sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.





HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292452
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Tuesday, August 11, 2009

Pengkhususan kerja dalam pembuatan keris di Kelantan

Industri keris di Kelantan agak unik berbanding negeri-negeri lain. Ini kerana terdapat hubungan erat antara tukang-tukang yang mempunyai kemahiran berbeza. Dalam pembuatan keris terdapat beberapa langkah antaranya ialah menyiapkan bakalan. Kerja menyiapkan bakalan hanya boleh dilakukan oleh tukang/pandai besi menggunakan dapur dan tukul. Manakala kerja mencanai, mengikir dan melurah boleh dilakukan oleh tukang besi dan tukang-tukang lain yang tidak memerlukan kemahiran menempa besi. Begitu juga proses memasukkan cicak, ia biasanya dilakukan oleh tukang besi yang mahir agar tidak nampak lubang di antara dua besi. Begitu juga kerja menyarung keris dan membuat hulu. Kadang-kadang ia juga diasing-asingkan bergantung pada kemahiran dan pengkhsusan kerja tukang. Jadi gabungan beberapa tukang mahir diperlukan untuk sebilah keris yang cantik dari Kelantan.

1 comment:

Shahrul said...

tukang2 keris di kelantan lbh pentingkan kualiti besi,tidak sambil lewa memilih besi2 untuk dibuat keris.ini yg saya perasan.besi2 lama tinggi nilainya jika dibuat keris,pamor pn cantik,tak perlu asid utk timbulkan pamor.saya akui kualiti besi lama memang baik.betulkan saya jika saya tersilap.saya pn masih mentah dalam bidang ni.sekadar beri pandangan.