sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.





HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292452
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Sunday, August 29, 2010

Gagasan pemikiran tentang keris....

Terdapat pelbagai pendapat bagaimana keris-keris baru seharusnya diperbuat. Ada satu pendapat mengatakan keris-keris tempaan baru haruslah mengikut standard, pakem, ilmu dan kepandaian tukang -tukang terdahulu untuk menjadikan sesebilah keris itu "keris". Pada masa yang sama juga ada pendapat yang mengatakan industri keris baru hanya industri "duplicate" semata-mata dan tiada keaslian karya oleh tukang-tukang baru. Sehubungan itu juga ada juga pendapat yang mengatakan tukang-tukang sepatutnya menghasilkan karya keris dalam versi mereka tersendiri dan diberi nama yang tersendiri.
Kontradiksi ini kadang-kadang memeningkan untuk kita fikirkan, begitu juga dengan keaslian sesebilah keris. Design mana sebenarnya "design asli" ? Pada pandangan saya yang dangkal ini, nilai keaslian banyak ditentukan oleh masa, maklumat serta cerita. Apabila sesebilah keris itu sudah berusia maka ia dikatakan keris asli. Sedangkan pada masa ia diperbuat dahulu, ia juga menggunakan kaedah duplicate, contohnya bilah-bilah design pandai saras, bukankah terdapat beribu-ribu bilah yang hampir sama, tetapi kini ia dipanggil keris asli dan dipuja-puja. Sehubungan itu pada pandangan saya tukang-tukang sepatutnya terus berkarya dan mengeluarkan produk mengikut permintaan pembeli, serta berusaha mencari kelainan dan mencipta trade mark mereka sendiri. Ini bermakna kita menerima kedua-dua situasi. Wallahualam

*ini hanyalah pandangan peribadi saya sahaja dan tidak semstinya betul atau boleh dijadikan rujukan ilmiah

6 comments:

terangwulan said...

tidak pernah menidakkan, juga tidak pernah menghalang..kenapa nak pening2kan kepala? :-)

Mohd Nasir said...

ikut jer lah

Mohd Nasir said...

cincin Pak li kata dah siap, kalau yak ada aral ari ni ambo gi ambik

awan kilat said...

maaflah sekadar pendapat ambo, klu xkeno tlg lh betul.

baru ko lama..

hok penting qualiti nga seni pastu lah mari kepuasan diri.

tua xsemestinya biso,
muda xsemestinya bodo,

hok lama jgn dilupa
hok baru xleh alpa.

baru ko lama..
matlamat bia capai.

asal jadi,molek lagi comel.

ko guano..?

Mohd Nasir said...

bijak, bijak.

wallPluGz said...

nak celah skit, kenapa keris jee kita sering kaitkan dengan standard zaman dahulu...

saya bukan tukang empu, bukan tukang kayu, bukan pandai besi, dan bukan tukang 2 lagi la.. tapi zaman kian berubah takkan kita nak duk kat situ jee...

ye betul kena bangga dengan sejarah... tapi dah jadi SEJARAH dah pun... so look ahead for the future la kut..

cam citer bola.. lagi2 dok citer zaman arwah mokhtar, santok singh dan lain2 sampai lupa yg la ni takat sembang kedai kopi macam sy jee la kut..

nak duplicate ke dak ... kita dah tgk bukti Jepun, thailand, indonesia latest vietnam... depa suma duplicate.. so who is the buyer? dah tu depa bole JUAL lagi hebat dari yang original...

jadi terus kan usaha wahai sahabat tukang2 seni segala pertukangan malaysia...


ini hanya luahan hati sy yg "naive"
kalu salah jgn tikam sy dengan keris ekk tapi hadiahkan saya keris ok..hehehhehe