sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.

HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292453
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Saturday, July 31, 2010

Bersama pakar..




Masa terluang hari ini saya manafaatkan sepenuhnya untuk berbincang dengan sahabat-sahabat di Kota Bharu. Agendanya ialah untuk menyiapkan tempahan khas seorang sahabat. Banyak ilmu dan maklumat baru yang saya perolehi dari dua orang pakar dalam bidang masing-masing.

Friday, July 30, 2010

Hulu coteng dan tajong ( SOLD )


Baru siap. Hasil kerjatangan tukang Kelantan sepenuhnya.

Ingin memahami....




Hakikatnya masih ramai lagi mereka yang cakna dengan dunia perkerisan. 2 minggu lepas saya diminta oleh beberapa orang sahabat untuk membantu mereka untuk menyiapkan dokumentari dan penulisan tentang keris. Kerana kesibukan yang melampau, saya meminta bantuan Tukang Hisham untuk menguruskannya. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.

Thursday, July 29, 2010

Kejohanan Pencak Silat Majlis Seni Silat JPN Kelantan







Penyambung warisan kreatif



Ke mana tumpah kuah ... kalau tak ke nasi mungkin juga ke lantai, tapi atas bimbingan dan dorongan Pak Li, kini anak kesayangannya Maliki sudah mula bertukang. Lulusan IKM dalam bidang pertukangan perak dan kini bertukang sepenuh masa. Alhamdulillah, Pak Li kini sudah boleh boleh "buang lenguh".

Tuesday, July 27, 2010

Pengalaman mengajar kita erti.....

Semakin lama kita dalam sesuatu bidang semakin kita matang dan faham. Dalam bisnes di internet pula setelah 4 tahun bergelumang saya telah dapat membuat beberapa kesimpulan :

1. Rezeki di tangan tuhan
2. Bisnes perlu ada pendirian
3. Tidak semua perkara perlu dilayan
4. Hubungan persahabatan mengatasi tuntutan keuntungan
5. Tumpukan pada perniagaan kita, elakkan campurtangan bisnes orang lain.

Biar masak....

Dalam latihan silat jangan kita hanya tumpukan pada jurus dan main berpakat sahaja. Itu hanyalah teori semata-mata. Lebihkan bergasak untuk memahirkan diri. Bila dah bergasak baru kita tahu bahagian mana kita lemah, tangan lambat menepis, kaki lambat menendang, mata pula selalu alpa. Lepas tu, barulah kita giatkan latihan jurus kita seorang diri untuk membaiki kemahiran sedia ada. Kemudian bergasak lagi, baiki lagi.

Tempahan Sahabat ( Aidil)


Melela Kusriwa Lok 13 RM1700.00




Melela Lok 13
Panjang keseluruhan 20 inci
Panjang bilah 16 inci
Hulu/sampir/tapak kemuning
Batang serunai sena











Monday, July 26, 2010

Bergerak dengan energi dengki....

Kehidupan jadi tidak ceria kalau kita bergerak atas landasan dengki, hasad dan dendam. Saluran amat mudah bertukar. Gerak dan diam adalah dengan izin Allah Taala kepada hambanya, tetapi kalau gerakkan dengan hasad dan dengki maka rosaklah amal. Berlapang dada dalam pekerjaan, anggaplah rintangan dan halangan sebagai ujian dan dugaan untuk menaikkan darjat seseorang hamba. Mungkin juga Tuhan ingin memberikan habuan kepada kita dalam bentuk lain atas kesabaran dan redha kita atas pekerjaanNya.

Siapa bakal menggantikan mereka....

Bilangan tukang besi/pandai besi/pandai keris semakin berkurangan hari demi hari. Tenaga muda yang berminat untuk bermain dengan api dan abu hanya beberapa kerat. Akhirnya kita hanya bakal menjadi pengumpul barangan antik sahaja apabila keris-keris dan senjata baru tidak di tempa lagi. Maka mungkin kita semakin pakar untuk menjadi pengulas barangan/keris antik, pesilat-pesilat juga mungkin akan menggunakan keris yang ribu-ribu penuh ketandaan, pamor gigi yu, butir timun, pucuk rebung dan sebagainya. Apa ikhtiar kita?

