sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.

HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292453
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Thursday, September 30, 2010

Jangan gembira bila lihat orang lain jatuh

Dalam kehidupan, ada masa di atas dan ada masa di bawah. Ketika melihat kawan-kawan kita jatuh, jangan pula kita ketawa gembira, ambillah ia sebagai iktibar dan pengajaran. Biasanya hasil yang kita dapat setimpal dengan kerja yang kita buat. Sibukkanlah diri untuk membantu diri.

Demontrasi di Dataran Stadium Sultan Muhammad iv


Tak ada foto masa demonstrasi, kerana semua terlibat dengan demo, saya pula jadi tukang ulas masa persembahan. Walau apapun terima kasih kepada pihak USM dan Perbadanan Menteri Besar kerana sudi memberi peluang kepada anak-anak muda menimba pegalaman.

Wednesday, September 29, 2010

Langkah demi langkah....

Dalam permainan tempur, menepis serangan yang disusun lawan bukan mudah, lapis pertama biasanya lepas, jika dituju dengan lapis kedua dan ketiga, kelam kabut jadinya. Silap-silap gigi boleh gugur ke bumi. Jika kita yang menyusun jangan alpa, jangan ingat jarum kita sahaja yang tajam, jarum orang pun tidak kurang tajamnya.

Latihan untuk demonstrasi sempena Karnival Kesihatan Wanita Peringkat Negeri Kelantan 2010

Tempahan sahabat (sold)

Sangka baik..

Peringatan untuk diri sendiri, seringkali kita berprasangka, sama ada baik atau buruk pada seseorang. Namun jauh sekali untuk kita menyelami hati budi seseorang tanpa mengetahui latar sejarah kehidupannya. Biasanya prasangka kita hanyalah pada apa yang zahir dan daripada apa yang kita dengar sahaja. Walau apapun jalan yang paling selamat ialah kita membetulkan prasangka kita terhadap Allah s.w. Bersangka baik kepada Allah adalah lebih baik daripada segalanya. Usah kita hiraukan sekelumit ragam permainan manusia, kerana tanpa ragam, hidup ini tak akan dapat membezakan yang mana kaca dan yang mana intan.

Tuesday, September 28, 2010

Badik pupuk sarung teras celagi/asam jawa RM280.00 SOLD

Panjang keseluruhan 14 inci
Panjang bilah 9.2 inci
sarung teras asam jawa/celagi

Ayam terlepas, tangan bau tahi....

Pepatah Melayu yang bagus untuk direnungkan bersama, maksudnya ialah hasil tak dapat, yang dapat ialah nama yang buruk dan busuk. Dalam kehidupan ada aturannya, dalam setiap permainan ada penamat dan khatamnya. Apa yang kita usahakan insyaAllah akan ada hasilnya sama ada banyak atau sedikit, baik atau buruk. Dalam perjalanan kita menuju kepadanya ada banyak cubaan, kadang-kadang kita diberikan kekuatan dan kuasa sebagai ujian, kadang-kadang kita diberi kekayaan sebagai ujian, dan kadang-kadang kita diberi ilmu sebagai ujian. Gunakan semuanya untuk kebaikan, jangan kita rosakkan. Ilmu, amal dan ikhlas merupakan gandingan sempurna dalam perjalanan. Berusahalah untuk mendapatkan ilmu dengan kaedah dan cara-caranya yang betul, beramallah kerana ia merupakan buah kepada ilmu dan ikhlaslah yang membezakan hampa atau berjasa ilmu dan amal tadi. Buat tak semudah cakap.

