sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.

HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292453
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Sunday, February 28, 2010

Kuku rimau

Dalam dunia senjata Melayu antara senjata sulit yang ditakuti ialah kuku harimau ( spesies kerambit/lawi ayam) ia dinamakan sebegitu kerena saiznya yang kecil seperti saiz kuku harimau sahaja.

Red Tourmaline - Cincin Suasa saiz 20 ( koleksi peribadi )



Alhamdulillah akhirnya siap juga cincin tourmaline yang saya tempah dengan sobat baik saya En Fauzi. Batu tourmaline ini saya beli dari sebuah kedai permata di KB, setelah meniliknya lebih 2 tahun akhirnya saya membuat keputusan untuk memilikinya.

Tukang Marzuki



Tukang sampir muda Sdr Marzuki . Walaupun baru berkecimpung dalam bidang pembuatan sampir bakat beliau mula terserlah, walau bagaimanapun penambahbaikan dalam peralatan masih perlu dilakukan untuk kualiti hasil yang lebih baik.

Muhasabah

Menghisab diri amat wajar setelah selesai sesuatu pekerjaan. Setelah segala kudrat anugerah tuhan kita curahkan, berlapang dadalah. Jangan sesekali kita "tinggalkan" tuhan dalam setiap analisis kejayaan dan kegagalan yang kita terima. Yang baik kita jadikan pedoman , yang buruk kita jadikan sempadan. Semoga bertambah taqwa kita di sebalik sesuatu yang menimpa.

Zamrud air kaca saiz 19 RM1400.00




Saturday, February 27, 2010

Keris Lok 7 berpamor (baru) RM550.00 SOLD


****************************************************************************************************************************************
Panjang keseluruhan 15 inci
Bilah 10.5 inci
Hulu/sampir/buntut 10.5 inci
Batang serunai halban

Friday, February 26, 2010

Kerja kraf di Malaysia

Kerja kraf berasaskan besi (senjata) di Malaysia mempunyai masa depan yang cerah, sepanjang berkecimpung dalam bidang ini, saya melihat tukang-tukang memang tidak menang tangan. Bermula dari tukang besi, tukang canai/melurah, tuakgn sampur dan juga tukang perak. Penempah terpaksa beratur panjang untuk mendapatkan barangan yang dihajati. Semoga semakin ramai anak muda kita yang nampak potensi ini dan mengambil pelung untuk dijadikan satu kerjaya tetap.

Thursday, February 25, 2010

Kod PM 1 - RM1500.00 saiz 19 Zamrud air kaca




Udah siap..


Ini adalah barang tempahan sahabat dari Putrajaya. 8 bentuk semuanya 2 loket emas, 1 loket suasa, dan 5 bentuk cincin perak.

Tip penjagaan keris

Semasa melihat atau membelek keris elakkan daripada menyentuh bilah/mata keris. Jika perlu satu tangan memegang hulu dan jari telunjuk melapik hujung mata keris sahaja, jangan dilurut mata keris kerana ia akan meninggalkan wap masin peluh pada bilah yang akan meyebabkan keris mudah berkarat.

Keris juga jika perlu dibersih dan diminyakkan sekali sekala. Jika karat biasa cukuplah hanya dengan limau nipis sahaja. Belah limau kepada dua dan sapulah mata menggunakan belahan limau tadi hingga keluar karat. Kemudian bersihkan dengan air besih/sabun. Lap hingga kering. Kemudian sapukan minyak keris. Kemudian biarkan ia betul-betul kering,barulah dimasukkan ke dalam sarung. Jika menggunakan minyak cendana ia tidak perlu lagi menggunakan haruman atau minyak wangi lain.

Allah Muhammad

Baru-baru ini saya menempah sebentuk cincin yang dipahat Allah Muhammad pada baluhnya. Tapi bila siap tukang terlupa pula untuk memahatnya. Bila saya tanyakan tukang mengapa, jawabnya " biarlah Allah dan Muhammad terpahat di hati".

Pengalaman...

Semasa masih remaja suatu waktu dahulu.. saya telah diajak oleh Ayah saya untuk menguji kehebatan seorang bomoh yang serba tahu. Bomoh ini tembus pandang. Sebelum ketibaan bomoh ke rumah pesakit, ayah saya dah siap-siap tanam sebiji telur di halaman rumah. Kami bercadang untuk melihat sejauh mana handalnya bomoh tersebut kerana dia biasanya dapat mengambil benda-benda sihir yang ditanam di kawasan rumah dengan senang hingga menimbulkan keraguan samaada dia yang bawak atau sudah berada di situ. Alkisahnya dia memang tembus pandang, kerana tahu dah ada ramai orang tunggu dia terus tak datang.

