sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.

HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292453
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Thursday, July 02, 2009

Latihan awal sparing

Sebaik-baiknya berlatih sparing hendaklah dibimbing oleh guru atau jurulatih. Ini kerana guru akan membimbing kita bermula dari kedudukan tapak, kekuda yang sesuai, jarak, kedudukan tangan serta pandangan. Guru juga akan sentiasa menegur kesalahan-kesalahan murid dalam perkara-perkara di atas tadi dengan serangan menegur dan ditunjukkan kesilapan kita.

Pukulan guru juga tidak mencederakan, sebaliknya seperti gigitan ibu bapa harimau ketika bergurau dengan anaknya, buka memakan anaknya. Apabila pesilat sudah beberapa kali berlatih dengan orang yang lebih mahir barulah mereka boleh berlatih sesama mereka dengan pengawasan guru/jurulatih. Walau bagaimanapun semua itu adalah saranan yang ideal, jarang-jarang dapat dipraktikkan kerana pelbagai kekangan. Apapun berlatihlah dengan berhemah tanpa mencederakan sahabat sparing kita.

1 comment:

ami_mh said...

tima kasih Cikgu atas pandangan cikgu.. tak sabar rasanya ingin berlatih semula..

jika cikgu tidak keberatan,
Silat gayong juga ada pelbagai gerakan/jurus seperti rajawali, gerakan helang anak harimau dll..
Adakah ini satu lagi latihan untuk keseimbangan dan psikomotor yang cikgu sebutkan hari tu dan juga bagaimanakah gerakan ini melatih pesilat cekap ketika bersilat.
terima kasih cikgu!