sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.

Friday, December 31, 2010

Mengenal...

Bijak dalam silat apabila mengenal gerak. Bijak dalam agama apabila mengenal diri.

Raksasa-raksasa dalam diri..

Amarah..., di dalamnya membiak hasad,dengki,dan pelbagai sikap mazmumah. Hanya dengan senjata zikir kita dapat menewaskannya. Semoga mutmainnah maenjadi wakaf sebelum naik maqam Radhiah dan Mardiah.

Thursday, December 30, 2010

Nama....

Kadang-kadang kita terlupa. Perjalanan ini untuk apa, sekadar mencari nama atau mencipta huru-hara. Kesepakatan yang ada janganlah dirungkai.

Bila malas menguasai diri...

Malasnya nak update blog...... . Semoga tahun baru akan memulihkan semangat. Selamat bercuti.

Bila kita diam...

Banyak benda yang dapat kita nilai bila kita banyak diam dan banyak memerhati. Pertama ialah menilai diri sendiri. Yang kedua dapat menilai persekitaran, melihat mana yang nyaman dan mana yang bergelora. Bila dah tua-tua begini, senyum lagi baik dari bermasam muka.







Melihat....

Melihat ada dua jenis , pertama dengan mata lendir dan kedua dengan mata hati.

Anak badik - RM120.00 ( SOLD)


Pamor "mata". Menggunakan campuran besi-besi lama. Tanpa sarung.

Monday, December 27, 2010

Hanya satu

MengEsakan Allah apabila kita mentauhidkan semuanya kepada yang empunya Hak, tauhidkan Zat, tauhidkan sifat, tauhidkan asma dan tauhidkan af'al. Tidak ada berbelah bahagi, tidak ada perkongsian lagi. Tauhidkan dengan hati, tauhidkan dengan lisan dan tauhidkan dengan perbuatan.



* Jangan sesat atas jalan yang terang benderang

Kalam munafiq

Bila cakap berbelit-belit.

Tempahan Khas bulan Muharam

Puting pulas
besi 7 pa

Sunday, December 26, 2010

Puji memuji

Puji muhadas bagi muhadas
Puji muhadas bagi Qadim
Puji Qadim bagi muhadas
Puji Qadim bagi Qadim

Sibuk dengan bucu kain orang...

Apalah yang ada pada kain buruk ini, hinggakan ada yang tak lena tidur memikirkan bucunya. Jika kain saudara lawa dan berharga, usahlah sibuk dengan bucu kain kami yang koyak rabak. Biarlah kami dengan kain buruk ini. Semoga tidur anda lena dan bahagia.


* Pesan pada anak-anak gayong Warisan. Jaga diri baik-baik. Sibukkan diri dengan urusan kita.

Tempahan Mohd Jailani - Sampir Kusriwa

Saturday, December 25, 2010

Melihat ke dalam diri....

Tiliklah dan selidikilah, usah diselidiki hati orang sama ada jujur atau curang. Kita tidak dipertanggungjawabkan atas dosa orang lain tetapi menanggung dosa sendiri atas perbuatan dan kelakuan.

Bilah-bilah baru siap


Ada yang dah bertuan dan ada yang belum bertuan. Kategori keris selit.

Dua bilah melintang bahagian bawah SOLD
Anak alang yang tengah sahaja available yang lain SOLD

Friday, December 24, 2010

Ikut musim....

Dalam kehidupan ada peringkat-peringkat tertentu. Sama macam kuih ada musim-musimnya. Bila musim tengkujuh dan hujan, kuih yang paling laris dan sesuai ialah kuih "putu halba". Selamat menjamu selera.

Tak sempat.....

Ramai juga tertanya-tanya kenapa tak uploadkan barangan dalam blog untuk jualan. Sebenarnya bukan tak berniaga tetapi tak sempat kerana musim cuti sekolah ramai yang datang terus ke rumah untuk beli barang. InsyaAllah blog akan diupdate seperti biasa bila keadaan dah pulih.

Wednesday, December 22, 2010

Faham...

Nampak selamba, kelakar, dan sedikit gila-gila. Ramai yang tak menduga bahawa di dadanya tersimpan kemas sebungkal intan yang dicari insan. Alhamdulillah, sepatah dua bicara saya dapat mengesannya, akhirnya terjalinlah persahabatan tanpa manusia lain perasan. Alhamdulillah.

Dah kembali....

Alhamdulillah, cuti saya selama 4 hari sudah berakhir dengan selamatnya. Terima kasih kepada sahabat-sahabat di Temasik yang sudi melayan saya sepanjang 4 hari di sana. Kepada yang tak berkesempatan untuk bertemu, maaf dipinta. Kita merancang Allah jua yang menentukan. Layanan dan budi baik sahabat semua hanya Allah jua yang mampu membalasnya.