Sunday, July 25, 2010

Bimbingan....

Sebagai orang baru dalam sesuatu bidang, sewajarnya mendapat bimbingan dari orang yang lebih berpengalaman. Pembimbing juga mestilah yang betul-betul arif dalam bidang tersebut. Kadang-kadang dalam keghairahan kita untuk melaksanakan program, kita terlupa untuk bertanya khabar dan membuat sedikit "homework" agar program yang dijalankan tidak menghampakan peserta dan juga memalukan penganjur. Sehubungan itu persediaan rapi samaada dari sudut tenaga dan kepakaran amat perlu.

Saturday, July 24, 2010

Bila kuasa tawar menawar dah tawar.....

Bersatu teguh bercerai roboh. Ibarat telur di hujung tanduk, Islam di Malaysia akan hancur bersama-sama hancurnya kekuatan orang-orang Melayu. Yang muda rosak akhlaknya, yang berkuasa hipokrit kerana harta. Jangan sampai nasi dah jadi bubur, barulah kita nak bersatu dan berpadu.

Friday, July 23, 2010

Dunia persahabatan...

Hidup di dalam masyaakat dan kejiranan memerlukan hubungan yang akrab dan mesra. Tingkah laku gedeber tidak dialu-alukan dalam masyarakat yang aman. Hubungan "adik-kakak" amat berkesan kerana tidak timbul darjat dan pangkat. Buatlah conggak mudah, untuk hitung jumlah kawan dan lawan. Semoga hidup kita semua aman,tenteram dan linang.

Petua membeli madu....

Terdapat pelbagai petua yang disarankan, antaranya ialah :
1. Rendamkan kepala mancis dalam madu.
2. Letakkan titisan madu atas kuku
3. Titiskam madu atas air suam, ia akan membentuk hexagon atas permukaan air
4. Letak dalam peti, madu tidak beku, gula yang beku

yang paling menarik kalau penjual muslim, katakan kita tak halalkan dunia akhirat wang kita jika madu tak asli.

Thursday, July 22, 2010

Badik Pak Mod dah siap disampirkan ( SOLD OUT )




Kursus Pemantapan juri Majlis Silat JPN Kelantan

Tempat : SK Pulau Kundur
Masa. : 9.00 hingga 2.00 ptg
Peserta: Guru dan kakitangan JPN Kelantan

Wednesday, July 21, 2010

Selak cari kurap

Satu tabiat buruk yang sepatutnya dijauhkan ialah suka menyelak kain kawan untuk mencari kurap atau panau. Kalau benarpun kawan kita tu berkurap atau berpanau, usahlah kita pula dok sibuk-sibuk menjaja dan bersusah payah nak bagitahu tok penghulu kononnya kitalah pakar penyiasat panau yang terhebat. Kalau kita suka mencari masalah orang untuk dijaja, biasanya kitalah yang bermasalah. Entah apa yang dicari oleh CSI kurap dan panau ni saya pun tak berapa pasti. Seelok-eloknya sekali-sekala selaklah kain sendiri, mana tahu kalau-kalau di situlah terletaknya berlapis-lapis panau dan kurap yang dicari.

Semester terakhir .....





Semester ini merupakan semester terakhir saya menjadi pensyarah sambilan di Polytech Mara Kota Bharu. Terima kasih kepada pihak pengurusan dan juga pelajar yang telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang beberapa tahun kebelakangan. Semoga sedikit sebanyak ilmu silat yang diajarkan akan memberi manafaat.

Tuesday, July 20, 2010

Karenah berpertubuhan..