Wednesday, February 24, 2010

Merosakkan diri....

Jangan kita masukkan dalam kepala kita perkara yang bukan-bukan, biarkan perkara-perkara negative berlalu ibarat abu di atas tunggul. Jangan kita rosakkan pemikiran kita untuk memikirkan perkara remeh temeh. Cari rezeki halal dan berbahagialah dengan kehidupan anugerah Allah.
*Tanya hati lebih pasti

Berilah makan...

Jangan kedekut untuk memberi manusia makan. Belanjalah sahabat-sahabat dan rakan taulan di sekeliling kita. Rezeki Allah yang kita miliki harus dikongsi bersama. Jangan tunggu untuk kenduri besar, kita boleh berkenduri tiap-tiap hari. Apabila kita tidak berkira dengan manusia Tuhan juga tidak berkira dengan kita.

Tuesday, February 23, 2010

Mimpi atau realiti

Ada mimpi yang kita rasakan betul-betul berlaku. Bila kita terjaga ,sambungannya masih ada di alam nyata. Jadi dalam mimpi pun ada realiti dan dalam realiti pun ada mimpi. Hidup ini juga ibarat mimpi dalam realti.



*sori berbelit-belit.

*stremyx saya problem sekali lagi. online guna celcom broadband shj. Sori tak dapat upload foto

Kunjungan Akademik - kapak kecik



Kekurangan sumber bertulis kadangkala menyulitkan ahli akademik untuk membuat rujukan apabila ingin menyiapkan assigment atau tesis tentang warisan senjata Melayu. Antara senjata yang kurang rujukan ialah kapak kecil. Semalam Sdr Azahar dari UITM Machang bertandang ke rumah saya untuk berbincang tentang kapak kecil dan masa depannya. Semoga kajian-kajian ilmah dan dokumentasi akan dilakukan untuk generasi masa depan.

Monday, February 22, 2010

terlalu banyak minta....

Kita kadang-kadang terlalu banyak meminta... sehingga kita minta yang bukan-bukan dari Tuhan. Kadang-kadang kita minta murahkan rezeki, sedangkan yang ada pun sudah tak terurus dan dah tak termakan. Bila rezeki datang mencurah-curah kita pula tak sempat nak urus, terlalu sibuk hingga tak cukup rehat. Akhirnya kita sedar bahawa apa yang diatur oleh Tuhan adalah yang terbaik.


* jangan pula jadi Firaun tak minta apa-apa dari Tuhan

Sunday, February 21, 2010

Syukur...

Alhamdulillah, setelah seminggu saya terkial-kial menggunakan celcom broadband, petang tadi masalah Streamyx saya telah selesai. Terimakasih kepada pihak telekom kerana sudi membantu menyelesaikan masalah saya tanpa banyak karenah. InsyaAllah foto-foto yang diminta oleh sahabat akan saya uploadkan dari semasa ke semasa.

Ada hikmahnya...

Kekadang sesuatu peristiwa yang kita sangka sebagai memalukan, menyusahkan dan sial adalah hadiah terbaik daripadaNya . Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk hambanya. Jadi terimalah dengan redha dan penuh rela. Akhirnya terserlahlah pada kita bahawa bersangka baik pada Allah itu adalah lebih baik daripada segala pekerjaan.

Saturday, February 20, 2010

Kunjungan Cikgu Zul Penang



Walaupun sibuk, sebagai seorang sahabat cikgu zul sempat singgah ke rumah saya untuk bertanya khabar dan "menikmati keris". Sebagai anak gayong topik perbualan banyak berkisar tentang keris dan perjalanan guru-guru kami. Kirim salam pada Pak Akob semoga dalam kandungan sihat sejahtera.

Tukang Sufian




Badik Tempahan Khas Cg Safar




Cincin Perak Mani Gajah ( SOLD )


Sahabat dari Temerloh..


