sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.





HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292452
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Sunday, June 20, 2010

Alhamdulillah...Syukur

Alhamdulillah, syukur kepada Allah s.w.t kerana dikurniakan kesihatan dan dimurahkan rezeki. Kita hanya berusaha dalam lingkungan Qada dan Qadarnya. Tiap pekerjaan ada ganjarannya, jika berjualan insyallah akan ada pembelinya cuma lambat atau cepat. Dengan izin Allah perniagaan keris dan senjata warisan membuka lembaran baru dalam hidup saya, walaupun untung tidak besar, tetapi dalam kuantiti jualan yang banyak ia agak lumayan. Di samping memperolehi pulangan dalam bentuk wang, pulangan lain ialah bertambah kawan dan sahabat. Kepada sahabat-sahabat dan pengunjung blog ini, saya mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga, semoga saudara semua puashati atas perkhidmatan jualan saya tak termasuk barang tempahan.

1 comment:

Khairi Johari said...

Syabas Cikgu... Mudahan dipermurahkan lagi rezeki Cikgu... Ditambahnya lagi ilmu,diramaikan lagi sahabat dan diluaskan lagi pengalaman, demi menyelestarikan seni warisan kita... Tabahlah menghadapi apa jua cubaan dalam memperkukuhkan dan mempereratkan hubungan antara peminat seni warisan melayu dan juga para pakar tukang seni... Selamat maju jaya.. Insya'Allah para penyokong-penyokong cikgu, termasuklah saya, akan sentiasa dibelakang Cikgu... Amin...