Semakin besar dan semakin lama usia sesebuah pertubuhan semakin banyak ia berpecah. Keadaan ini bukan sahaja dalam pertubuhan bersifat politik tetapi juga dalam pertubuhan silat. Semakin besar pertubuhan semakin ramai manusia yang berbagai latar pendidikan dan pendirian yang berbeza. Apabila perbezaan pendapat dan kepentingan sudah tidak mampu diuruskan lagi maka berlakulah perpecahan, ada yang dinamakan perpecahan sayang dan ada juga perpecahan perang. Masing-masing ada hujah untuk mempertahankan pendirian masing-masing. Tidak ada pihak yang ingin berada pada posisi bersalah, semua ingin berada atas landasan "benar". Sebaikknya kembalilah pada asal cerita, nilailah siapa kita dan kenapa kita? Hanya ego dan keras hati menghalang kita daripada duduk semeja membincangkan duduk perkara.

Moktan masak dah wei....







"Puyan" moktan , derian , duku dah start. "Bare" lain tak dok, kalu setakat nak makan moktan boleh ambik sendiri atas pohon.

Hak seorang murid...

Hak belajar adalah milik seorang murid. Dalam persilatan, tidak ada guna seorang yang gah dan bernama besar jika tidak mengajarkan ilmu silatnya. Yang membezakan seorang guru dan pengurus persatuan ialah kemampuan mengajarkan ilmu. Talipinggang juga tidak menjanjikan apa-apa dalam zaman moden ini. Terlalu ramai mereka yang memiliki bengkung yang "berdan-dan" tapi bila diajak 'bermain" tidak sehebat tali pinggangnya. Jika murid ada hak, guru juga ada haknya, guru berhak untuk memilih siapa yang layak menerima ilmunya. Pandai-pandailah beradab dan mengambil hati guru.

Monday, July 19, 2010

Belum siap... SOLD


Alang-Alang




Keris alang dan alang guling milik Sdr Khairi Johari. Keris alang merupakan tempahan khas beliau

Sunday, July 18, 2010

Cari penasihat...

Terkedu saya melihat satu foto pengantin baru yang memegang keris di tangan. Kerisnya besar, gah dan menawan. Tapi dari jauh keris itu sudah kelihtan janggal yang amat. Keris untuk majlis seistimewa itu tidak berpendokok. Aduh... kasihannya, ia akan menjadi kenangan sampai ke anak cucu.

Thursday, July 15, 2010

Seni kerambit

Dalam gayong kerambit merupakan salah satu permainan yang diajar kepada pesilat-pesilatnya. Permainannya bermula dengan gerakan asas. Kemudian ia dilanjutkan dengan kaedah serangan pada sasaran-sasaran tertentu. Pesilat juga diajar bagaimana "memakan" lawan apabila tangan yang berkerambit di tangkap. Seterusnya ialah latihan tempur kerambit dalam kain sarung berpasangan . Dalam bermain kerambit tangan yang tidak berkerambit hendaklah dirapatkan ke badan untuk mengelakkan senjata makan tuan (kehilangan tangan terkena kerambit sendiri). Bentuk kerambit juga bergantung kepada kefahaman pelatih, jika kita memasukkan tangan dalam lubang kerambit ia kemas dan susah terjatuh tetapi risiko patah jari adalah tinggi jika tersangkut pada benda yag tak lut. Manakala pegangan bebas tanpa memasukkan jari dalam lubang adalah lebih selamat tetapi risiko kehilangan kerambit adalah tinggi.

Pakar...

Dalam semua bidang ada pakarnya yang tersendiri. Walau bagaimanapun jarang seseorang itu pakar dalam semua perkara. Berbicara tentang kepakaran dalam bidang persilatan, ramai yang pakar bercakap dalam cawan masing-masing. Yang pakar berhujah lagilah ramai. Semua itu tidak menjanjikan kemahiran dan kecekapan yang sebenar. Silat bagi saya adalah seni dalam pergaduhan. Jika kita jaguh dalam berhujah tentang keistimewaan silat belum tentu kita bijak dalam bersilat. Dalam dunia moden hari ini ramai yang pakar terutamanya dalam bidang "cakap". Seeloknya latihlah anak-anak kita untuk bersilat bukan untuk bercakap.