Salam perkenalan saya ucapkan kepada Cikgu Yie dari Temerloh yang bakal menjadi warga Kg tok Ku Kedai Lalat. Walau pun dalam kesibukan untuk masuk rumah baru, beliau sempat juga singgah sekejap ke laman saya untuk bertanya khabar dan mengikat tali persahabatan. Bak kata pepatah
"gayong bersambut kata bersahut". Harapan saya agar terus membimbing anak-anak gayong tanpa jemu.

Atok dan Cucu - satu pandangan

Kasih sayang seorang "atok" kepada seorang cucu kadang-kadang dilihat melampau kasih sayang bapa kepada anak. Dalam bab mengenal pula, biasanya si anak jarang yang berminat denga ilmu bapanya, tetapi sicucu pula sudah tidak lagi sempat mengenal atok atau moyangnya. Bagi atok yang "sampai" pula, ilmunya masih lagi dapat mencari waris tetapi dengan simpton-simpton yang agak aneh kadang-kadang penuh misteri. Sicucu pula tertanya-tanya kenapa aku jadi begini,sakit begini dan begini,begini serta begitu.... Sebenarnya ia adalah perjalanan hidup yang mesti dilalui untuk menguji kekentalan hati sama ada layak atau tidak untuk mewarisi satu ilmu yang berat mata memandang tapi berat lagi bahu memikul. Wallahualam.
*khayalan bukan ilmu tapi ilusi.

Kunjung mengunjung

Perayaan tahun baru Cina tahun ini ramai sahabat yang bercuti ke Kelantan dan ramai juga yang "balik kampon". Bagi saya yang sudah berada di "kampon" pula tak ke mana-mana, hanya setia menunggu ketibaan sahabat-sahabat yang sudi ziarah ke rumah. Perbincangan dan perkongsian pendapat dengan sahabat-sahabat biasanya dapat membuka minda kita tentang perkembangan semasa di lain-lain tempat.
Dalam foto ialah Sdr Rosman dan juga Sdr. Munawir.

Friday, February 19, 2010

Mencipta kesibukan

Dalam dunia hari ini, manusia tak cukup kerja. Mereka kerja sampai 16 jam sehari. Seringkali mereka lupa masa rehat dan masa untuk ibadah. Kita semua disogokkan dengan kecemerlangan dan kegemilangan. Pembahagian kehidupan yang ditetapkan oleh syariat kepada 3 sudah tidak ada dalam kamus lagi. 8 jam kerja, 8 jam ibadah dan 8 jam rehat. Akibatnya salah satu bahagian akan pincang, biasanya kesihatan kita akan pincang sebelum sampai masa dan akhirat sudah tentu hancur kerana kita curi masa ibadah untuk dunia.

Thursday, February 18, 2010

Sibuknya...

Kadang-kadang kita terlalu sibuk, dan kadang-kadang kita buat-buat sibuk. Tapi jangan sampai orang kata kita suka menyibuk. Walau apapun kesibukan kita, jangan lupa sibuk mengurus "diri" terlebih dahulu.

SOLD







Terlalu mistik....

Masyarakat Melayu kita kadang-kadang terlalu mistik, mereka melihat semua benda dari sudut mistik. Ada juga yang sudah terlalu kasyaf, semua yang dilihatnya adalah tembus pandang. Kadangkala risau juga takut kalau-kalau itu hanya ilusi dan khayalan semata. Andainya benar-benar kasyaf simpanlah ia sebagai rahsia diri, bukan untuk diuar-uarkan seantero negeri. Bimbang dikatakan orang "menjual diri"

Wednesday, February 17, 2010

Jualan di Muzium Kelantan


Syirik berlapik...

Syirik tetap syirik, tidak bersyarat dan tidak perlu berlapik. Jika ada "syarikat" berkongsi kuasa dalam apa jua perkara maka syiriklah ia. Tak perlu dalih-dalih.

Kunjungan Zahid " Budak Klate"


Tuesday, February 16, 2010

Monday, February 15, 2010

lebih baik diam..

Kadangkala dalam sesuatu majlis, kita terlalu banyak soal dan banyak memberikan pendapat tanpa faham duduk cerita. Ahli -ahli majlis tersenyum sinis kerana nampak sangat kita ni "entah apa-apa". Jadi sebelum kita membuka mulut, perhatikan dahulu topik apa yang orang sedang bicarakan, lebih baik diam sahaja dan simpan wawasan /gagasan di rumah kita sendiri lebih berbaloi.

