sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.

Tuesday, March 31, 2009

Jangan-...jangan....

Acapkali saya melihat keris dimasukkan ke dalam sampir dengan cara yang kasar. Apabila tinggal lebih kurang 2 inci lagi bilah di luar sampi, dengan kasar hulu ditepuk dan keris masuk dengan laju ke dalam sampir, kedengaran macam bunyi letupan halus. Hebatkan? Ini amat merisaukan kalbu pemilik keris antiik. Bayangkan jika belalai gajah yang halus itu patah....siapa yang nak ganti? Kalau keris tu berharga RM3.00 okeylah juga, bayangkan jika keris itu berharga RM3000.00.

Sembang-sembang dengan tukang sampir ( Tukang Din)

Hari isnin cuti Keputeraan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Alsultan Kelantan, kesempatan ini saya ambil untuk menziarahi sahabat dan juga ke bengkel tukang sampir. Sambil minum di gerai sebelah bengkel kami bersembang tentang senario dunia perniagaann senjata warisan. Antara intipatinya ialah :
1. Jualan akan berkurangan apabila menjelang bulan november hinggalah bulan mei setiap tahun, tetapi perniagaan tetap berjalan lancar bagi yang sudah establish.

2. Nilai persahabatan lebih penting daripada wang ringgit dan keuntungan. Budi bicara dan bahasa perlu diutamakan.

3. Menjaga barangan pelanggan, sahabat atau hak orang lain dengan baik. Cermat dan berhati-hati terutama dengan senjata antik. Pernah seorang tukang tersohor dapat "sakit boleh malu boleh" kerana kecuaian dan sikap tidak bertanggungjawab.

4. Elakkan amalan potong trip rakan dalam bisnes senjata warisan.

Semoga ada manafaatnya nukilan ini. Wallahualam

Tajong tersepak OFFER RM400.00 (SOLD OUT)




Sundang Fathi dan Safar dah siap. (SOLD OUT)




Monday, March 30, 2009

Bodek RM500.00











Tokcu Antik


TAWARAN HEBAT!!!!!

HANYA RM 800.00

Sampir kemuning
Batang serunai sena
Panjang keseluruhan 18"
Panjang mata 14"

Kelewang jambul untuk perhatian sahabat

Kelewang jambul Kelantan

Panjang keseluruhan 29 inci
Panjang bilah 21 inci

Sunday, March 29, 2009

Tak sempat nak upload ... Harap maaf

Saya memohon maaf kepada teman-teman kerana kesuntukan masa untuk uploadkan beberapa barang seperti yang dipinta kerana terlalu sibuk dengan beberapa urusan yang mendesak. InsyaAllah bila lapang sedikit akan saya uploadkan atau emailkan. Terima kasih atas sokongan dan kepercayaan sahabat semua.

Saturday, March 28, 2009

Woww... penangan minyak cendana!!

Alkisah ketika menghantar sebilah keris tempahan khas ke rumah seorang sahabat, saya ditunjukkan dua bilah keris lama yang amat menarik. Sebilah keris melela dan sebilah keris sepukal bugis patani. Ia menarik kerana keris sepukal bugis Patani yang amat baik sekali gunungannya, baja di sekeliling bilahnya pula sekata dan sedikitpun bocor atau tiris. Yang paling mengujakan saya ialah ia tidak dicuci puluhan tahun tapi masih utuh dan tak disentuh oleh karat. Setelah dicium kedua-dua bilah keris tersebut sah dan sohihlah bahawa ia telah dirawat dengan minyak cendana. Mengkagumkan.

Carilah madu.....

Terkesan saya oleh tazkirah ringkas selepas solat jumaat oleh seorang tua pendokong jamaah tabligh. Antara intipati tazkirahnya ialah jadilah seperti lebah yang keluar dari sarangnya mencari madu (kebaikan) dan membawa pulang kerumah. Bukannya seperti lalat yang keluar mencari najis (keburukan) dan di bawa pulang. Pandanglah sesuatu secara positif dan optimistik bukannya secara pesimis dan negatif. Semoga hati kita lebih tenang walaupun kelompok serigala lapar sentiasa mencari ruang untuk menerkam.