Tasbih teras kemuning hitam RM150.00 SOLD


Monday, September 27, 2010

Permata teras raja kayu putih SOLD


Telah diposkan hari ini

Kenal dan dikenali

Ramai yang menelusuri jalan mengenal. Ramai sahabt-sahabat kita yang hafal kisah wali-wali, hafal kekeramatan dan kehebatan mereka. Kita baca dan ceritakan semula kisah-kisah mereka dengan bangga. Alhamdulillah, satu usaha yang baik. Tetapi terlebih baik lagi jika usahakan untuk belajar dan betulkan kisah shahadah kita, kisah wuduk kita, kisah solat kita dan kisah ibadah kita. Kita tak akan disoal di akhirat nanti tentang kisah Rabiautul adawiyah, kita tak akan disoal tentang kisah Hallaj, kita juga tidak akan disoal tentang kisah Uwais, tetapi kita akan disoal tentang fardu ain kita. Beres atau tak beres.

Sunday, September 26, 2010

Milik Ustaz .....

Keris Melela lok 5, Sampir kemuning tunggul, ulu gading ukir, batang serunai sena merah


Uuntuk perhatian sahabat


Dah mula masuk "gear 1"


Alhamdulillah, tukang-tukang dah mula bekerja seperti biasa, insyaAllah tempahan dan jualan keris akan berjalan seperti biasa. Sebelum ke sekolah pagi ini, saya sempat packing 4 kotak barang-barang tempahan sahabat, insyaAlah petang ini hantar ke pejabat pos.

Saturday, September 25, 2010

Tergelincir.....

Selalu saya ingatkan dalam blog ini agar berhati-hati dengan pegangan aqidah kita takut-takut tergelincir kerana hobi dan minat kita dalam permainan senjata Melayu. Dalam pergaulan seharian ramai kawan-kawan yang saya temui, pelbagai cerita yang saya dengar, ada yang boleh pakai dan ada yang tak boleh pakai. Contoh sembang ialah " Semalam aku lalu depan polis bawa benda salah, tapi kerana keris kecik tu ada sekali dalam poket aku, polis tak tahan pun". Inilah antara kefahaman salah dalam aqidah. Apa guna solat dan ibadah kita kalau kita tergelincir kerana sebilah keris. Keris keramat yang kita ada tak akan ditanam bersama dalam liang nanti, hanya amalan baik dan aqidah yang lurus menjadi bekalan.

Seni Melayu


Friday, September 24, 2010

Persahabatan - suatu penilaian

Dalam persahabatan kadang kala kita terlupa untuk membuat penilaian perhubungan. Selalunya kita hanya ingin menerima sahaja, hingga lupa untuk memberi kepada sahabat. Dalam persahabatan seharusnya kita sentiasa menasihati sahabat kita dalam semua aspek jika dirasakan ia sudah lari dari akhlak yang mulia, carilah masa, tempat yang sesuai untuk menasihati. Jangan kerana ia sahabat kita, apa sahaja yang ia buat kita sokong. Perlakuan seperti itu ibarat sokong membawa rebah.

Kata dan kota

Ramai orang yang pandai berkata-kata, sesekali mengata-ngata tapi mengotakan apa yang dikata bukan semudah yang disangka.

Thursday, September 23, 2010

Tempahan sahabat dah siap sepenuhnya -tunggu masa utk pos sahaja



Badik Lurah RM550.00



Panjang keseluruhan 12 inci
Panjang bilah 8 inci
Hulu/sampir kemuning
Batang sarung kayu sena

Anak ayam kehilangan ibu...

Terpingga-pingga dan tak tahu nak ke mana, itulah perumpamaan apabila ilmu yang dipelajari tak sempat khatam dan tak ada tempat nak dituju lagi apabila kematian guru. Kadang-kadang apa yang difahami jauh sekali dari hakikat ilmu yang sebenar. Dalam meraba-raba, muncullah andaian, tafsiran dan pelbagai sangkaan tentang ilmu yang dirasakan sudah dimiliki, walhal ialah fotomorgana semata-mata.