Kunjungan Sahabat dari Seberang















Selama 2 hari kunjungan Sdr Amir dari Singapura ke Kelantan diisi sepenuhnya dengan aktiviti perkerisan. Dari rumah tukang besi hinggalah ke rumah tukang sarung. Proses belajar dan mengenali seni warisan akan lebih jelas jika kita bersedia turun ke lapangan dan bukan angan-angan.

Saturday, February 13, 2010

Cerita orang..

Apabila kita banyak membaca kisah-kisah sufi kita sebenarnya sedang mengumpul kisah-kisah orang. Bersembang sedikit kita kemukan cerita yang kita baca tadi sebagai penguat hujah, kemudian hati kita kembang kerana terasa diri kita lebih hebat dari lawan cakap kita tadi. Inilah fenomena anak-anak yang baru merangkak dan bertatih, maklumlah belum ada cerita pengalaman mengembara dan memandu sendiri. Kurangkan bercerita, banyakkan membaca lukisan hati sendiri.

Denak..

Biasanya orang memikat memakai denak. Denak yang baik adalah denak yang galak, garang dan suka melawan serta sering berkokok. Kebijaksanaan orang-orang kita untuk memikat kadang-kala mengkaguman. Mereka memikat burug-burung kecil hanya dengan menggunakan denak burung hantu. Apabila burung hantu diikat ditengah padang terbuka, maka habislah ayam, itik, sekelian burun akan datang mengeruminya. Bukan kerana kemerduan suara tetapi kerana first time dapat lihat "hantu" pada siang hari.

Terbawa-bawa.....

Kadang-kadang hal duniawi terbawa-bawa sehingga dalam mimpi-mimpi kita. Ini menandakan kita perlu "servis" minda kita sekali sekala. Buangkan sekejap soal wang ringgit, letak tepi ego dan sombong, campak ke longkang hasad dan iri. Semai semula benih tauhid dalam jiwa, tanyakan bekalan apa yang aku dah ada untuk pulang, dan akhir sekali tanyakan pada diri apakah yang sebenarnya dah jadi pada diriku hari ini.

Friday, February 12, 2010

Terima kasih atas pemberian....




Semalam saya menerima panggilan telefon daripada Mat Despatch (skynet) bertanyakan sama ada saya nak singgah ke pejabat skynet atau tidak selepas balik dari sekolah. Saya katakan saya tak ada barang nak diposkan pada hari ini dan saya dah ada kat rumah pun . Lebih kurang 1 jam kemudian beliau dah tercegat di laman rumah saya untuk hantar satu parcel kepada. Alhamdulillah, parcel ini adalah kiriman dari seorang pelanggan saya. Beliau menghadiahkan sebuah buku kepada saya sebagai tanda kenang-kenangan kerana pernah berurusniaga . Terima kasih yang tidak terhingga kerana harga buku ini kalau tak silap RM250.00 sebuah.

Lading Tempahan Sahabat


Lading ini menggunakan besi-besi dari senjata lama milik sahabat penempah. Timbul sedikit kesukaran dalam pembuatan kerana beberapa kali ia patah dan berkecai di saat-saat akhir. Sehari suntuk barulah lading ini siap. Inilah seadanya.

Thursday, February 11, 2010

Memilih sahabat...

Carilah sahabat yang boleh memberi manafaat pada kita. Seseorang sahabat boleh dikenali dengan lebih mendalam apabila kita bermusafir bersamanya. Jika kita betul-betul ingin memilih sahabat yang akrab pilihlah bermusafir bersamanya terlebih dahulu kemudian barulah boleh membuat penilaian. Musafir akan mendedahkan sifat sebenar seseorang. Kedekut,pemurah, bertimbangrasa, ringan tulang dan pelbagai lagi sifat yang ada dalam diri akan terserlah terutamanya jika perjalanan yang dilalui panjang dan penuh cabaran.

Dari Canon 450 Eos Sahabat....







Merenung dan menilik besi, kayu dan batu... kadangkala terlupa menilik diri.

Wednesday, February 10, 2010

Masa itu emas

Apabila usia semakin meningkat, waktu rehat merupakan waktu "emas". Apatah lagi jika diisi dengan kerja-kerja akhirat. Semakin kita sibuk dengan kerja dunia kita, semakin sedikit masa untuk diri sendiri. Kasihanilah diri sendiri sebelum kita kasihan pada orang lain.

