sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.

HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292453
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Sunday, October 31, 2010

Antara tahu dan tak tahu...

Dalam bahasa yang lebih mulus ialah antara berilmu atau tidak. Ilmu Allah Taala Maha Luas, tidak terjangkau oleh kudrat dan akal manusia. Lantaran itu tidak semua perkara kita tahu ( berilmu), tidak semua hal kita arif. Jika ditanya tentang bidang yang kita tidak arif, sewajarnya kita katakan bahawa kita tidak tahu, jangan pula buat-buat tahu, nanti dapat malu.

Hulu Tajong Patani RM650.00



B02- Badik Lurah Ma Lancar RM1100.00





Badik lurah
Panjang keseluruhan 12 inci
Panjang bilah 8 inci
Hulu/sampir/buntut kemuning
Batang serunai sena plot

Keris Selit Lok 7 berpamor RM600.00


Hulu/sampir/tapak kemuning hitam pokok hidup
Batang sarung kayu serian
Panjang keseluruhan 12 inci
Bilah 8 inci

Esok pos barang....

Maaf kepada sahabat-sahabat, Kelantan cuti hari ini, InsyaAllah esok semua parcel akan dioskan.

Seronok bila ada yang sudi...

Cuti hujung minggu saya habiskan dengan mengadap sifu besi. Terima kasih kepada sifu kerana sudi mengajar saya mengenal besi. Terasa hati berbunga bila ada yang sudi mencurahkan ilmu yang amat berharga. Sains, teknologi, pengalaman serta kebijaksanaan menjadikan ilmu besi bukan sekadar mistik dan retorik samata-mata.

Thursday, October 28, 2010

Badik kecil berpamor sarung kemuning hitam hulu gading

Pasang surut

Kadangkala ilham datang mencurah-curah, pelbagai perkara boleh ditulis. Kadangkala ilham tak muncul-muncul, tak ada apa yang nak ditulis. Ilham bukan boleh dipaksa-paksa. Begitu juga perasaan, ia pelbagai. Ada gembira, sedih, marah, keciwa dan seringkali tidak puashati. Walau apapun yang dirasai, ia adalah kerana "hidup".

Lautan mana yang tak bergelora..

Bumi mana yang tak ditimpa hujan. Itulah pepatah Melayu yang menggambarkan kehidupan manusia yang tidak sunyi dari masalah. Masalah adalah teman akrab bagi manusia. Jika tidak ada masalah dan tidak ada lagi tanggungjawab maka tugas kita di muka bumi ini sudah tamat, sepatutnya kita tidak perlu lagi berada di sini.

Wednesday, October 27, 2010

Bilah kerambit/lawi ayam tempahan sahabat baru siap (SOLD)


Jaga-jaga....

Hobi adalah satu juzuk dalam kehidupan. Peratus kepentingannya terletak kepada kita untuk menentukannya. Jika kepentingannya mengatasi kepentingan-kepentingan lain terutamanya keluarga maka ia boleh membawa bencana. Jadi berpada-padalah, jangan sampai lupa diri dan lupa kita akan mati.

Yang merah itu saga.....

Yang indah itu bahasa dan yang cantik itu budi. Dalam masyarakat Melayu cantuman antara budi dan bahasa merupakan intipati dalam perhubungan.

Keris Alang RM650.00 SOLD


Panjang keseluruhan 25 in
Panjang bilah 18 inci
Hulu/sampir kayu kemuning
Batang sarung sena
(Bilah baru tukang Mazlan/ Sampir Tukang sufian)

Tuesday, October 26, 2010

Kerja sikit letih banyak

Bila usia semakin lanjut, kerja sedikit yang dibuat tetapi letih yang banyak. Saya masih lagi dalam "mood berehat" kerana kesibukan awal minggu ini sempena pertandingan keris. Walaupun tidak terlibat secara langsung dengan pertandingan keris, bahang kesibukan tetap terasa kepada saya. Alhamdulillah pertandingan keris anjuran PURBA Kelantan bejalan lancar.

Badik Sepat Sarung kemuning hitam SOLDt



Monday, October 25, 2010

Friday, October 22, 2010

Tak sempat...

Maaf pada sahabat-sahabat kerana terlalu sibuk dalam sehari dua ni.. tak sempat nak update blog. InsyaAllah dalam sahari dua lagi keadaan kembali pulih.

Thursday, October 21, 2010

Aku dan Dia..

Ramai yang selalu melagukannya, kadang-kadang nampak benar rindunya. Kadang-kadang hanya bisa melagukan, jarang benar yang ketemukan. Aku lihat aku, aku lihat Aku, dan seringkali hanya aku lihat aku. Kata-kata ini bukan untuk dilagukan, tetapi untuk dinikmati. Menikmati pula bukan dengan kata-kata tetapi dengan rasa dan pengalaman dengan mata.

Kuku Rimau utk perhatian sahabat

Pedang Melayu RM350.00 ( ON HOLD )






Panjang keseluruhan 29 inci
Panjang bilah 21.5 inci
Besi spring
Hulu kemuning kuning
Batang serunai sena
Aring tembaga








Sundang Aidil


Wednesday, October 20, 2010

Syukur......

Kesibukan kita dalam menjalani kehidupan moden kadang-kadang menjadikan kita seolah-olah makhluk asing dalam komuniti kampung atau kawasan yang kita huni. Kerja hakiki dan kerja yang sengaja kita cari menjadikan masa 24 jam sehari semalam tidak mencukupi. Sesekali jenguk dan bertanya khabar jiran lebih afdal dari tidur dan memerap di hadapan tv. Bersyukurlah kerana kita masih ada jiran baik. Kita juga adalah jiran kepada jiran kita. Soalnya, adakah kita jiran yang menyenangkan jiran.