Wednesday, September 22, 2010

Makan Malam Gayong Warisan Maahad Muhammadi Laki-Laki Kota Bharu

Badik Sepat RM250.00 SOLD

Panjang keseluruhan 8 onci
Bilah 4.2 inci
Hulu/sampir kemuning
Batang sarung sena

Badik Lurah Besi Hitam RM280.00 SOLD

Kurang info.....

Ramai yang kurang info tapi berlagak pro...... lebih baik diam daripada bercakap merapu.

Tuesday, September 21, 2010

Ole-ole dari German.....timakasih daun keladi

Ole-ole pemberian Abang yang baru balik dari German

Cincin kahwin dah siap...

Cenderahati dari pada sahabat

Gunakan kewarasan

Dalam keghairahan kita bersilat, sekali sekala pakailah otak yang ada di atas kepala. Fikirkan apakah yang kita pelajari itu mampu untuk kita gunakan apabila berada dalam situasi tempur yang sebenar. Seterusnya pakailah otak yang ada di atas kepala kita untuk menilai amalan-amalan yang kita terima dari guru sama ada boleh pakai, syirik atau khurafat. Tambah lagi, nilai jua apa yang guru kita buat dan lakukan, jangan semata-mata ikut dan dengar apa yang dia suruh kita buat dan kita amalkan. Hakikat seorang guru bukan terletak pada pada sijil, talipinggang dan ilmu persilatan semata-mata, hakikat seorang guru ialah apabila ia dapat menjadi pembimbing dan contoh ikutan untuk murid-muridnya. Seorang guru tua pernah berpesan, katanya "penamat silat bukan di tengah gelanggang tetapi di atas surau atau masjid"

Tenang

Jiwa yang tenang adalah impian semua orang .Dalam martabat nafsu ia berada pada tahap ke empat dari bawah iaitu "mutmainnah" . Kekalutan dunia tidak memberi bekas jika jiwa kita tenang. Untuk mencapai maqam mutmainnah, tidak ada jalan pintas dan tidak ada jalan sembang. Ia mestilah melalui jalan ilmu dan mujahadah. Tidak ada omong atau angan kosong untuk merentasi jalan mutmainnah, melainkan dengan fikir, zikir, dan redha atas semua pekerjaan Allah s.w.t.

Monday, September 20, 2010

Sedang membetulkan channel....

Nampaknya channel bisnes saya lari sedikit... moodnya masih belum datang lagi. Ini kerana saya sedang membereskan beberapa kerja hakiki yang mesti selesai dalam minggu ini. InsyaAllah bila dah selesai akan ada harga runtuh istimewa untuk sahabat yang tak jemu-jemu menjenguk blog ini.

Makin faham...

Semakin lama kita dalam sesuatu bidang, biasanya kita semakin faham dengan sepak terajang dalam bidang tersebut. Apabila kita mengusahakan sesuatu, semestinya kita telah menetapkan apakah konsep yang kita inginkan, walaupun kita tidak menghebahkan kepada umum atau tertulis pada signboard perusahaan kita. Dalam melaksanakan kerjabuat kita, konsep yang kita tetapkan tadi mestilah dipatuhi walaupun tiada siapa yang tahu apakah konsep sebenar kita. Jangan kita ambil peduli sangat tentang karenah yang bukan-bukan, sama ada dari luar atau dari dalam. Jika karenah dari luar kita anggap sebagai lalat hijau sahaja, dan jika dari dalam kita anggap sebagai proses pembersihan. Istiqamah, insyaallah kita akan berjaya.

Beribadat untuk dunia

Terdapat pelbagai tujuan amalan dan ibadat. Ada amalan untuk permainan dunia dan ada untuk akhirat. Janganlah kita sesekali terpedaya dengan kaedah amalan ibadat untuk dunia. Kita sanggup tak tidur malam untuk mencapai sesuatu kehebatan dunia dan kita sanggup bertapa dalam gua untuk mendapat kehebatan dunia. Sebaikknya buatlah amalan dan ibadat untuk bekalan akhirat. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna kerana kita akan dipertanggungjawabkan atas apa yang kita lakukan.

