sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.

HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292453
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Friday, July 10, 2009

Masih berlakukah kini.......

Kelantan terkenal dengan karamah Tok Kenali, antara kisahnya yang sering disebut-sebut ialah berbuka puasa di tujuh buah rumah anak muridnya dalam suatu masa. Sedangkan pada masa yang sama Tok Kenali berbuka puasa di rumahnya sendiri. Masih berlakukah perkara sebegini dalam zaman kita... kalau tak berlaku kenapa? Renung-renungkan wahai sahabat semua.

4 comments:

tpac said...

zaman dahulu umat melayu kaya dengan ilmu. diperkaya lagi dengan ilmu tasauf. dengan penghayatan tasawuf inilah, yang pada saya melahirkan ramai ahli-ahli sufi dan ulama2 yang karamah. tak dapat tidak, pengajaran tasawuf berkait rapat dengan pendekatan tariekat.

hal ini disamakan dengan mistik oleh pihak secular. kebenarannya di tutup.sebagaimana tertutup nya hijab Khalik dan mahkluk nya masa sekarang ini- kerana terlalu berkehendak.
juga timbul banyak fitnah, atas nama tasawuf dan pendekatan tarekat yg membawa kepada ajaran tak betul.
hidupnya internet, memudahkan sang kera membahaskan betapa ianya perlu makan lada.

sostiram said...

masih ada lagi sebab kewalian tidak pernah putus, tapi disembunyikan.

Oghang Ba Ado said...

fui... tujuh sekali hantar... rizab tiga.. eheh heh heh.. Boleh buat team bola camni.. heheh..

Mistikal Jiwa said...

salamssss .. .. baru baru ini sy juga terfikir tentang perkara ini .. .. bagaimana apabila membaca kisah kisah para wali dan sufi, kisah mereka dipenuhi dgn karamah .. .. dan mengapa karamah yg ada dulu bagaikan sebuah mitos pada hari ini lantaran seperti tidak wujudnya karamah pada zaman ini .. ..

adakah karamah sudah tidak wujud?! .. .. atau karamah sudah bertukar rupa mengikut peredaran zaman yg sudah terlalu moden?! .. .. ataukah karamah hilang kerana ketandusan ilmu agama sebenar yg memegang tali kewujudannya?! .. .. kerana karamah bukan untuk disalahgunakan, bukan untuk dijaja mencari nafkah dan nama .. ..

ermp .. .. ;-) .. ..