sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.





HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292452
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Monday, July 20, 2009

Ulu kemuning

Seringkali berurusan dengan tukang-tukang ulu dan sarung serta sifu-sifu dalam dunia perkerisan, antara kesimpulan mudah yang dapat dibuat tentang penggunaan kayu kemuning hitam :

1. Tajong -tajong antik sebahagian besar di buat dari kemuning hitam

2. Penolakan tukang-tukang baru terhadap kemuning hitam kerana rumit dan menyusahkan.

3. Mitos tentang mistik kemuning lebih hebat dari kerumitan mengerjakannya.


Berhati-hati membeli kemuning jika tidak pakar kerana takut terkena kayu buwei atau kayu malam.


* Johari juga yang mengenal maniam

3 comments:

sostiram said...

Cikgu, pohon tunjuk ajar. Dua ujian yang saya tahu adalah merendam kayu kemuning hitam ke dalam air panas dan akan keluar warna kuning, atau menggores di atas kertas putih akan keluar garis kuning. Adakah petua ini cukup utk menentukan ketulinan kayu tersebut. Memandangkan kayu ini boleh digunakan utk ubat termasuk meminum air rendamannya maka agak risau juga jika yang direndam itu bukan kayu kemuning hitam sebenarnya.Terima kasih atas panduan cikgu.

Mohd Nasir said...

betul dah tu, kalau ditakik keluar warna kuning kehijauan, kalau direndam keluar air kuning.

kedaikeris.com said...

kalau cikgu nak tahu saya pernah terkena/terbeli kayu kemuning hitam sebenarnya kayu biasa yg direndam dalam minyak hitam sebelum dijemur. Ada juga kayu biasa spt serian yg direndam dalam batang pisang selama seminggu sehingga hitam.

Tapi bila kita rendam air nya xkuning, dan bila ditakik dalamnya putih melepak. Macam2 hal.Dah xberani nak beli kayu ni. malas nak khabor mana tempatnya, cukup saya katakan kawasan R&R plus. So kalau hati dah ragu2 tuh toksah ler beli walaupun murah, sebabnya bila wat sarung keris/golok tak cantik langsung malah takder khasiatnya. Kayu yg ori berkilat rasa saya, tak kelam bila kena cahaya.

Satu lagi betulkah kayu ni masa baru tebang sebenarnya xhitam? akan hitam kemudian selepas ditebang/simpan?