Sunday, September 19, 2010

Takkan lari gunung dikejar...

Takkan lari gunung dikejar, hilang kabus nampaklah ia. Satu pepatah yang baik menasihati kita agar buat kerja tidak terburu-buru. Tapi pada zaman ini kalau terlalu lambat bila kabus dah hilang, gunung dah tinggal kecil kerana batu dah dilarikan oleh pengusaha kuari.

Saturday, September 18, 2010

Jebak puyuh milik sahabat



Impian hati seorang sahabat - Tajong gading bilah pandai saras antik

Belum ada mood nak bisnes....

Nampaknya mood raya masih kuat, mood bisnes masih lagi tenggelam dek ketupat dan tapai. InyaAllah dalam sehari dua lagi, mintak-mintak datanglah syeikh niaganya. Selamat berpuasa 6

Thursday, September 16, 2010

Berani...

Dalam pencarian pelbagai ilmu yang kita dapat dan pelajari. "Berani" adalah ilmu yang paling sukar untuk dimiliki, kerana tidak ada guru yang mengajar ilmu berani. Berani bermula dengan yakin dan berani bukan sejenis perkataan yang boleh diungkapkan. Berani berbeza dengan garang. Mereka yang garang belum tentu berani, kerana berani terletak pada hati bukan pada suara atau mimik muka. Jadi simpanlah sifat berani kita dengan kemas di hati, jangan mudah zahirkan ia pada perkara-perkara remeh. Ingatlah suatu hari nanti, maruah diri, maruah agama, maruah keluarga, maruah bangsa dan maruah negara perlukan berani tuan-tuan semua.
*berani buat berani tanggung

Wednesday, September 15, 2010

Mendengar, berguru dan menuntut

Ramai yang suka mendengar, sudah bagus. Akhir mencari guru, semakin bagus. Tapi tak ramai yang menuntut ilmu dari gurunya. Antara sebabnya ialah tak tahu apa yang ingin dituntut dan kedua takut untuk menuntut hak murid dari guru. Pada seorang guru ada hak murid, sebaliknya pada murid jika sudah menuntut juga ada hak guru padanya. Ramai yang perasan, rasanya sudah berguru. Tapi jauh panggang dari api, mendengar dan berguru jauh sekali bezanya, ibarat langit dan bumi. Berguru bermula dengan baiah, tiap amalan dengan ijazah.
*Terlebih perasan, ayam dipanggang arang dimakan. (MERANG SURIA RESORT TGANU)

Silat dan tasauf

Silat dan tasauf, dua ilmu berbeza tetapi boleh disatukan. Dalam permainan silat sebaiknya faham dan kenal gerak fizikal. Dalam pengajian pula faham dan mengenal diri. Namun tidak semua orang berkesempatan dan bernasib baik untuk menguasai kedua-duanya. Pencarian dalam silat bermula dengan tapak, buah, pukulan dan kuncian. Pencarian dalam tasauf pula bermula dengan sifat 20 serta "awwaludiin makrifatullah". Tidak semua silat mengajar mengenal gerak dan tidak ramai ulama yang alim dalam tasauf. Silat tanpa mengenal gerak, kacau. Syariat tanpa hakikat, hampa. Hakikat tanpa syariat, sesat.

Tuesday, September 14, 2010

Bila mula berpencak...

Orang silat banyak berahsia, apa yang ada di dada tidak semuanya ditepuk-tepuk lagak bangga. Tidak semua ilmu yang dituntut menjadi bual bicara, ada batas, ada taranya dan ada waktunya. Tidak semua anak murid tahu apa yang ada pada gurunya dan tidak semua anak murid layak memikulnya. Jangan sesekali kita mengorek ilmu guru dengan cara cucuk-cucuk supaya guru melatah, takut bila guru silat dah berpencak, latahnya sukar dihentikan. Macam-macam yang keluar, habis disebutnya semua binatang yang ada di dalam hutan, habis disebutnya ikan di laut dan habis disebutnya perkara aib. Seeloknya carilah masa, tempat dan pentas yang sesuai untuk kita main-main dengan langkah dan tari rahsia agar ia kekal sebagai rahsia guru.
*Jangan ditepuk air di dulang
Nanti harimau hilang belang

Pengumuman :

Semua parcel jual beli selepas hari ini akan saya poskan pada ahad 19/9/2010. Harap maklum. Terima kasih.

