sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.





HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292452
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Thursday, February 25, 2010

Tip penjagaan keris

Semasa melihat atau membelek keris elakkan daripada menyentuh bilah/mata keris. Jika perlu satu tangan memegang hulu dan jari telunjuk melapik hujung mata keris sahaja, jangan dilurut mata keris kerana ia akan meninggalkan wap masin peluh pada bilah yang akan meyebabkan keris mudah berkarat.

Keris juga jika perlu dibersih dan diminyakkan sekali sekala. Jika karat biasa cukuplah hanya dengan limau nipis sahaja. Belah limau kepada dua dan sapulah mata menggunakan belahan limau tadi hingga keluar karat. Kemudian bersihkan dengan air besih/sabun. Lap hingga kering. Kemudian sapukan minyak keris. Kemudian biarkan ia betul-betul kering,barulah dimasukkan ke dalam sarung. Jika menggunakan minyak cendana ia tidak perlu lagi menggunakan haruman atau minyak wangi lain.

7 comments:

fakir al banjari said...

salam. di mana boleh saya dapatkan minyak keris?

Mohd Nasir said...

Ada macam-macam minyak keris, saya hanya jual minyak cendana sahaja utk dijadikan minyak keris

Muhammad Zuhri said...

terima kasih untuk tips penjagaan keris...saya ni tengah berjinak-jinak dengan keris.saya beli keris jawa luk 13 dekat sarawak...

Mohd Nasir said...

Satu permulaan yang baik

Adi Nur Aidil Ali said...

Assalamualaikum. Saya ingin bertanya di manakah boleh saya dapatkan maklumat penuh tips penjagaan keris? Saya langsung tiada asas ilmu keris dan baru2 ini saya telaH memberi mahar utk sebilah keris tajung

Mohd Nasir said...

adik cuba tanya pada orang yang jual keris pada adik tu, mungkin dia boleh bantu

Unknown said...

Assalamualaikum, saya ingin bertanya saya ada sebilah keris arwah ayah saya keris kecil dan pendek. Saya tak tahu keris jenis apa dan tak pernak berjaga. Baru baru ni saya baru je hantar untuk betulkan sarungnya. Boleh saya dapatkan bantuan abang? Berkenaan penjagaan dan sebagainya? Emel atau nombor whatsapp kalau ada