sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.

HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292453
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Tuesday, July 20, 2010

Hak seorang murid...

Hak belajar adalah milik seorang murid. Dalam persilatan, tidak ada guna seorang yang gah dan bernama besar jika tidak mengajarkan ilmu silatnya. Yang membezakan seorang guru dan pengurus persatuan ialah kemampuan mengajarkan ilmu. Talipinggang juga tidak menjanjikan apa-apa dalam zaman moden ini. Terlalu ramai mereka yang memiliki bengkung yang "berdan-dan" tapi bila diajak 'bermain" tidak sehebat tali pinggangnya. Jika murid ada hak, guru juga ada haknya, guru berhak untuk memilih siapa yang layak menerima ilmunya. Pandai-pandailah beradab dan mengambil hati guru.

4 comments:

sostiram said...

Zaman ini gah mengembang perguruan dan meramaikan ahli lebih diutamakan dari melahirkan murid-murid yang berkualiti yang layak dipanggil pendekar. Jadi yang lahir dari sistem ini pun pesilat yang cantik bengkungnya tapi bertempur hampa.Lama-lama pesilat ini jugaklah yang menjadi guru.Jadi makin lama makin lembiklah orang melayu..

Mohd Nasir said...

kasihan pada anak-anak yang nak belajar silat

chek det said...

sgt menarik apa dan benar sekali apa yg dikatakn. mohon untuk copy dan berkongsi dgn rakan2 sy ayat cikgu :)

Mohd Nasir said...

dipersilakan jika ada manafaatnya