Friday, December 17, 2010

Cuti...

Ambo cuti bermula malam ini hingga 22 hb Disember. Terima kasih semua. Kepada sahabat-sahabat yang menempah keris 7 dan 11 pa, kimpalan pada 1 muharam, disiapkan jadi keris pada 10 muharam dan 12 muharam, tinggal kerja-kerja finishing sahaja untuk bilah. InsyaAllah jumpa lagi

Jaga kemas-kemas....

Jangan ditaburkan sesuka hati permata berharga, nanti ia tidak bernilai lagi. Jika sianak kecil jadikan ia "batu seremban" maka samalah intan dengan kaca. Menitis biar bertapis, disuap jangan diharap.

Saras tua solek perak

Tajong tua sedang "berkilik"

Wednesday, December 15, 2010

Keris tak berjaga....

Petang tadi dalam kesibukan sempat bersembang sekejap dengan seorang sahabat tentang keris. Temanya ialah keris yang tak berjaga dan "minta" di jaga. Komen saya pada sahabat saya ni, jagalah keris tu, bersihkan dan minyakkan. Komen saya lagi, sepatutnya kita jaga diri kita. Jaga halal haram makan minum kita, jaga amal ibadat kita, jaga akidah kita,jaga isi hati kita dan jaga anak bini kita. Jangan pula keris menjadi satu beban pada hidup kita. Kalau keris boleh menjadikan kita syirik kepada Allah, lebih baik tak berkeris.

Teruskan melangkah....

Dalam kehidupan ini kita akan bertemu dengan pelbagai ragam kehidupan, ada yang manis bagi kita dan ada yang pahit untuk ditelan. Pahit atau manis kita kena teruskan penghidupan ini. Pesan seorang guru pada saya, katanya jika kamu duduk dalam keadaan yang "tetap" dan yakin dengan "pegangan" kamu. Nescaya suatu hari nanti kamu akan lihat hasilnya, kamu tidak perlu mencari kemulian di mata manusia tetapi manusia akan mencari kamu.

Bila tiada ilham.....

Tiada apa yang mampu diluahkan.

Tuesday, December 14, 2010

Sunday, December 12, 2010

Sesekali berkumpul....


Ada mata lihat ada telinga dengar......

Ada mulut lebih baik diam. Sesekali berjumpa dengan orang-orang lama hati berbekas dengan titipan nasihatnya. Antara nasihatnya kepada saya ialah kurangkan bercakap dan lebih banyak mendengar dan melihat sahaja. Semoga ada manafaatnya untuk kita kongsi bersama.

Saturday, December 11, 2010

Baru siap...

Edisi Fotografi utk Pak Cik Jumain

Badik pamor besi kimpal baru siap ditempa


Badik-badik berpamor yang baru siap.

B = SOLD
C = SOLD
D = SOLD
no 2 dari bawah SOLD



Yang tinggal
A, E, F dan yang paling bawah

Angin....

Rahsia kekuatan seseorang ialah pada nafasnya. Itu zahirnya, kalau batinnya kita namakan ia "angin". Bayangkan sebiji bola tanpa angin, ia tak boleh dibawa dalam permainan. Begitu juga dengan manusia, jika masa tak ada "angin" apa pun tak dibuatnya.

Ragam anak muda....

Sesekali suaranya menggetar sukma, guru tua disoal bertubi-tubi hingga sesak nafas. Bukannya guru tua mahu menyembunyikan ilmunya, tapi ia melihat bahaya besar disebalik perlakuan itu. Sikap gelojoh, terburu-buru, bengis dan gagal mengawal perasaan tidak layak untuk memikul amanah yang boleh meruntuhkan gunung.

Tahniah PURBA Selangor " PAMERAN KERIS WARISAN BUDAYA BANGSA"

Kalungan sejuta tahniah kepada Purba Selangor kerana telah berjaya untuk merealisasikan impian dengan mengadakan aktiviti yang berskala besar.

Tempat : MUZIUM SELANGOR

13 hingga 19 Disember : Pameran
18 Disember : Seminar
19 Disember : Pertandingan


Syabas kepada En.Abd Majid Bujang (Walikota) dan barisan kepimpinan PURBA Selangor.

Friday, December 10, 2010

Bercuti....

Maaf pada sobat handai kerana dah 2 hari tak masukkan entry baru dlm blog, sebenarnya saya bercuti ke Kuantan selama 3 hari. Insyaallah esok ada di rumah spt biasa. Terimakasih pada sahabat-sahabat yang sudi bertanya khabar.

Wednesday, December 08, 2010

kebetulan....salah ungkapan.

