sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.

HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292453
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Monday, April 19, 2010

Perpecahan sayang?

Alahai Gayong ku sayang. Semakin hari semakin ramai yang berjuang untuk menegakkan keadilan dan semakin banyak persatuan yang berasaskan gayong ditubuhkan. Masing-masing ada pendirian, hujah, sandaran, anutan dan yang penting sekali ialah ada penuntut/pengikut. Walau apapun yang kita anuti dan ikuti berpada-padalah. Jangan kita memburuk-burukkan "musuh" silat kita. Ini kerana suatu waktu dulu kita pernah duduk semeja dan ketawa bersama. Teruskan agenda persilatan kita tanpa mempedulikan karenah politik dan perebutan kuasa dalam pertubuhan. Pada anak-anak muda, saya nasihatkan usah berlebih-lebih untuk mengutuk dan mencerca guru-guru, gurulatih, jurulatih dan sahabat gayong dari kem yang berbeza. Untungnya tiada, rugi yang berganda. Saya syorkan pada anak-anak muda, agar belajar dan menuntut ilmu gayong tak kira dari siapa, kurangkan bercerita tentang perebutan kuasa tetapi berceritalah tentang apa yang kurang di dada

3 comments:

kaiban said...

salam buat cikgu..
Benar kata cikgu,menuntutlah demi mencari keredaan diri.
Dan bersatulah demi ISLAM.

Oghang Ba Ado said...

Assalamualikum Cikgu..

..selagi wang, orang-orang politik dan kerusi empuk kuasa yang dimartabatkan.. bukan takat pecah lagi.. nazak nak menyembah bumi..

..nak bersilat, bersilat aje la.. dendam tujuh keturunan orang tua-tua biar la simpan sendiri. akhirnya budak-budak yang tak tau apa-apa ikut nak memikul itu dan ini..

..doktrin, doktrin, doktrin.. doktrin lagi..

p/s: dari perguruan menjadi kultus sesat.. he he he..

Mohd Nasir said...

Waalaikumusalam. Betul tu. Akhirnya api permusuhan akan terus menyala tanpa mengetahui duduk perkara yang sebenar. Sebab dah terlalu banyak tokok tambah dan mendengar dari sebelah pihak. Tidak akan ada pihak yang mengaku salah.