sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.

HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292453
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Sunday, January 31, 2010

Tasbih cyprus 33 biji (SOLD OUT)


Semudah itu...

Dalam dunia moden hari ini wang amat-amat diperlukan. Untuk mendapatkannya maka pelbagai jalan dicuba. Ada jalan yang biasa dan ada jalan yang luar biasa. Ada yang menjual produk dan ada yang menjual cerita. Ada juga yang menjual harapan dan impian. Kadang-kadang sepotong kayu biasa yang harganya cuma RM50.00 dikatakan menjadi penawar,ubat dan seribu macam khasiat lagi. Ada juga yang menjual ilmu haqiqat, hanya dengan bahan-bahan tertentu dapat membuka aura, cakra dan macam-macam lagi. Semudah itukah jalan untuk kita mengenal? Adakah ilmu-ilmu ini boleh dibeli dengan wang ringgit? Kalau begitu murah harganya, tentu semua orang mampu memilikinya.
*berhati-hati di jalanraya takut terserempak dgn buaya

Friday, January 29, 2010

Bersiaran dari Manjong

Cuti jumaat sabtu minggu ini hajat untuk ke bengkel tukang tak kesampaian. Memenuhi jemputan bapa saudara, saya ke Manjong untuk majlis perkahwinan. Sepanjang perjalanan dari KB ke Manjong banyak mengimbau kenangan saya semasa bertugas di Parit selama 5 tahun. Seperti haruan pulang ke lubuk saya singgah sekejap untuk solat jumaat di Masjid Besar Pekan Parit. Sempat juga menciluk sekejap ke kedai tukang jahit untuk tempah 2 helai seluar. almaklumlah sudah biasa dengan seluar cap parit, sesekali singgah mesti tempah, amat sesuai dengan selera saya kerana keselesaannya. Sempat juga bertemu dengan beberapa orang rakan lama antaranya ialah En.Ramdzan, Abang Man Frozen Food, Mior dan juga Hj Halim. Hati masih lagi tersangkut kat Pekan Layang Kiri, terkenang sahabat-sahabat karib seperti Pak Abu, Pak Hashim, Mat Beca, Pak Hassan dan rakan-rakan qariah masjid yang lain. Kalau ikut program rombongan, rasanya tak sempat singgah untuk berkunjung ke laman sahabat-sahabat. Maaf juga pada Pendekar Sg Siput kerana masa tidak mengizinkan untuk singgah. Begitu juga pada Pak ngah Izahar dan Ustaz Khalid, InsyaAllah trip lain saya akan singgah untuk melepas rindu pada sahabat semua.

Badik mampu milik ( SOLD OUT )




Thursday, January 28, 2010

Badik Sepat Gred A kod B2 RM430.00 (SOLD OUT) mlk


Panjang keseluruhan 7 inci
Pajang bilah 4.2 in
Hulu dan sampir halban plot
batang serunai sena





Kenapa berlaku pada ku....

Kadang-kala terfikir juga kenapa sesuatu tragedi/perkara buruk berlaku pada kita. Apa salah kita? Apa dosa kita? Kalau direnung dalam-dalam nescaya terserlah jua hakiqat indahnya pekerjaan Allah s.w.t terhadap hambaNya. Mungkin ia sebagai satu batu loncatan untuk mengangkat darjat kita, mungkin juga untuk mengingatkan kita agar jangan alpa. Mungkin juga untuk mengajar kita hakikat yakin dan hakikat sabar.
*tidak diuji juga merupakan satu ujian

Wednesday, January 27, 2010

Keris Lurus RM670.00 SOLD OUT brg












************************************
Panjang keseluruhan 16 inci
Bilah 13 inci
Hulu/sampir/tapak kemuning
Batang serunai sena



Harap bersabar..

Kepada sahabat-sahabat yang setia menunggu produk saya mohon maaf banyak-banyak. Ini kerana keris gelanggang dan keris baru kategori sederhana masih tidak muncul-muncul. Almaklumlah kerja menggodam besi bukan seperti menguli tepung kek dan tukang juga banyak komitmen untuk tempahan-tempahan lain. Manakala kepada sahabat yang berminat dengan badik mampu milik, masih terdapat beberapa bilah tetapi masih berada dalam bengkel tukang sampir. Terima kasih semua. Semoga sahabat semua masih ceria untuk meneruskan tahun 2010 ini.