Milik Tengku "M"



Keris Selit milik Tengku "M" . Bersampirkan kemuning campur halban. Keris selit lok 3 ini InsyaAllah akan dipakai buat pertama kali untuk mengadap sultan sempena Keputeraan Ke bawah Duli AlSultan Kelantan.

Friday, March 27, 2009

Berakhir Kelas Kokurikulum HKB228



Setelah 2 semester pelajar-pelajar Kolej Polytech Mara ini mengikuti kelas silat. Foto beramai-ramai ini menandakan tamatlah sudah kelas untuk tahun ini. Tanda akhir zaman, kelas ini hanya mempunyai 3 pelatih lelaki sahaja berbanding pelatih-pelatih perempuan.

Adab dalam bertikam.....

Bertikam pun ada adab ke? Sudah tentu. Semua perkara ada tertib dan rukunnya. Itulah kelebihan apabila sesuatu perkara sudah dijadikan disiplin ilmu. Kita lihat sahaja bagaimana disiplin permainan pedang oleh Samurai dan Ninja Jepun. Bukankah ia penuh tertib walaupun tujuannya untuk membunuh. Begitu juga dengan pelajaran keris Melayu, bermula dari proses pembuatannya hinggalah kepada cara penggunaannya ia disusun dalam bentuk silibus oleh Adiguru Persilatan Melayu. Contohnya, kalaulah lawan kita terlalu daif, lemah dan tak reti bertikam pun, cukuplah dengan menghentak kepalanya dengan sampir sahaja. Tak perlu gunakan bilah keris. Itukan lebih beradab. Begitu juga dalam berpolitik. Pandai-pandailah menyusun strategi. Kerana pulut santan basi , kerana mulut orang benci.

Keris dan pelaburan

Menyimpan keris merupakan satu pelaburan bagi sesetengan sahabat. Manakala bagi sahabat lain pula ia menyimpan keris sebagai satu hobi seni semata-mata. Jika kena gayanya menyimpan keris yang berkualiti lebih baik daripada menyimpan sijil-sijil saham. Bayangkan keris melela yang 3 tahun lepas saya jual dalam harga sekitar RM2000.00 hingga RM2500.00 kini sudah mencecah sampai RM4000.00 hingga RM5000.00.

Ingat-mengingati......

Apabila kita memasuki sesuatu bidang baru, kadang-kadang kita cepat teruja. Ramai kawan-kawan baru kelihatan ingin membantu. Alhamdulillah, sambutlah dengan tangan terbuka. tapi jangan mudah percaya, terutamanya dalam soal duit. Apabila pemancing menggunakan umpan istimewa, biasanya ikan yang ingin dipancing juga mestilah ikan besar dan sedap digoreng.

Thursday, March 26, 2009

Berbeza tapi matlamat sama

Terdapat perbezaan dalam permainan keris antara persilatan yang berbeza. Walau bagaimanapun perbezaan adalah dari segi permainan semata-mata. Matlamatnya tetap sama iaitu untuk menang dalam peetarungan. Jangan jadikan perbezaan dalam permainan untuk kita melabelkan sesuatu persilatan itu kurang elok dan sebagainya. Yang terbaik ialah pelajari sebanyak mungkin permainan silat, ambil yang terbaik dalam tiap-tiap permainan untuk menjadi yang terbaik dan cerdik.

Tahu, faham dan masak....

Ilmu dalam silat, agak susah untuk tahu, bila dah tahu belum tentu faham. Setelah faham mestilah berlatih bersungguh-sungguh untuk masak, semasak-masaknya dalam permainan. Kalau dah masak dalam permainan, insyaAllah sampai tua kita boleh bersilat.

