sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.

HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292453
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Thursday, July 09, 2009

Sekadar memanjangkan ingatan

Dalam perjalanan kehidupan, janganlah kita suka mengeluarkan ucapan-ucapan membenci seseorang dengan keterlaluan kerana biasanya kes akan jadi terbalik. Contoh peristiwa benar:

Cerita 1 : Seorang jejaka meludah ke tanah sambil berkata pada seorang gadis, kalaulah setakat rupa macam tu , 3 lori boleh aku cari. Tapi dengan kehendak tuhan, jejaka itu akhirnya tergila-gilakan gadis itu sampai merayu-rayu.

Cerita2 : Seorang pengumpul barang antik berkata beliau tidak akan berurusan lagi dengan seorang peniaga barang antik yang banyak karenah dan dicop dengan pelbagai jenis cop, tapi dengan kehendak Allah yang Maha kuasa, akhirnya orang tua yang menjadi sasaran mulutnya itulah menjadi teman karib dan diusung ke sana-ke mari . Alhamdulillah.

Moral disebalik cerita ini ialah : Jaga mulut. Jangan jahat mulut, dan yang paling penting jangan juga jahat perut.

1 comment:

AL RIDZUAN BAKERY AND CATERING SERVICES said...

Saya setuju semua tu cikgu. Sebab tulah kalau kita mula tergerak hati untuk mengata keburukan seseorang, ingatlah bahawa keburukan itu sebenarnya telah mula bertapak pada diri kita.