sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.

HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292453
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Monday, November 02, 2009

Jangan cakap dulu...

Jangan mudah buat ulasan dan andaian melulu, biarkan JAIS buat kerja mereka. Jangan pulak kita membuat tuduhan melulu pada mereka, mereka juga ada ilmu, ada pertimbangan. Bila semua perkara dilihat dari sudut politik, amat sukar bagi mereka untuk menjalankan tugas. Jangan pula ada tangan-tangan ghaib yang nak campur tangan. Sister In Islam pula yang nak menyibuk. Saya mengucapkan syabas kepada JAIS kerana mereka telah menjalankan amanah yang dipikulkan Allah di bahu mereka, sebelum buat tohmahan , siasat dulu dan tanya masyarakat sekitar Taman Ukay apa sebenarnya yang berlaku selama ini. Kenapa surau kosong, sedangkan banglo penuh. Itulah nasib penjawat awam di Malaysia, ditekan kiri dan kanan. Kenapa mereka tidak pernah dibela, kenapa SIS dan Marina Mahathir campurtangan. Ini bukan persoalan politik, ini persoalan pegangan dan iktiqad sahabat-sahabat semua. Berhati-hati.

7 comments:

Oghang Ba Ado said...

Cikgu.. ambe setuju!

othman said...

Begitulah sepatutnya Cik Gu, yakni, sepatutnya siasat dahulu. Bukan terus beri komen bahawa ini ada camput tangan/tekanan politik dan sebagainya. Pergi kesurau Tmn Sri Ukay, tanya jemaah disitu... dah berapa tahun mereka memendam rasa dengan kumpulan yang dipimpin asri, abdullah yassin, ariff dan ramai lagi..

terangwulan said...

kalau dah tiada tauliah mengajar, tiada tauliah la. apa nak pusing2.

Sang Pencinta said...

Betul2..

tpac said...

saya pubn setuju. mungkin kita patut tembak mereka sumer dengan senapan gajah. kalau bukan politik, masakan Asri menyebut2 UMNO menejmput untuk memberi ceramah.

nzai009 said...

Kita tunggu pihak berwajib siasat.

dancefloordrama said...

www.panglimaulung.co.cc