sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.

HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292453
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Friday, January 29, 2010

Bersiaran dari Manjong

Cuti jumaat sabtu minggu ini hajat untuk ke bengkel tukang tak kesampaian. Memenuhi jemputan bapa saudara, saya ke Manjong untuk majlis perkahwinan. Sepanjang perjalanan dari KB ke Manjong banyak mengimbau kenangan saya semasa bertugas di Parit selama 5 tahun. Seperti haruan pulang ke lubuk saya singgah sekejap untuk solat jumaat di Masjid Besar Pekan Parit. Sempat juga menciluk sekejap ke kedai tukang jahit untuk tempah 2 helai seluar. almaklumlah sudah biasa dengan seluar cap parit, sesekali singgah mesti tempah, amat sesuai dengan selera saya kerana keselesaannya. Sempat juga bertemu dengan beberapa orang rakan lama antaranya ialah En.Ramdzan, Abang Man Frozen Food, Mior dan juga Hj Halim. Hati masih lagi tersangkut kat Pekan Layang Kiri, terkenang sahabat-sahabat karib seperti Pak Abu, Pak Hashim, Mat Beca, Pak Hassan dan rakan-rakan qariah masjid yang lain. Kalau ikut program rombongan, rasanya tak sempat singgah untuk berkunjung ke laman sahabat-sahabat. Maaf juga pada Pendekar Sg Siput kerana masa tidak mengizinkan untuk singgah. Begitu juga pada Pak ngah Izahar dan Ustaz Khalid, InsyaAllah trip lain saya akan singgah untuk melepas rindu pada sahabat semua.

2 comments:

syahir said...

Salam, xper cikgu, teman paham. Teman juga memasang hajat, tahun ini akan mencari peluang menziarahi cikgu di Kelantan, insyaAllah.

Semoga perjalanan balik selamat hendaknya, amin.

othman said...

Salam...uploadlah gambar-gambar semasa diPerak tu Cik Gu...