Wednesday, March 25, 2009

Ilmu dan pencarian

Hujung minggu baru-baru ini saya bertemu dengan seorang sahabat lama, beliau meluahkan keluhannya dalam memburu ilmu. Antara keluhannya ialah pewaris-pewaris ilmu yang agak lokek untuk menurunkan ilmu pada penuntutnya. Walaupun sahabat saya ini telah menunjukkan kesungguhan dalam menuntut apa yang dirasakan haknya, namun ia masih lagi tidak cukup untuk meraih simpati guru untuk memberikan apa yang dituntut. Mungkin banyak perkara yang kena ambil kira untuk menjelaskan situasi sedih ini. Mungkin komitmen yang ditunjukkan sudah lebih daripada mencukupi, tetapi "cara untuk menuntut" masih belum kena. Koreksilah diri dan perhalusi kaedah kita.

Untuk perhatian sahabat (K.A)


Panjang bilah kiri -12.25 inci
pankang bilah kanan 12.50 inci

Tuesday, March 24, 2009

Pandai Saras Baru Pakaian Tajong ( milik sahabat)




Hulu tajong dipinjam sahaja kerana hulu miliknya sedang dibuat pendokok perak.






Cerita keris dan keris bercerita

Dunia perkerisan banyak ragamnya, terutama apabila melibatkan urusniaga keris. Pelbagai cerita mewarnai sebilah keris untuk dijual. Ada baiknya kita biarkan keris bercerita seadanya. Janganlah menjual pipit yang terbang kerana belum tentu dapat ditangkap. Kelak sendiri dapat musibah.

Monday, March 23, 2009

Bila semua orang jual air batu dan pada musim hujan

Kita belajar melalui proses peniruan. Sudah menjadi sifat manusia inginkan keuntungan dan kesenangan. Apabila kita melihat orang berniaga air batu sangat laku dan dapat buat duit, kita terfikir kalaulah aku berniaga air batu.... untungnya. Maka berduyun-duyunlah orang berniaga air batu. Tapi sayangnya tiba-tiba cuaca tidak lagi panas, hujan pula setiap hari. Nampaknya perut jadi ketar kerana terpaksa minum air batu pagi dan petang.

Mengapa kita gagal bertahan....

Dalam melakukan apa sahaja pekerjaan, banyak dugaan dan cabaran menanti di hadapan. Seringkali kita hanya hangat-hangat tahi ayam atau tahi itik sahaja. Ketika memulakan kerja kita telah mencanangkan sejuta wawasan kita, seolah-olah kitalah serba tahu dan serba hebat. Sayangnya tak ke manapun wawasan kita tadi. Baru beberapa bulan dah mula kendur dan tumpul. Pernah juga saya mendengar kata seorang sahabat, ( pesan bapanya) kalu berunga jange derah sangat mulo-mulo, takut dak dan sampai pengsan tengah jale.
* terjemahan dalam bahasa - kalau berlari jangan cepat pecut pada permulaan, bimbang pengsan di tengah jalan.
- Slow and steady lagi baik.

Sunday, March 22, 2009

Kenapa tak berani....

Dalam belajar mesti berani bertanya, berhujah dan mengulangi rumah guru. Hanya kesungguhan dapat mencairkan hati guru untuk menurunkan sesuatu yang berharga pada kita.

Perhatikan betul-betul

Apabila berhadapan dengan musuh/lawan sparring, mata jangan alpa, kuyu, jeling-jeling dan tumpul. Tumpukan sepenuh perhatian untuk baca gerak lawan. Perhatikan kedudukan si kucing semasa berlaga dengan si tedung. Perhatikan kepala dan tangannya. Hebat.

Saturday, March 21, 2009

Kunjungan sahabat


Setelah hanpir 3 tahun saya berhubung dengan Syahir (Sg.Siput) akhirnya kami bertentang mata jua. Walaupun hanya sekejap sahaja pertemuan kami, ia cukup bermakna. Perbualan kami lebih tertumpu keada silat dan juga keris. Tak rugi kita belajar, walaupun daripada orang yang lebih muda daripada kita.

Thursday, March 19, 2009

Terlebih politik

Nampaknya segelintir masyarakat kita hari ni dah terlebih politik (bahasa kampung), siang malam asyik dengan politik. Mungkin itu sudah kerja mereka. Kita tak nak ambil tahu pun susah juga kita nanti. Kita terlalu ambil tahupun susah juga. Yang paling penting kekalkan kestabilan, keamanan dan kesejahteraan. Kalau dah huru-hara nanti semuanya berputih mata. Ibarat orang yang berada di dalam kapal bertingkat. Apabila orang bawah nak air dengan cepat mereka berpakat untuk tebuk lantai kapal. Semunya akan tenggelam.