Monday, September 13, 2010

Bertemu kembali di alam siber....

Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar. Pengalaman banyak mendewasakan kita semua. Pengalaman merupakan ilmu yang tidak dipelajari secara formal, sama ada ia pengalaman pahit,manis,hitam atau putih. Bagi yang berfikir, ia boleh diambil sebagai iktibar dan pengajaran untuk perjalanan masa hadapan. Pengalaman "menuntut" ketika remaja bagi saya suatu saat yang amat manis. Kerana apabila sudah bekerja, berkahwin dan beranak pinak, ruang untuk kita menuntut sepenuh masa sudah tidak ada lagi. Ketika zaman remaja kita boleh mengekori guru berminggu-minggu bahkan bertahun-tahun kerana tidak ada komitmen lain pada masa itu. Nasihat saya kepada anak-anak muda keraskan sedikit usaha ketika masih ada kesempatan, kerana kesempatan jarang datang berkali-kali dalam hidup kita. Kesempatan yang dimaksudkan ialah masa, kesihatan dan komitmen.

Sunday, September 12, 2010

Mohon maaf pada sahabat-sahabat yang menempah pedang...

Kepada sahabat-sahabat yang menempah pedang, maaf dipinta kerana beberapa kali delay tarikh siap. Tukang ada sedikit masalah dengan kerja-kerja tembaga. InyaAllah bila siap akan saya maklumkan.

Sundang Lipas Tempahan Sahabat

Posing ramai-ramai ...raya ke 2


Gambar kenangan bersama tetamu yang sudi berkunjung ke rumah, maaf tak semua foto sahabat saya masukkan, foto yang saya masukkan adalah anak-anak buah sahaja. Terima kasih pada sahabat-sahabat yang sudi bertandang untuk menyambung silaturrahim.

Wednesday, September 08, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR BATIN

Segala urusan jual/beli akan disambung lepas hari raya ke 3. Terima kasih sahabat semua.

Cakap tanpa ilmu

Ramai orang suka bercakap tentang sesuatu yang tak pernah dibuatnya. Ibarat ayam ingin mengajar itik berenang. Kalau dalam silat, kena tunjukkan langkahnya dahulu barulah murid boleh ikut. Kalau sebut sahaja, itu, ini, begitu begini susah juga murid nak mengikutnya. Kalau dalam bolasepak, jangan haraplah pengurus nak ajar pemain utama seni mengelecek lawan, biasanya yang mengajar ialah jurulatih...jurulatih biasanya ialah bekas pemain bola sepak yang handal. Teori dan amali mesti selari.

Maaf dipinta....

Maaf seringkali kita pinta pada setiap kali tibanya hari raya. Tetapi kenapa tidak kita senaraikan kesalahan kita pada seseorang sebelum meluncurkan perkataan "maaf ke ambo ghetek deh". Kadang-kadang lajunya kita bersalaman untuk bermaaf-maafan dengan bukan muhrim, bukannya dapat menghapus dosa tapi menambah dosa. Islam bukannya adat tapi agama yang mesti difahami dengan ilmu dan amal. Cakap berdegar-degar pun tidak guna, masyarakat akan menilai akhlak kita sebelum mendengar cakap kita.

Tuesday, September 07, 2010

Monday, September 06, 2010

Alang belum bertuan

Tempahan sahabat dah siap -

Foto semasa belum siap dan foto selepas siap.