER GYLING-GULING


OFFER RM850.00

Panjang keseluruhan 15.5 in
Bilah 11.2 inci
Hulu tak pasti
Sarung sena

Untuk apa belajar silat.....

Kalau dulu kita mengatakan belajar silat untuk mempertahankan diri, agama, bangsa dan negara. Kini orang belajar silat untuk macam-macam. Walaupun kalau kita berdebat mereka tidak akan mengakuinya. Lihatlah fenomena yang berlaku pada hari ini. Bila dah handal dan hebat, orang-orang silat boleh jadi satu ancaman pula. Ingatlah, hidup ini hanya sementara, sebaiknya penghujung kehidupan kita di jalan Allah, bukan jalan samseng dan jalan haram. Carilah redha Allah.

Friday, January 28, 2011

Masuk longkang....

Ramai juga yang masuk longkang bila dah banyak duit. Pelajaran agama sahaja tak mencukupi kalau tak diamalkan dalam kehidupan. Ingatlah hidup ini ada pasang surutnya. Guru-guru yang pernah mengajar kita tentang akhlak dan adab hanya mampu mendoakan agar kita mendapat yang terbaik di dunia dan akhirat.

Kayu dan besi

Terima kasih sahabat kerana sudi menghantar kayu kemuning pada saya. Gabungan bilah dan sarung yang cantik akan menjadikan seni keris lebih indah dan bermakna.

Thursday, January 27, 2011

Memburu....

Kalau zaman dahulu orang memburu untuk mengisi perut. Sekarang orang memburu pangkat, kerana dengan pangkat mereka boleh memerintah. Tapi yang peliknya bila dah berjawatan ada juga yang tak mampu diperintah.

Jangan memaksa....

Serahkan sahaja pada yang Esa setelah kita lakukan tugas kita dengan kudrat dan iradatnya.

Wednesday, January 26, 2011

Badik Pamor RM500.00

Tukang bakalan/canai Pak Mod
Sarung Tukang Din
Bilah 7 inci
panjang keseluruhan 9.5 inci

Tuesday, January 25, 2011

Sampai bila...

Kadang-kadang kita lupa bahawa langit itu tinggi.

RM1000.00 (SOLD)

Panjang keseluruhan 14 inci
bilah 9.5 inci
pakain keseluruhan kemuning

S2 - Badik RM220.00 ( SOLD )




Panjang keseluruhan 6.8 inci
Bilah 4.5 inci
Ulu/sampir teras asam jawa
Batang sarung jati

Monday, January 24, 2011

Bukan kelaziman....

Untuk hidup dengan cara orang lain kadangkala amat memeritkan. Jadi, lebih baik kita menjadi diri sendiri. Berani buat berani tanggung, tangan yang mencencang bahu yang memikul.

Sembang-sembang.....

Semalam sempat singgah sekejap di kedai sahabat, bersembang sedikit tentang hidup dan kehidupan. Kesimpulan sembang-sembang kami ialah, rezeki Allah ada di mana-mana. Cuma yang tinggal ialah usaha dan ikhtiar serta tawakkal. Yang kedua, kita tidak ada hak untuk menghalang sebarang aktiviti orang lain. Bak kata lirik lagu Tok ki, ada mata pandang, ada telinga dengar, ada mulut diam.




*parti politik pun ada bepuloh-puluh.

Cukuplah Allah sebagai pelindung....

Pelbagai dugaan dalam kehidupan. Itulah makna hidup. Ada pahit, ada manis dan ada masam. Yang pahit kita jadikan ubat, yang manis kita telan dan yang masam kita jadikan cuka pengawet makanan. Kadang-kadang kalau selalu menelan yang manis, kita lupa akibatnya. Sesekali berdepan dengan ujian getir mengingatkan kita tentang hakikat makhluk yang bernama malaikat, insan, azazil dan juga haiwan. Mereka berselindung si sebalik ramah dan senyum manis. Ambillah Allah sebagai pelindung, insyaAllah yang masam menjadi tawar, yang pahit menjadi manis. InsyaAllah.