Tuesday, January 26, 2010

Menjaga diri dan ahli keluarga...

Jagalah diri kita dan kelurga kita dari api neraka. Jagalah aurat kita dan juga aurat anak-anak gadis kita. Mungkin kita kata tak apa-apa kerana semua orang lain juga tak menutup aurat. Tapi bagi kita yang faham sanggupkah kita menjawabnya begitu di padang masyar nanti.

Gemunggal batu RM230.00 termasuk pos dalam semenanjung




Keris Lurus ( baru) SOLD OUT











**********************
Panjang keseluruhan 17 inci
Panjang bilah 13.5 inci
Hulu/sampir/tapak kemuning
Batang serunai sena

Maruah..

Setiap insan ada maruah. Jangan kita gadaikan maruah diri hanya kerana ingin mengejar pangkat dan wang. Jangan jadi pembodek, pengampu atau tukang "pump". Jangan pula membiarkan pemikiran dan pendirian kita dijajah. Berpegang teguhlah pada pendirian berdasarkan ilmu dan iman.

Badik kecil RM140.00 termasuk pos dlm Semenanjung (SOLD OUT) tq



Badik pamor
Panjang keseluruhan 7 inci
Panjang bilah 4.9inci

Monday, January 25, 2010

Sekali sapu....


Sekali sapu.. inilah permata-permata pilihan hati sahabat saya untuk dijadikan loket dan cincin. Woww.

Allah Maha Kaya dan Maha Adil

Dalam kehidupan, sesekali kita merintih kerana kekurangan dan kelemahan diri. Sesekali juga kita bersedih apabila teraniaya. Tapi tuhan itu Esa, tiap apa yang berlaku lihatlah dari sudut yang positif. Musibah yang menimpa kita anggap sebagai satu ujian untuk kita sebagai hambaNya yang terpilih untuk diuji. Jika kita teraniaya, kita serahkan kepada tuhan kerana Ia Maha Adil dan Maha Bijaksana. Usahlah kita kalut-kalut pula memikirkan urusan Tuhan. Fikirkan urusan kita sehari-hari dalam meneruskan penghidupan di bumi bertuah ini.

Keris Sepokal Bugis antik ( SOLD OUT ) Cg Wan Jrt



Panjang keseluruhan 18.5 inci
Bilah 14.5 inci
Hulu/sampir/tapak kemuning
Batang serunai sena



Keris Selit Perut Ular ( SOLD OUT ) En.Azman



Keris Selit lok 5
Pamor perut ular
Panjang keseluruhan 13 inci
Panjang bilah 8.5 inci







Sunday, January 24, 2010

Kerja untuk orang

Kita kadang-kadang terlalu sibuk bekerja untuk meninggalkan habuan bagi orang lain . Sedangkan kerja dan habuan untuk diri sendiri tak pernah diambil kira. Untuk siapakah wang yang banyak jika tak sedekahkan. Pastikah kita bahawa wang yang kita tinggalkan akan membantu kita. Fikir-fikirkan

Sampir Tebuk

Industri pembuatan senjata di Kelantan agak unik terutamanya dalam pembuatan sampir tebuk. Sampir atau sarung golok/pisau melapah versi kelantan biasanya hanya ditebuk dari sepotong kayu. Rahsianya terleatak pada pengunaan peralatan yang direka oleh tukang-tukang. Peralatan ini tidak dijual dikedai-kedai sebaliknya ditempa mengikut keperluan tukang sampir.
Antara kayu kegemaran tukang dan mendapat permintaan tinggi dari pelanggan ialah sampir kayu nibong. Antara seorang tukang sampir golok dari nibong ialah Abang Man Kg Perangkap.

Saturday, January 23, 2010

Teras Gemunggal RM150.00 termasuk pos dalam Semenanjung








Teras gemunggal dijamin asli.

Alfatihah..

