sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.

HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292453
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Thursday, April 15, 2010

Memartabatkan silat ....

Seringkali kita dengar ungkapan ini. Seringkali jua kita mendengar perjuangan memerlukan pengorbanan. Pokoknya siapa yang harus berjuang dan siapa yang sepatutnya berkorban. Ironinya hanya satu pihak sahaja yang berjuang dan satu pihak sahaja yang terkorban.

3 comments:

Oghang Ba Ado said...

Assalamualaikum.

..martabat (kedudukan) atau maqam..

..silat adalah alat..

..pesilat adalah yang memperalatkan..

..memartabatkan "alatankah" sekadar cuma ayuhai guru?

p/s: mintak maaf kalau aku menyepah2 di rumahmu sahabat.. saja nak menyibuk dan menyemak sahaja..

syahir said...

salam cikgu aji,
jawapannya adalah guru silat yang selalu berkorban, anak murid yang ramai terkorban.

maksud saya, zaman sekarang ikhlas diletak ditempat yang tidak sepatutnya, banyak yang mengambil kesempatan di atas keikhlasan guru. makan minum dan keperluan guru diabaikan. dulu anak murid menjadi pembantu guru demi mendapatkan ilmu silat, pagi-pagi bangun pergi cari kayu api, ambil air sungai/perigi dan tolong isi tempayan, menolong guru berkebun, semua ini dilakukan untuk mendapatkan ilmu silat.

zaman sekarang kita telah menukarkan semua itu kepada nilai wang, kita tidak lagi mengamalkan cara lama, siapa sanggup pergi ke hutan mencari kayu api? maka kita bayar yuran bulanan / harian kepada guru silat kita. kita bayar seikhlas kita, ada bayar seringgit, ada bayar janji, ada juga kata ilmu tidak boleh dijual beli, guru tua tidak pernah membantah, hanya senyum dalam keperitan, guru tua tahu amanah yang telah dipikul, maka dilalui jua dengan tabah.

persoalannya mengapakah kita begitu kejam sekali? ramai antara kita liat dalam hal membayar yuran gelanggang, kita ambil kesempatan atas kalimah 'ikhlas', kononnya ilmu tidak 'masin' jika ditetapkan harga yuran, ini semua adalah manusia-manusia yang tidak berhati perut dan lidah bercabang, lebih teruk lagi adalah syaitan bertopengkan manusia kerana sanggup 'menjual' kalimah ikhlas.

Bila guru silat menetapkan had yuran, maka murid-murid yang tidak bersungguh-sungguh ini akan 'terkorban', mula tidak datang kelas, mula mengejek-ejek guru sendiri, tambah-tambah bila sudah mula berjinak-jinak dengan perguruan lain, guru yang pernah mengasuhnya dahulu diejek-ejek. sebab itu saya mengatakan gurulah yang banyak berkorban, berkorban masa dan tenaga. masa dikorbankan untuk mengajar silat, masa bersama keluarga dikorbankan, masa dan tenaga yang sepatutnya digunakan untuk mencari rezeki untuk keluarga dikorbankan, murid yang lupa diri tidak nampak semua ini. yang dia pandai, bercakap....bercakap..bercakap...dan bercakap.

p/s: cakap senang lerrrrrr....cuba buat atok nak tengok berapa lama kamu boleh bertahan.

terangwulan said...

silat adalah himpunan nilai2 kemelayuan. martabatkan silat, martabatkan nilai2 kemelayuan. nilai2 kemelayuan? apa tu? entahlah, mak bapak dan cikgu sekolah aku tak ajar. huhuhu