Kenapa amber sintetik mengeluarkan asap hitam

Untuk membezakan amber sintetik dengan amber asli ( ditempat tukang canai batu permata) biasanya saya akan membakar amber menggunakan pemetik api. Amber asli akan terbakar, cepat padam dan mengeluarkan asap jernih. Manakala amber sintetik akan terbakar, lambat padam dan mengeluarkan asap hitam berkepul-kepul. Sebenarnya amber sintetik dibuat daripada bahan plastik yang berasaskan petroleum, sebab itulah asapnya hitam dan lamabt padam bila dibakar.

Kayu berkualiti

Sebaik-baik kayu yang ingin digunakan untuk membuat sampir terutamanya yang melibatkan kerja-kerja mengukir ialah kayu yang telah betul-betul kering. Biasanya kayu dikeringkan ditempat teduh selama 2 hingga 3 tahun. Ini kerana jika kayu tidak betul-betul kering, risiko sampir retak memang tidak dapat dielakkan. Sehubungan itu untuk menghasilkan sampir-sampir berkualiti bukanlah satu kerja yang berasaskan pengeluaran kilang tapi lebih kepada nilai seni dan kesabaran.

Tip hari ini : Penjagaan Pedang

Pedang adalah senjata perang. Untuk mencuci dan mengasahnya agak rumit kerana saiznya yang panjang. Pedang yang cantik ialah pedang yang tajam dan bilahnya sentiasa kelihatan berkilat tanpa karat. Sudah menjadi sifat besi untuk berkarat. Tip penjagaan ini saya dapati daripada Ucu Nuh, Kg. Selat Layang-Kayang Kiri.

Lanhkah :
1- Asah dan bersihkan bilah pedang sehingga tajam dan berkilat
2- Lap bilah pedang sehingga betul-betul kering (hati-hati takut terluka)
3- Gunakan spray clear untuk spray bilah pedang.

InsyaAllah dalam masa 4 atau lima tahun pedang saudara tidak akan terjejas oleh karat .

Sampir Kusriwa Tempahan Khas
















Melela Antik lok 11 ( untuk perhatian sahabat)











Pandai Saras untuk perhatian sahabat



Panjang bilah 16.5 inci

Kerambit sarung sena ( untuk perhatian sahabat)







Wednesday, March 18, 2009

Konsisten dalam pegangan

Dunia perniagaan merupakan tempat pertemuan dua pihak yang mempunyai kepentingan yang berbeza tetapi disambungkan oleh barangan dan perkhidmatan. Di samping itu untuk memaniskan perhubungan beberapa elemen lain sepatutunya turut ikut serta di samping barangan dan perkhidmatan yang ditukarkan dengan RM. Ikhlas, jujur dan berterus terang merupakan pelengkap utama. Kealpaan dalam menjaga adab dan etika berurusan akan menjadikan tanggapan negatif terhadap diri mereka yang terlibat dalam urusniaga/perhubungan. Dalam ertikata lain cakap mesti serupa bikin, jika tidak tak payah bising.

Mengangkat martabat keris

Alam siber banyak membantu menyemarakkan dan memeriahkan dunia perkerisan masa kini. Kalau dulu langkah pemain keris hanya agak terhad kerana tidak dapat mengenal pasti siapakah pemainnya di daerah-daerah tertentu. Kini keadaan sudah berbeza kerana terdapat peamin-pemain yang menzahirkan diri dalam internet terutamanya dalam multiply dan blogspot. Walau bagaimanapun masih terlalu ramai yang menjadi pemain senyap, mereka tidak ikut serta dalam diskusi-diskusi di internet tetapi setia mengikuti perkembangan sekelompok pemain-pemain dalam multiply. Terdapat seribu alasan mengapa mereka tidak mahu menyertai diskusi di internet, antaranya ialah kurang selesa untuk dikenali.

