sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.

HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292453
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Thursday, September 03, 2009

Entahlah...

Saya dihubungi oleh beberapa orang kawan memaklumkan mungkin ada orang / individu / kumpulan / persatuan kurang senang dengan tulisan saya. Saya pun jadi keliru, kenapa? Apa ke he nya ? Demi Allah, artikel saya tidak bertujuan untuk menyentuh mana-mana pihak, ia adalah panduan dan ingatan pada murid-murid silat saya yang saya anggap macam anak sendiri, saudara-mara dan sahabat handai saya yang pernah sama-sama merintis jalan sukar semasa mencari dan masih mencari, semasa menulis saya selalu bayangkan mereka, terkenangkankan zaman mereka bersama saya ketika sama-sama berguru, ingatan pada mereka yang sedang berjalan dan ingatan untuk diri saya.
Saban hari juga saya dihubung oleh murid-murid saya kerana artikel saya secara terang telah "menembak" mereka. Janganlah mudah berprasangka yang bukan-bukan . Saya juga telah berkali-kali berpesan agar mana-mana pihak yang tidak senang dengan tulisan-tulisan dalam blog saya agar tidak masuk ke laman "Cikgu Nasir". Saban hari saya dihubungi oleh pembaca laman blog ini agar menulis dan menulis. Alhamdulillah pengunjung ke laman ini mencecah sehingga 400 pelawat sehari. Saya tidak mahu mencampuri urusan sesiapa kerana urusan saya pun terlalu banyak yang tidak beres. Terlalu banyak kerja yang saya mesti buat dalam sehari dan sebolehnya tidak mahu diremehkan oleh perkara-perkara yang tidak berfaedah.
*pening-pening (saya tak tahu apa-apa kerana tak baca apa-apa)

13 comments:

nashrul said...

yg ini saya setuju ngan cikgu...byk tulisan cikgu kadang2 mengingatkan yg belum terkena dan membuatkan yg terkene berfikit..teruskan cikgu...tulisan cikgu byk mengigatkan saya...rasenya terima kasih yg patut di ucapkan bukannya kecaman...

N.H. Tay said...

sokong. sy juga pengunjung setia laman Cikgu dan byk tulisan Cikgu yg memberi manfaat kpd sy. Terima Kasih Cikgu.

othman said...

Salam. Didoakan C Gu sentisa dalam ketenangan dan dirahmati Allah. Kekadang, manusia ni amat pelik. Harap ia tidak akan melunturkan semangat C Gu untok terus berkarya. Biarlah orang mengatakan apa yang ia mahu kata...yang penting, Allah SWT tahu nawaitu kita. Wassalam

Ampuan Awang said...

salam... ambo pun terkna jua sahabat... cuba baca "bahan penyedap mata" dgn "asal hujan mesti jem" kat dlm blog ambo. entah apa yg mereka tak senang dgn ambo. kito tok kacau org pun...

Paih said...

Biar je la ayah su..
anjing menyalak bukit..
bukit insyallah xkan runtuh..

nasihat2 ayah su memang banyak membantu anak murid ni..

lidah berjanggut kalau ada telinga yg nak bernanah tu nak buat macamana.. huhuhu

Tapi kalau mereka dah naik toncang,
sayapun rasa geram jugak.. huhuhu.. xpo2.. Ujian bulan puasa.. huhuhu

Warid Mihat said...

ayah su, buat tak tahu je dengan mereka nie. Ayah su sendiri dah cakap yang artikel yang ditulis ini adalah untuk diri sendiri serta anak-anak murid. kalau diorang terasa tu sebab diorang banyak makan cili; siapa makan cili diorang lah yang rasa pedas.

Sang Pencinta said...

"Tak Hangus Mulut Berkata Api"

"Tak Pekak Dek Sumpah Maki"

Apa Yang Buruk Datang Dari NYA...

Azizan Ibrahim said...

Salam,

Teruskan usaha murni cikgu..... setiap kata yang suci dan luhur pasti ada manfaatnya........Wallahua'lam

abu haidarah said...

walhamdulillah makhluk berprasangka yang menghubungi ..... dgn mencuri berita d langit sentiasa akan ada d sekeliling kita . jangan berputus asa dgn niat murni itu . halangan akan sentiasa ada dari makhluk yang berprasangka . teruskan niatmu wahai anak bangsaku

dokpikiaq said...

saya sokong cikgu..
hehe

Hulubalang said...

bsela cikgu..
pada sy.."mata pena lebih tajam dari mata pedang"..kalau ada yg terasa tak pyhlah baca kan?buang masa dorg je baca nya.kata tak suka?haha..nak watpe baca lagi.hidup jgn kcau org lain..tu bkn prihatin namanya.hehe.

IzuanIzani said...

teruskan usaha murni cikgu... usah gentar, yakin adanya Dia..

IzuanIzani said...
This comment has been removed by the author.