Sunday, January 23, 2011

Pedang Melayu Antik RM450.00 ( SOLD) tokwan



Panjang keseluruhan 27 inci
Panjang bilah 22 inci

Keris tua bilah lurus lok 1 RM980.00



Panjang keseluruhann 19 in
Bilah 14.5 in




Pusaka Man Keris ( Man Samurai) RM7000.00 ( SOLD)


Panjang keseluruhan 14.5 inci
Bilah 9 inci

Hasil kerjatangan Arwah Rosman

Semoga musibah yang melanda berlalu...

Semoga musibah yang melanda seorang sahabat berlalu dengan segera dan keadaan pulih seperti sediakala. Walaupun pahit untuk ditelan itulah ketetapan Tuhan.

Keris Antik RM1500.00 ( on hold )




Panjang keseluruhan 19 inci
Panjang bilah 14.2 inci
Sampir Kemuning
Batang sarung sena
Hulu dan pendokok baru

Edisi Kemuning Hitam


Dua bilah sudah ada pemilik.

Friday, January 21, 2011

Kecewa....

Biasanya kita berasakan bahawa kita terlalu bijak merancang. Kita telah buat peracangan rapi, kajian, strategi, pelan tindakan dan pelbagai lagi program angan-angan dipasang. Malangnya kita terlupa untuk memasukkan dalam kepala , bahawa perancangan Allah mengatasi segalanya.

Menyendiri.....

Kadang-kadang ia lebih baik

Menilai kembali....

Sesekali perlu jua kita menilai kembali perjalanan umur kita. Seringkali kita terlalu disibukkan dengan urusan-urusan dunia yang tak akan pernah susut dan surut. Yang terhakis pula ialah masa untuk beribadah. Kenapa kita tidak adil dan menzalimi diri sendiri?

Thursday, January 20, 2011

Keris Lok Rahsia ( SOLD)

Panjang keseluruhan 18 inci
Bilah 13.8 inci
Hulu/sampir kemuning
batang sarung sena

Jangan lupa.....

Orang-orang tua selalu berpesan "jangan lalai". Lalai dalam kontek ini ialah agar tidak lupa kepada Allah walau dalam apa jua suasana. Seperti selalu, cakap aje mudah tapi praktiknya amat payah. Batu bukit pun kalau selalu dikilat dan digosok pasti memancar kilauannya.

Wednesday, January 19, 2011

Besi tua...

Besi oh besi

Besi dikimpal 7 selasa
Disepuh bersama hati dan rasa
Besi muda jangan dipuja
Kelak rosak besi yang tua

Mengenal besi banyak petua
Ilmu dituntut banyaklah hala
Milik orang jangan dicela
Kelak rosak timbul kecewa

Main besi banyak angkara
Sabar dan ikhlas pengubat lara
Akhlak dijaga sopan dipinta
Moga harmoni laman tetangga

Tuesday, January 18, 2011

Baru siap..... SOLD

Bilah pandai saras baru

* Bilah no 1 dari atas . KJ. SOLD
*Bilah no 2 dari atas on hold. TQ
* Bilah no 3 -TZM Sold
*Bilah no 4 . Jai. Sold

Monday, January 17, 2011

Kami dah mula bergasak......

Kami dah mula bergasak... sahabat-sahabat lain bila nak mula. Biar anak-anak muda kita jadi "jantan" .

Kaedah menuntut....

Bila jalan dibuka kepada kita untuk menuntut. menuntutlah. Usah dicari aib orang, kisahkan dulu tuntutan kita. Usah dituntut cerita-cerita orang untuk kita simpan di dalam kepala.

Mata badik untuk sahabat Hj.Md Isa


S1 - Badik RM220.00 SOLD Syukor



Panjang keseluruhan 7.5 inci
Bilah 5.0 inci
Sarung teras asam jawa

Sunday, January 16, 2011

Salah pilih...

Kadang-kadang kita terlalu komited dengan apa yang kita percaya. Gagasan yang kita perjuangkan tidak semestinya betul. Andainya kita tersalah langkah, Jangan malu-malu untuk berubah atau mengaku kesilapan kita. Jangan jadi kepala batu.

Tajong Sahabat

Untuk sahabat yang bertanya..