Seringkali saya diperbetulkan oleh sahabat dalam percakapan kerana mengaitkan sesuautu peristiwa sebagai kebetulan. Yang sebenarnya ialah "ketetapan".

Sudah ditetapkan.... jalan aje.

Wajarkah wayang kulit mempersoalkan tok dalang, jadi teruskanlah penghidupan ini. Jalan yang luas terbentang untuk kita mengenali keagungan dan kebesarannya. Bukan semua perkara boleh dibual bicara. Biarkan kakak tua dengan nyanyiannya, biarkan pungguk dengan lagu rindunya. Perang yang paling utama ialah diri dan penghidupannya.

Stok tasbih teras gemunggal pulau ( stok terhad)

Gemunggal batu belum siap polish

Fosil nibong


Kecil RM150.00 ( SOLD )
Besar RM180.00

Dapat juga akhirnya... Cincin tempahan sahabat dari Brunei (Hj M.I)


Alkisah dua bentuk cincin tempahan sahabat saya . Sebulan lepas ia dah siap, tapi hari tu jadual saya ke KB berubah kerana ada persembahan silat waktu pagi di Stadium Sultan Muhammad ke iv, dlm perjalanan balik Pak Li telefon beritahu cincin dah siap. Saya katakan padanya tak apalah sebab dah keluar dari bandar. Pak Li kata insyaallah esok ia akan hantar ke rumah. Keesokan paginya Pak Li telefon katanya cincin dah tak ada sebab kedainya dah kena pecah, semua cincin lesap. Jadi terpak sa buat lain. Alhamdulillah inilah cincinnya yang terpaksa dibuat semula.

Tuesday, December 07, 2010

Memenuhi hajat sahabat ( ZK )


(a) Pedang Antik RM700.00 ( SOLD)


Panjang keseluruhan 27 inci
Bilah 19 inci
Hulu tanduk

Guru dan Jurulatih

Mengikut faham pengajian ambo dalam kaedah menuntut, tidak semua yang belajar layak menjadi guru. Walaupun ia berusaha untuk melonjakkan dirinya menjadi guru. Bijak, berilmu dan berkarisma belum melayakkan seseorang menjadi guru, kerana pangkat guru amat istimewa. Bukan setakat mengajar tetapi membimbing. Istimewanya guru apabila darjat murid yang melonjakkan dan menaikkannya ke atas, bukan kerana ia sendiri yang memanjat tetapi kerana curahan ilmunya ke bawah.

Terkena... ( Adab dalam belajar)

Saya senyum sendirian bila ada yang call tanyakan adakah saya jual barang ke luar negara, katanya dia berada di disebuah negara Asean. Dia seolah-olah risau dengan peraturan, tanya itu-tanya ini seolah-olah risau yang teramat kalau beli barang dari saya tapi tersangkut kat kastam. Setelah saya terangkan segala proses dan prosedurnya, dia cakap sebenarnya dia bisnes tapi tak tahu cara nak hantar..... ish..ish..ish. ( macam-macam cara rupenya orang nak belajar).

Tetapkan hatimu....

Sesekali mengadap guru, hati rasa berbunga-bunga. Walaupun tak banyak yang dibicarakan, namun mutiara-mutiara kata yang merupakan ulangan, bagaikan metafora. " Tetapkan hatimu, pegang kemas-kemas, takdak dah hok lain melainkan Allah". Itulah ungkapan yang sering kali disemburkan pada saya bila bertemu. "Setiap ore ada lemah walaupun sikit, hok sikit tulah hok makan dan munoh (musnah) hok banyok". Dok molek, toksah rusin renyoh, duduk biar linang.

Monday, December 06, 2010

Terima kasih atas kunjungan ....

Saya mengambil kesempatan mengucapkan berbanyak terima kasih kepada sahabat-sahabat yang sudi berkunjung ke rumah pada cuti sekolah kali ini. Tergelak juga saya kerana ramai sahabat yang terkejut kerana menyangkakan umur saya dalam lingkungan 50an. Walau apapun saya cukup bersyukur kepada Allah kerana diberi peluang untuk mengenali ramai orang sejak berkecimpung secara serius dalam bidang ini. Kalau terkurang layanan ambo menyusun jari sepuluh memohon maaf.

Saturday, December 04, 2010

.Maaf sobat-sobat....

Kalau teleon tak terangkat, sms tak dibalas, email tak dibuka..., ambo lorat campur dengan gaduh benar sari dua ni.

Friday, December 03, 2010

Anak Alang RM1600.00 SOLD


Anak alang antik
Pakaian baru set kemuning hitam pokok hidup
Tatahan perak
Panjang keseluruhan 16 inci
Panjang bilah 12.2 inci

Siap untuk belayar ke Selayang...

Milik sahabat dah siap dimakeup dan disarungkan.

