sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.

HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292453
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Friday, July 02, 2010

Cari damai

Kadang-kadang dalam kerja buat seorang kakitangan awam banyak pula ragam. Bagi saya pula sebagai seorang guru yang terlibat dengan disiplin hal ehwal pelajar mempunyai karenah yang tersendiri. Karenah dari rakan sekerja, ibu bapa, pelajar-pelajar serta pegawai atasan. Walau apapun bagi saya itu adalah lumrah hidup yang mesti dilalui, asalkan kita tidak menyusahkan orang lain, cuba menyelesaikan masalah, bukan cari masalah. Pesan saya pada sahabat-sahabat, kalau kita buat kerja, buatlah dalam lot kita, kalau nak masuk lot kebun atau dusun orang minta izin dulu, itu sepatutnya. Jangan main tebas aje, nanti kalau jumpa tedung, tebuan dan beruang jangan pula sibuk kita meraung pada tuan tanah. Nanti tuan tanah akan jawab "padan muka".

No comments: