sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.

HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292453
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Friday, January 22, 2010

Sepuh

Mengikut Kamus Dewan, sepuh bermaksud "mengeraskan besi dengan membakar dan mencelupkan dalam air". Bagi senjata yang memerlukan ketajaman mata seperti pisau melapah, disamping penggunaan besi baja yang berkualiti kemahiran menyepuh oleh tukang juga menjadi faktor penting. Besi yang dibakar pada suhu tinggi akan dicelup ke dalam air berdasarkan warna pada besi yang sedang terbakar. Antara bahan yang menjadi celupan ialah air, air tanah liat dan minyak hitam. Kepakaran seorang tukang besi akan lebih terserlah jika ia mahir dalam kerja-kerja menyepuh. Ini kerana dalam kontek pembuatan senjata tradisional tukang-tukang tidak mempunyai alat bagi menyukat suhu yang tepat semasa menyepuh. Mereka hanya membuat agakan berdasarkan warna besi yang terbakar, sama ada biru, putih, kuning atau pun merah.

8 comments:

syahir said...

Salam cikgu, saya belajar nyepuh dengan ramai tukang, kalau cina deme panggil hardening. Deme buat hardening malam2, tutup lampu, sbb nak tgk warna pelangi yang sekata. Deme ada penanda aras untuk mengetahui warna dan tahap kekerasannya (hardness).

Rata2 tukang mengatakan warna kuning sebelum emas adalah yang terbaik, kekerasan sekitar 70 atas.

Mohd Nasir said...

Tahniah , bertambah seorang lagi yang faham ilmu tukang besi.

Oghang Ba Ado said...

Seronok memerati orang buat kerja menyepuh ni..

handal atau tidak seorang tukang besi ditentukan oleh ilmu sepuhnya..

Unknown said...

Api untuk membakar besi tu guna arang kayu shj ke

Janggut Golong said...

Iye cik unknown..begitu lah gamak nye..kalau guna lilin susah jugak..apelagi kalau guna mancis cricket..tapi yang terbaik guna api dari plan petronas dekat kertih tu..atau yg dekat tengah2 laut..itulah yg terbaek sesangat..

nazarul tahir said...

Hahahhaah... power yob..!!!

nazarul tahir said...

Hahahhaah... power yob..!!!

norman jos said...

saya baru belajar buat parang. Mcm2 parang dah siap to cara nak sepuh tu saya kurang yakin. Hasil sepuhan saya cuma mampu potong paku 2 inci Dan mata sumbing sikit. Tolong bagi tunjuk ajar.