sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.





HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292452
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Thursday, August 26, 2010

Teruskan kehidupan....

Retorik keagungan zaman lampau kekadang menjadikan kita tidak berpijak di bumi nyata. Kita asyik bercerita, mencari cerita dan sesekali membuat cerita untuk menyatakan kitalah waris si anu-si anu yang terkenal. Ketika bangsa lain sedang membina kekuatan ekonomi dan kekuatan politik, kita terlalu sibuk mengundang kontroversi dan polemik. Ketika orang lain bersengkang mata dan memerah otak untuk membangunkan ekonomi keluarga kita pula sibuk menjadi panglima perang untuk menegakkan teori-teori yang entah benar entahkan tidak. Jadilah Panglima perang untuk membangunkan keluarga kita, usah terlalu sibuk dengan isu-isu global dan antrabangsa, takut nanti akan ditertawakan oleh budak-budak kerana nampak terlalu bodoh dan kebodohan.
*Cicit Tuan Senik Panglima Raja Patani

3 comments:

terangwulan said...

betul tu..

terangwulan said...

keturunan yg mulia memudahkan jalan hidup berkhidmat untuk agama, bangsa dan negara. tapi setakat nak buat modal bercakap nak buat apa? nak kita orang tabik ker merafak sembah? hahaha... lagi sekali, hahaha...

Mohd Nasir said...

Saya pula keturunan Nabi Adam a.s. Kalau perangai buruk memalukan keturunan sahaja, lebih baik tak payah ngaku keturunan mana-mana. Buat malu keturunan jer. Fakta kadang-kadang dikaburi dengan mitos dan khayalan.