Manusia dan senjata

Walaupun zaman sudah berubah, masih ramai yang berminat untuk mengumpulkan senjata-senjata warisan. Sehubungan itu industri pembuatan senjata tradisonal Melayu akan terus berkembang. Senjata-senjata antik sebenarnya masih banyak tetapi ia tersimpan di rumah-rumah orang kaya. Bukan sebilah tetapi beribu-ribu bilah. Tidak ada siapa yang boleh dipersalahkan, daripada dibiarkan tidak terjaga dan reput dimamah usia, lebih baik di dilepaskan kepada mereka yang tahu menghargainya. Begitu juga dengan pembuatan senjata warian baru, jika dihentikan pengeluarannya, suatu masa nanti akan wujud lompang stok yang luas di pasaran. Mungkin sepuluh atau dua puluh tahun lagi. Tukang juga ingin pastikan dapur mereka sentiasa berasap, jadi mustahil pengeluaran dihentikan.

Wednesday, July 14, 2010

Tasbih teras kemuning hitam 100 biji RM150 seutas ( SOLD )




Cucuk Sanggul (baru) RM180.00 termasuk pos dlm semenanjung ( SOLD )





#################################

Panjang keseluruhan 10 inci

bilah 6 inci

hulu kemuning hitam

sarung kemuning kuning

Senyum Sokmo

Kadang-kadang ketenangan kita dalam hidup boleh menjejaskan orang lain. Senyum sokmo dan tidak kelam kabut menjadikan kita manusia yang kelihtan berbeza. Walaupun ribut sedang melanda dan suasana hiruk pikuk, kita masih lagi boleh senyum. Apa yang nak dikejarkan? dunia tetap berputar dan roda tetap berpusing, hidup mesti diteruskan. Apa yang ditanam itulah yang dituai.

Tasbih kemuning hitam utk perhatian sahabat (biji halus) SOLD


Mohon maaf

Dalam sehari dua ini jadual saya amat ketat, maaf kerana tidak dapat memenuhi hajat sahabat-sahabat. InsyaAllah bila free sikit akan saya tunaikan.

Persaraan sahabat






Majlis makan malam sempena persaraan 2 orang sahabat. En Arafian (JPN) dan Abang Hak (Ishak PPD KB). Kehilangan 2 orang kuat yang banyak membantu perjalanan aktiviti silat JPN negeri Kelantan.

Monday, July 12, 2010

Keras pedal...

Satu istilah "Kelate" yang merujuk kepada sikap degil atau keras kepala yang tidak membawa kebaikan. Sifat keras pedal ini berbeza dengan sikap "keras keng". Walaupun kedua-duanya degil, "keras keng" bermaksud orang yang sentiasa ingin menang apabila bertekak. Berpada-padalah dalam semua keadaan. Semoga hidup kita aman sejahtera

Sibuknya dunia ini....

Terlalu disibukkan dengan dunia, memang betul dunia jambatan akhirat. Tetapi kerja buat kita seringkali tidak melambangkan kita sedang mengumpul bekal untuk balik. Apa yang kita kumpulkan akan kita tinggalkan, tetapi apa yang kita nafkahkan, dermakan, sedekahkan itulah habuan kita di seberang jambatan nanti. Selamat berhorey-horey.

Saturday, July 10, 2010

Kuku Rimau RM100.00 siap pos dlm semenanjung ( SOLD ) fahmi











Hulu dan sampir kemuning kuning
Gelang dan tapak kemuning hitam
Sangga tembaga

Gaya, mutu , keunggulan

Badik sarung ukir sudah siap di "emas" kan.

Temim emas. Soronok tuanpunya tidak terkira.

Friday, July 09, 2010

Tasbih teras kemuning hitam 33 biji RM150.00




Mencari faham...