Milik sahabat - dah siap disarungkan

Banyak hala....

Maaf kepada sahabat-sahabat yang menempah barangan, banyak yang tak tertunai. Kesuntukan masa dan komitmen pada tugas-tugas lain menyebabkan sebahagian kecil sahaja hasrat sahabat-sahabat mampu dipenuhi.

Thursday, December 02, 2010

Badik Berpamor Tatah Perak RM650.00 ( ON HOLD) A.I




Panjang keseluruhan 8 inci
Bilah berpamor 4.9 inci
Hulu kemuning hitam
Sampir kemuning kuning
Batang sarung Halban plot
Tatahan perak

Pendokok perak antik celup emas RM250.00 SOLD



Diameter pendokok 16 mm
dalam 20 mm
Perak lama baru dikrom emas

2 bilah untuk sepetang


Kerja semalam rasanya lebih mudah kerana tangan pun dah mula lembut sedikit. Menggunakan bakalan yang ditempa Tukang Mazlan, kayu untuk hulu ialah kayu halban dan krismas manakala temim besi, penyangga pula menggunakan tembaga tebal.



* Ucapan ribuan terima kasih kepada guru saya Ucu Noh ( Kg Paloh Layang-layang Kiri 1996)
*Uncle Tan dan Amir ( Teluk Intan )
*Serta tunjuk ajar dari Man Kedai Menanti, Hisham dan Sofian
*Terimakasih juga pada Abe Din, Ropa dan Abe Roni, Adnan serta Cg Nasir

Hidup dikelilingi pisau parang....

Mungkin kalau zaman dahulu sangat bahaya..., tapi hidup saya sekarang ini dikelilingi oleh pisau, keris, badik, kelewang, pedang, lembing, batu, kayu, besi dan segala aneka senjata Melayu selain buku-buku. Bukan untuk berperang, tapi semuanya telah direncana oleh Allah s.w.t ke atas diri ambo sebagai punca rezeki . Yang berat sama dipikul yang ringan sama dijinjing, Alhamdulillah rezeki berjalan atas tangan-tangan manusia serta telah ditetapkan oleh Allah atas lahirnya setiap anak Adam atas muka bumi ini. Kita insan cuma menjalankan amanah dan dituntut untuk melahirkan rasa syukur atas Kemurahan dan KekayaanNya. Allahhu Akbar.

Suka belajar...

Banyak belajar tak rugi, ibarat seperti simpan wang dalam bank. Tak perlu diuar-uarkan bahawa kita ada banyak duit dalam bank. Cukup dengan ada kad cucuk dan ingat password. Bila emergency nak pakai duit cucuk jer...taklah gelabah sana-sini. Begitu juga ilmu, masa muda-muda kena belajar banyak-banyak, walau dalam apa bidang sekalipun. Kalau dalam silat tak perlu uar-uarkan bahawa kita ada banyak ilmu silat dan beritahu semua orang kita pandai bersilat dan demonstrasikan tak kira tempat. Nanti orang ingat kita lupa makan ubat, simpan ilmu kita dan ajarkan atau guna bila masa memerlukan.

*carilah gelas yang dah terbuka untuk dituangkan air minum

(B) Badik Kelantan berpamor RM230.00 ( SOLD)

Panjang keseluruhan 8.8 inci
Bilah 5.9 inci
Hulu/sampir kemuning
Batang sarung halban plot

Wednesday, December 01, 2010

Milik Sdr Napi... ( SOLD )

Kepada sahabat-sahabat penempah lain harap sabar, 17 bilah dalam proses menyiapkan sarung. Terima kasih semua

Minyak Kambing Gurun RM30.00/25ml termasuk pos dlm Semenanjung


Kepala kambing gurun dimasak bersama 40 jenis herba dan pati serai wangi. Boleh digunakan sebagai minyak urut dan penawar asma untuk kanak-kanak, disapu pada leher dan dada. InsyaAllah mujarab. Manusia hanya berikhtiar Allah jua yang menyembuhkan.

Maaf...

Saya tidak ada masa untuk melayan karenah yang bukan-bukan dalam blog ini. Saya menulis untuk mendidik diri saya dan anak-anak buah saya serta sahabat-sahabat saya. Jika ada yang berasakan ia ditujukan kepada sesiapa, maaf anda silap.

Tuesday, November 30, 2010

(A) Badik Kelantan RM230.00 ( SOLD)

Panjang keseluruhan 9 inci
Bilah 5.9 inci
Hulu dan sampir kemuning
Batang sarung halban plot

Masih mencari rasa...



Pisau-pisau latihan yang siap setakat hari ini, yang terbaru menggunakan temim tembaga. Masih lagi mencari rasa kerana baru mula bertukang.