Alfatihah... Takziah diucapkan kepada Sdr.Ikram kerana ayahandanya telah kembali kerahmatullah 2 hari lepas. Semoga roh beliau ditempatkan bersama-sama shuhada dan solihin.

Stok terbaru teras gemunggal

Ini adalah stok terbaru teras gemuggal yang saya miliki. Terdapat pelbagai pendapat mengenai teras gemunggal. Ada yang mengatakan jika ia asli warnanya hitam. Ada juga yang mengatakan jika asli ia tenggelam di dalam air. Mengikut pengalaman saya, warna teras gemunggal selalunya dipengaruhi oleh faktor tanah tempat ia tumbuh. Teras gemunggal juga akan berubah dari lain-lain warna kepada hitam jika selalu dipakai. Tidak semestinya semua teras gemunggal tenggelam, kerana walaupun dari pokok yang sama dan dari keratan kayu yang sama. kadangkala ada yang tenggelam dan ada yang tidak tenggelam.

Friday, January 22, 2010

Badik mampu milik ( SOLD OUT )


Panjang keseluruhan 7 inci
Bilah 4.5 inci
Hulu/sampir/buntut kemuning
Batang serunai sena




Tempahan sahabat dah siap ( W.Erman)



Sepuh

Mengikut Kamus Dewan, sepuh bermaksud "mengeraskan besi dengan membakar dan mencelupkan dalam air". Bagi senjata yang memerlukan ketajaman mata seperti pisau melapah, disamping penggunaan besi baja yang berkualiti kemahiran menyepuh oleh tukang juga menjadi faktor penting. Besi yang dibakar pada suhu tinggi akan dicelup ke dalam air berdasarkan warna pada besi yang sedang terbakar. Antara bahan yang menjadi celupan ialah air, air tanah liat dan minyak hitam. Kepakaran seorang tukang besi akan lebih terserlah jika ia mahir dalam kerja-kerja menyepuh. Ini kerana dalam kontek pembuatan senjata tradisional tukang-tukang tidak mempunyai alat bagi menyukat suhu yang tepat semasa menyepuh. Mereka hanya membuat agakan berdasarkan warna besi yang terbakar, sama ada biru, putih, kuning atau pun merah.

Tukang besi

Di Kelantan istilah tukang besi merujuk kepada mereka yang terlibat dalam bidang penempaan besi. Kerja-kerja mereka ialah membakar,menggodam,mencampur dan membentuk besi kepada "bakalan". Kemudian bakalan akan disiapkan melalu kaedah mencanai sebelum menjadi senjata. Kerja tukang besi banyak memakan tenaga dan mesti tahan panas. Tanpa tukang besi, industri hiliran lain seperti melurah, mencanai,membuat sarung tidak akan berlaku. Biasanya kerja tukang besi adalah warisan turun temurun. Ia bukan sahaja kerana kudrat tetapi juga kerana bakat.


* bakalan - bentuk asas sesebilah senjata sebelum dicanai

Badik pamor mampu milik RM140.00 termasuk pos dalam Semenanjung HOLD ON (Bad Kn)


Badik Pamor besi paku
Panjang keseluruhan 7 inci
Bilah 4 inci
Ulu/sampir/buntut kemuning
Batang serunai sena



Thursday, January 21, 2010

Gemunggal Batu - Utk perhatian Sdr M.Syukor




Terlalu teknikal

Kadang-kadang kita terlalu gigih untuk memahami sesuatu secara teknikal. Apabila kita kelihatan memahami sesuatu secara detail sesekali kita berasa "wow" pandainya aku. Alangkah moleknya kalau kesungguhan kita tadi kita gunakan untuk "mengaji" dan "mengkaji" ilmu tauhid yang sudah pasti amat berguna sebagai penerang jalan untuk kembali nanti.

Cincin zamrud saiz 18 RM380.00




Saiz cincin 18
Berat batu sekitar 1-1.5 ct
Batu-batu lain ialah zirkon swiss shj.
( stok 1 shj )

Bilah badik tempahan sahabat - utk perhatian SFR


Badik pamor mampu milik (SOLD OUT)


Panjang keseluruhan 7 in
Panjang bilah 4 inci
Hulu sampir kayu kemuning
Batang serunai sena