Tip hari ini : Membezakan amber asli dan amber sintetik

Perbezaan dari sudut :

1. Warna - Amber asli biasanya warnanya seakan-akan madu. Manakala amber sintetik lebih gelap warnanya.

2. Kekerasan - Amber sintetik lebih keras daripada amaber asli.

3. Amber sintetik lebih mudah digergaji/dipotong berbanding amber asli

4. Amber asli akan mudah melekat pada mata canai ketika dicanai berbanding amber sintetik

5. Amber asli akan mengeluarkan asap jernih jika dibakar manakala amaber sintetik mengeluarkan asap hitam.

Milik sahabat dari bumi Hang Tuah ( amber dan batu wali )


Permata amber dan batu wali bukit Nurin. Tempahan khas sahabat dari Melaka. InsyaAllah esok akan belayar ke Melaka.

Keris Gelanggang RM300.00 sebilah




Keris gelanggang untuk latihan . Besi sebatang, lok 7 dan lok 5. Sampir dan hulu sena. Buatan tukang Kelantan 100%.

Terima kasih TELEKOM

Terima kasih kepada pekerja-pekerja TELEKOM yang bertungkus-lumus menyelesaikan masalh streamyx saya. Alhamdulillah semuanya telah pulih seperti biasa petang tadi.

Tuesday, March 17, 2009

Rahsia bunga pada aring keris dan badik

Kebanyakan tukang memahami dengan jelas semasa ingin membuat bunga pada aring keris atau pada angkut badik. Bagi tukang yang mengerti ia akan memasukkan secara sengaja fahaman dan akidah yang mereka pegang. Antara subjek yang sering dibuat aring keris atau angkut badik ialah kalimah Allah dalam tulisan jawi. Walau bagaimanapun ada juga yang hanya membuat bunga atas dasar seni semata-mata tanpa memasukkan fahaman keagamaan mereka. Terserahlah kepada pemahaman masing-masing dalam melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan .

Kisah budak-budak ( Si mamat)

Apabila Mamat bermain dengan kawan-kawan, kadang-kadang Mamat lupa untuk pulang. Itu masa seronok, macam-macam janji diikat sampai lupa laut darat. Bila Mamat dah puas bermain, Mamat bergaduh, Mamat dah lupa kat rumah siapa dia pernah main.Akhirnya Mamat mengamuk, rumah kawannya tadi dibaling dengan batu, pasir dan maki-makian. Mamat karang pula cerita aib kawan sepermainannya sampai ke seberang lautan kononnya si anu begitu-begini. Kawan sepermainanya pula hanya senyum, nengokkan abangnya yang dah naik gila meracau sana sini dalam pagar rumahnya. Mamat, Mamat.

Kerambit Antik RM200.00






*****************************************************************************************************************
Kerambit antik.
Sarung dan ulu ( kayu ?)
Panjang keseluruhan 8 inci
bilah 4.5 inci
* sarung tidak 100% sempurna

Ujian bulanan sekolah atap ( saguhati disediakan)

Dalam pengajian sifat dua puluh terdapat sifat maani dan sifat manawiyah. contoh sifat maani ialah sifat qudrat manakala contoh sifat maniwiyah ialah sifat qainuhu qadirun.


Soalan : Huraikan perbezaan sifat qudrat dan sifat qainuhu qadirun.

________________________________________________________________

* kepada senior berikan kepada peluang kepada adik-adik kita peluang untuk belajar berusaha.
________________________________________________________________

Saguhati kepada soalan sekolah atap :

Bilah badik sepat tanpa ulu dan sarung. Untuk satu esei terbaik sahaja.











Pedang Melayu Antik sarung baru RM700.00



Pedang Melayu antik
Sarung baru ( hulu kemuning)
Batang sarung sena + sedikit gading)
Panjang keseluruhan 33 inci
bilah 24 inci


Sunday, March 15, 2009

Streamyx dan broadband celcom kong.

Sudah beberapa hari saya mengalamai masalah untuk upload fhoto dalam blog. Streamyx dan celcom broadband juga ada masalah talian.