Mencari faham hakikat kehidupan tidak semudah kita menghabiskan sebungkus kacang. Cakap yang hebat kadang kala tidak mengambarkan kefahaman. Apa yang berlaku dalam kehidupan tidak sekadar selapis pada penglihatan, renung dan tiliklah tangan-tangan yang menggerakkannya. Sehubungan itu apa yang berlaku di hadapan mata kita perlu dinilai beberapa lapis ke belakang, jangan kita menyalak dan menggigit batu yang dibaling tetapi intai-intailah pada tukang balingnya.

Siapa lagi yang bakal menjadi pengodam...

Kerja sebagai tukang besi biasanya kerja warisan keluarga. Istilah untuk kerja ini pelbagai, namun hakikta kerja tetap sama. Besi dibakar dan digodam hingga menjadi "bakalan". Akhirnya kerja-kerja mencanai dan melurah dilakukan untuk menyiapkan sesebilah senjata Melayu. Namun siapa lagi yang sudi menjadi tukang besi hari ini.Bermain dengan tukul besi, haba yang tinggi, debu dan pelbagai masalah pemasaran menjadikan ia kerja yang tidak berada dalam senarai generasi baru. Melihat pada perkembangan dan sambutan hasil kerjatangan tukang-tukang Kelantan masa kini, perlu dilakukan satu inovasi agar ia seni ini tidak lenyap ditelan arus zaman.

Wednesday, July 07, 2010

Sabar..sabar..

Dalam kehidupan ada masam dan ada manis, ada insan yang seronok jika dapat menyusah dan mengenakan hidup orang lain. Ambik sahaja langkah mudah, senyum dan pujuklah hati kita dengan beranggapan bahawa Allah Taala hendak mengangkat darjat kita atau Allah Taala telah menghantar makhluk tersebut sebagai ujian kepada kita. Hidup ini hanya sebentar sahaja, jadi carilah ketenangan dan kedamaian. Lebih baik cari wang daripada cari lawan.
*senyum sokmo, elakkan dari bergomol.

Tuesday, July 06, 2010

Melela baru ulu Geraham RM1500.00 ( SOLD)






Panjang keseluruhan 21 inci
Panjang bilah 14.2 inci
Sampir kemuning
Batang serunai sena
Hulu geraham gajah
Usia bilah +-10 tahun

Sediakan garfu,sudu dan pisau....

Seronoknya kita melapah dan mencicah daging rakan-rakan kita, mungkin daging manusia lebih manis dan segar daripada daging kijang atau rusa. Kepada rakan-rakan pesilat, usahlah kita bersusah payah untuk menghancurkan sesama kita. Andainya kita banyak masa dan banyak modal alangkah baiknya jika ia kita laburkan untuk mencari guru dan belajar khazanah persilatan kita, bukannya digunakan untuk memusnahkan hidup rakan seperguruan. Kalau kita ramaikan sahabat InsyaAllah selamat dan berkat, tetapi jika kita ramaikan musuh biasanya mudarat yang dapat.

Cincin Permata Delima Saiz 19 RM600.00




Lebih baik...

Kalau patah-patah perkataan kita tidak berfaedah dan tidak ada hasilnya, lebih baik diam sahaja. Bila kita diam banyak perkara yang sempat kita nilai, perkara yang pertama kita perlu nilai ialah apakah aku bermanafaat pada masyarakat, atau aku perosak masyarakat. Perkara kedua yang boleh kita nilai ialah masyarakat, apakah mereka boleh merosakkan kita atau kita dah sedia rosak. Bak kata kawan-kawan "rosak dalam telur lagi'. Jadi muhasabah diri lebih baik dari tukang muhasabah untuk kerja buat orang lain. Jadi hidup dan pekerjaan biarlah munasabah dengan perangai.

Monday, July 05, 2010

Lawi ayam RM200.00 sepasang (SOLD )




Panjang keseluruhan 7 inci
Bilah 3.5 inci
Hulu kemuning
batang sarung sena