sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.

HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292453
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Monday, October 05, 2009

Keris vs Bencana

Dah lama tak menulis...

Aqidah adalah persoalan pokok dalam kehidupan seorang muslim. Lain-lain perkara akan menjadi remeh dan tidak penting lagi apabila dihadapkan dengan ilmu tauhid. Sehubungan itu sentiasalah cermat walau dalam apa urusan samaada bermain keris ataupun apa jua mistik yang lain. Bukan untuk kondem atau memerli sesiapa, tetapi sekadar ingatan untuk diri sendiri yang kadang-kadang terlalu syok hingga alpa batas-batas tauhid.
Jika keris dikatakan mampu menolak bencana dan membawa tuah, adakah di Padang tidak ada keris yang bertuah atau mampu menolak bencana, atau power keris-kerisnya sudah luntur. Sekadar satu lontaran pemikiran untuk ditimbang-timbangkan. Begitu juga dengan ilmu kebal, tidak adakah ilmu kebal yang mampu menolak bencana atau kecederaan fizikal. Hakikatnya kita insan yang lemah, berserahlah kepada Allah dan yakinlah Lahaulawala quwataillabillahilaliyilaziim, jangan kita rosakkan aqidah kita hanya kerana hobi semata.

2 comments:

terangwulan said...

terima kasih atas ingatan. sesetengah syirik itu seperti semut hitam di atas batu di malam yang gelap. tapi jgn ditolak semua atas alasan khurafat, cuma kena lebih berhati2.sesengguhnya tiada daya usaha dapat memecahkan pintu takdir. la ila haillallah, wa la hawla wala quwwata illa billah...

anafakir said...

Salam..saya setuju sangat2.Selalunya bila seseorang itu terlibat dengan sejata lama, besi yang pelik-pelik,batu permata atau cincin yang dikatakan dari alam ghaib maka pelbagai tanggapan dan kepercayaan yang bersarang dalam kepala.Sesungguhnya semua barang maujud yang dijadikan itu tiadak punya apa-apa kuasa yang boleh memberi sebarang kesan kepada kita selain dengan izin dan kehendakNya jua.Sesetengah tu berurusan dengan alam ghaib untuk meminta itu dan ini..sedangkan itu juga diumpamakan "menduakan Tuhan" kerana jelas dan terang lagi bersuluh meminta secara terus dari makhluk alam ghaib.Tarik duit, tarik harta karun dan pelbagi senjata lama yang dikaitkan dengan pelbagai kepercayaan karut marut, si anu dan si fulan punya...ini semua amat membahaykan akidah kita.Mengaut keuntungan para guru yang mengambil peluang untuk melariskan batu permata dan senjata yang diambil dari alam ghaib yang didakwa milik pelbagai sultan dan panglima dahulu kala..sedangkan itu semua PALSU.Penipu semata-mata.Kita orang Melayu ni mudah sangat terpedaya dengan alam mistik...sedangkan guru berkenaan pun tak kaya dan mewah tetapi kita terpedaya dengan mainan anak-anak muridnya atau dakwaan guru berkenaan."Tidak berubah naisb sesuatu kam selagi mana kaum itu tidak berusaha untuk mengubahnya sendiri.." antara maksud petikan ayat al-Quran.Maknanya kena berkerja dengan tulang empat kerat, berdoa, dan bertawakal bukannya terlibat dengan pelbagai khurafat...tarik duit, tarik harta karun dan pelbagai lagi.Yang pasti..duit yang ada 2 3 sen dalam poket yang ditarik oleh guru berkenaan..itu betul dan memang betul.Taksub tahap gaban pada guru yang sesat lagi menyesatkan..Guru menipu pun terus redha dan leka dengan mainan silap mata guru..kepada yang terlibat,HENTIKANLAH sebelum terus hanyut dan tergelicir akidah.Biar miskin tetapi diredhai Allah daripada kaya tetapi melalui unsur khurafat dan dimurkai Allah.