Sepukal miang perak 13 inci tempahan khas sahabat






Saturday, March 14, 2009

Keris dan janji

Dalam perniagaan keris , janji banyak yang tak boleh pakai. Kadang-kadang say berjanji dengan pelanggan sekian-sekian haribulan keris akan siap, tapi bila tiba masa keris tak juga siap. Janji saya mengikut janji tukang. Tukang mungkir saya pun turut mungkir. Senang cerita jangan percaya janji dalam perniagaan keris.

Tip membeli permata

Seringkali pakar-pakar menggunakan kanta pembesar untuk mengesan retak-retak halus pada batu-batu permata. Jika kita tidak memiliki kanta kita juga boleh menggunakan teknik sentuhan dengan kuku. Gunakan hujung kuku jari tangan ( bukan jari kaki) anda untuk "meraba" permukaan permata dengan perlahan-lahan. Jika ada retak-retak halus kita akan rasa pergerakan kuku kita tersekat-sekat. Keburukan permata yang retak ialah ia akan menjadi bertambah kotor dari sehari-kesehari. Ia juga tidak boleh dipolish kerana kotoran akan meresap masuk dicelah rekahan terutamanya permata zamrud.

Permata "tarik"

Terdapat sahabat-sahabat kita yang cenderung untuk memiliki permata-permata kategori tarik. Biasanya permata kategori ini lebih menjurus kepada kekuatan mistik. Melalui pengalaman peribadi amat jarang permata "tarik" dari spesies permata bernilai tinggi seperti zamrud, sapphire atau pun ruby yang asli. Seringkali saya ketemukan permata-permata "tarik" dari jenis sintetik. Kebanyakannya ialah dari jenis delima masak ( warna merah ), blue star sapphire, zircon (batu serai) dan juga akid. Walau apapun lain padang lain belalang. Lain orang lain pengalaman. Mungkin jin (syeikh) pun sayang nak bagi yang berkualiti kerana harganya mahal dan susah nak dapat. Wallahualam.

Internet meragam lagi ( berona)

Maaf pada sahabat-sahabat semua, internet terlalu slow. Jadi tak dapat nak uploadkan foto-foto. Bila keadaan pulih insyaAllah saya akan uploadkan beberapa biji ulu ukir lagi. Terima kasih atas kesudian menjenguk blog saya.

Ulu ukir RM270.00 termasuk pos dlm semenanjung


Untuk bilah 10 hingga 12 inci

Thursday, March 12, 2009

Menjawab pertanyaan sahabat...

Tak semua soalan yang dikemukan oleh sahabat dapat saya jawab. Antara sebabnya ialah :

1.Tidak tahu jawapan,
2.Jawapan akan merumitkan keadaan
3. Tidak perlu memberi jawapan sekarang kerana jawapan akan mencari orang yang berusaha.

Tuesday, March 10, 2009

Besi, batu dan kayu

Inilah beberapa perkara yang sering disebut sebagai benda yang tak boleh dimakan. Tapi 3 benda yang tak boleh dimakan ini menjadi kegilaan ramai manusia di atas muka bumi ini. Kita ambil batu sahaja, bayangkan batu bewarna hijau tua yang jernih( zamrud columbia) sebesar ibu jari boleh mencecah ratusan ribu harganya. Ilmu tentang batu-batu permata seharusnya dipelajari serba sedikit sekiranya minat kita agak mendalam dalam mengumpul dan membeli permata. Bukanlah untuk bergelar pakar, tetapi untuk mengelakkan daripada tertipu oleh kilauan permata yang kekadang kaca semata.

Mencari diri terperi

Ramai yang berusaha gigih untuk mencari hakikat diri . Mereka mencari diri dengan melalui pelbagai jalan. Ada yang berjaya dan ada juga yang gagal. Ada juga yang dah "merajuk" dengan pelbagai karenah yang pernah mereka lalui. Ada yang mencari diri hingga lupa diri dan anak bini. Mereka kekadang lupa yang mencarilah sebenarnya yang dicari.

Tempahan rakan sekerja ( ikat kalimah lam alif)