sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.

HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292453
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Thursday, November 04, 2010

Dendang kebebasan...

Ia bebas meluahkan perasaan hatinya, bernyanyi-nyanyi riang, sesekali menari-nari dan dari suaranya jelas ia gembira. Dendangnya pelbagai, ada isu semasa, ada wayang kulit, ada makyong, main puteri, rock, jazz dan sesekali ia ketawa riang. Ada yang takut dan ada juga yang menggeletar bila didekatinya. Cakap-cakapnya kelihatan merapu sahaja, namun terselit biji-biji permata yang perlu digilap oleh sijauhari. Umum kasihan melihat dikau, ada yang geleng-geleng kepala mungkin anggap kau gila. Sepatutnya mereka kasihankan diri mereka, kerana mereka juga gila. Mereka gila dunia, gila pangkat, gila nama dan yang paling teruk mereka rasa mereka tidak gila. Teruskanlah dendang kebebasan mu, sahabat.

3 comments:

Ampuan Awang said...

Cikgu,

kawe rasa perlu untuk mendendangkan kebebasan itu kerana terasa seolah ada benda yang hampir dan hendak dilenyapkan. kepada siapa lagi kita perlu meminta bantuan kalau bukan kepada saudara-mara tetangga sendiri? orang pernah berkata dengan kawe, apa yang kamu dapat kalau menentang? kawe jawwab mudah, tidak ada, ini hanya sumbangan semata-mata, bukan untuk diingat sekalian mata tapi sekadar satu renungan dan penegasan bahawa kita punya identiti yang perlu dijaga pelihara. andai identiti ini hilang, siapalah kita, apa hendak kita jawab sekiranya anak cucu bertanya, "Bangsa Melayu itu siapa, Tok?" kita tak terjaga, mulut ternganga-nganga...

Mohd Nasir said...

Moleklah kalu gitu...

Ampuan Awang said...

kawe banggo benar dikato gilo sebab kawe tahu dan sedar kalu orang gilo takkan mengaku dirinya gilo; khuatr pula kebalikan kepada diri sendiri, yang berkata orang lain gilo itu yang gilo. banyak email masuk ke tangki gmail kawe berkata usahlah terlalu keras sangat. sekali lagi kawe jawab mudah, "Aku tak dibayar sesen pun untuk tulisan ini, jadi tak perlulah nak nasihatkan aku macam-macam," dari segi ayat memang nampak kasar tapi hakikatnya tidak sebab hamba Allah yang mengemail itu sengaja memprovoke bangsa dengan melacurkan dalil Quran bagi menjatuhkan air muka orang lain, kan ini lebih teruk dan buruk dari perangai pelacur yang orang kita labelkan sebagai kotor di dalam masyarakat? mintak maaf bebanyak, cikgu. anak kecil ini tumpang lalu ;)