Cahaya di hujung terowong

Belajarlah, menuntutlah. Setiap apa yang kita pelajari insyaAllah ada manafaatnya suatu hari nanti. Walaupun pada peringkat awal ilmu itu nampak kelam, tak faham, payah paham, banyak halangan,dugaan dan macam-macam lagi. Mengkajilah dan mengajilah, kerana kita semua baka mati. Usah dihirau karenah-karenah dan onaran orang. Susah senang biarlah kita dengan Tuhan.


*foto ciluk daripada blok Nazmie

Kekal dalam zikir

Zikir ialah ingat. Ada zikir lisan dan ada zikir hati. Untuk sentiasa berzikir pada Allah sama ada lisan atau hati bukan satu pekerjaan yang mudah. Susah untuk kekal dalam zikir lisan susah lagi untuk berkekalan dalam zikir hati dan larut di dalamnya. Biarlah perbuatan dan pekerjaan kita melambangkan zikir kita pada Allah Tuhan Pemerintah Sekelian Alam.

Tamat tugas...


Setelah 3 tahun Canon 350D EOS ini berkidmat pada saya dengan setia, beberapa hari lepas ia mula meragam. Selalu keluar "err 90" bila snap foto. Hati mula risau, semalam minta penjelasan dari Kedai Kamera, katanya yang paling baik kena tukar lenses baru... . Kita hidup di dunia ini pun begitu jua, sudah menjadi sifat makhluk tidak ada yang sempurna dan kekal selama-lamanya.

Tuesday, February 09, 2010

Pendokok perak milik sahabat




Aura

Dalam dunia komersil hari ini "aura" juga dijadikan sumber pendapatan. Sesekali jumpa dengan mereka yang tak pernah dengar tentang aura, maka produk aura boleh jalan. Pelbagai ilmu dan produk kini berkaitan dengan aura dan tenaga dalam. Ada bentuk gelang, ada bentuk loket dan ada juga dalam bentuk cahaya. Mungkin ada benar dan kebaikan dari semua itu . Dalam agama kita dah termaktub sesuatu yang telah dijanjikan Allah yang lebih hebat auranya iaitu solat, puasa, zikir serta qiamullail. Walau apapun terpulanglah kepada empunya diri nak pakai atau pilih yang mana satu. Pakai pun mati, tak pakai pun mati. Jadi lebih baik mati dalam iman/percaya kepada janji-janji Allah daripada percaya kepada janji-janji manis salesman.

Dah siap sepenuhnya



RM950.00 ( SOLD OUT) tq




Lok 7
Panjang keseluruhan 15.5 in
Bilah 12.0 in
Hulu/sampir kemuning
batang serunai sena
Bilah tukang Rosdi Jertih
Sampir Tukang Che Long
Bilah daripada mata keris/lembing lama.

Monday, February 08, 2010

Masalah....?

Inilah yang dinamakan manusia. Kalau tak ada masalah, tak sakit,tak pening dan tak ada apa-apa itu namanya malaikat. Jadi sebagai manusia terima dan tangganilah semua itu dengan ilmu dan kewarasan. Masalah akan mengajar kita erti ketabahan. Ia juga dapat membentuk dan melatih kita untuk lebih yaqin dengan apa yang kita percayai. Ibarat kata, semakin dicanai semakin bercahayalah batu permata yang berkualiti.

Tersentuh atau tidak....

Tasauf adalah urusan hati, jadi belajar tasauf adalah belajar tentang hati. Sehubungan itu segala gerak kerja kita mestilah diambil kira dari sudut "hati". Contohnya apabila menderma/bersedekah, berapa sen/RM yang mampu menyentuh hati kita. Kalau RM1.00 tidak mampu menyentuh hati kita, tambahlah sedikit lagi contohnya RM5.00. Seeloknya jangan pula kita hanya bagi RM0.50, sekadar lebihan syiling yang ada di dalam poket. Kalau tiada nilai bagi kita, apatah lagi di sisi Tuhan.

Sunday, February 07, 2010

Kunjungan Sahabat





Semalam hari sabtu 6 Februari 2010, saya dikunjungi oleh sahabat-sahabat dari KL. Berkongsi minat yang sama saya bawa mereka untuk mengenali beberapa tukang keris dan sempat juga belajar sedikit sebanyak peralatan-peralatan yang digunakan oleh tukang.