Kuku Rimau utk perhatian sahabat SOLD






Mohon maaf kerana stok lawi ayam/kerambit dah habis. Kuku rimau masih aa

Tuesday, October 19, 2010

Cara kita...

Seringkali kita hanyut dalam tempurung kita sendiri. Sesekali jenguklah dalam tempurung orang lain. Mungkin guru kita hebat, tetapi sesekali lihatlah juga kehebatan sahabat guru-guru kita. Sesuatu perkara atau ilmu sukar untuk dinilai jika tidak ada perbandingan. Ketika masih muda berjalanlah untuk menuntut ilmu, bila tua dan matang dalam ilmu menetaplah untuk beramal.

Tamat Tugas

Pejam celik, rupanya sudah 5 tahun saya berkhidmat sebagai tenaga pengajar sambilan di Polytech Mara Kota Bharu. Berakhirnya semester ini maka tamatlah khidmat saya secara rasmi untuk Subjek HKB 118 dan HKB 228. Terima kasih kepada sahabat- sahabat tenaga pengajar, pihak pengurusan dan juga pelajar-pelajar yang memberikan kerjasama baik selama berada di Polytech. Salah dan silap di pihak saya, mohon ampun dan maaf.

Monday, October 18, 2010

Bersama Tukang Perak Tersohor Negeri Kelantan


Ayah Su, antara pandai perak tersohor de negeri Kelantan. Jika ingin mendapatkan hasil kerjatangan beliau kena beratur dan berbaris panjang. Pendek kata " kena soba".

Pesanan sebelum bertukar.....

Ini kisah lama. Kisah seorang kawan yang sering dilabel tidak siuman dan tidak waras, seringkali cakap-cakapnya dianggap merapu dan mengarut. Apabila sahabat ini telah mendapat surat pertukaran tempat kerja ia telah berpesan kepada sahabat-sahabat tempat kerja lama dalam sehelai kertas yang ditulis dengan huruf-huruf besar : " SEMUA MANUSIA BERADA DALAM KERUGIAN KECUALI MEREKA YANG MENGINGATI MATI DAN BERAMAL UNTUK MENGHADAPINYA".

Terima kasih sahabat.

Antara Qadim dan muhadas

Dalam pengajian ilmu tauhid, kita diajar yang mana Qadim dan yang mana muhadis. Dalam erti kata lain yang mana bersifat kekal dan yang mana bersifat baru. Kurang pengetahuan dan penjelasan seringkali menyebabkan anak-anak muda keliru. Cara mengatasinya yang paling mudah ialah dengan belajar dan berguru. Bayangkan, jika kita boleh berbangga dengan novel-novel tebal karya penulis tersohor, mengapa tidak kita beli, baca , mentelaah dan mendalami kitab-kitab tauhid serta berguru dalam soal aqidah.

Sunday, October 17, 2010

Mengelegak..

Kadang-kadang hati kita mengelegak dan mendidih, biasanya kerana perasaan marah dan kecewa. Keadaan ini tidak berapa baik untuk kesihatan kita. Carilah penawar untuk menyejukkannya. Antara penawar yang bagus ialah sahabat yang menyejukkan hati. Elakkan sokong membawa rebah dan juga tukang hasut.

Penghantaran hari ini - Makluman pada sahabat-sahabat


Kepada sahabat-sahabat yang membuat pembelian pada hujung minggu penghantaran akan saya buat hari ini :

Utk : perhatian En. Fadhli, En Zaid, En Addy, sahabat di Melaka, sahabat di Sabah dan juga sahabat dari Selangor.

Penghantaran menggunakan Air Pax Xpress.
Terima kasih kerana sudi berurusan.

Silat dan persatuan/pertubuhan

Kaedah bersilat zaman moden ini biasanya berpesatuan atau pertubuhan. Walau bagaimanapun ada juga silat yang tidak ada persatuan . Tujuan berpesatuan adalah untuk mudah bergerak adan menjalankan aktiviti, manakala bagi kerajaan pula agar mudah dipantau. Ada orang yang tak berapa suka berpesatuan kerana benci dengan politik dalam persatuan. Walau bagaimanapun pandangan dan pendapat tentang persatuan, persatuan yang baik ialah persatuan yang menjaga kebajikan ahli-ahlinya.

Saturday, October 16, 2010

Kuku rimau untuk perhatian Sdr Jasman SOLD




Jangan diceraikan....

Dalam pengajian zaman budak-buadak dulu, guru Quran selalu sebut jangan diceraikan nafi dan isbat. Masa tu ambo masih budak, tak faham. Bila besar sikit guru Quran berpesan lagi ucapan syahadah terhadap Allah dan rasul jangan kau pisah-pisahkan, ambo pun tak faham apa-apa. Bila masuk sekolah menengah ada guru kata, bacalah dalam satu nafas, ambo masih tak faham. Sekarang umur dah lebih daripada 40 tahun, masih tak faham-faham. Bila agaknya kita semua berikhtiar untuk faham atau wajarkah kita bergerak ikut lajak tanpa kayuh.

Pisau Melapah RM150.00 SOLD


Panjang keseluruhan 13 inci
Bilah 6.8 inci
Lebar mata tengah bilah 2.5 inci
Sarung kayu sena
InsyaAllah tajam
(stok terhad)

Friday, October 15, 2010