Larak ialah sejenis pokok renek yang tumbuh liar di sekitar kampung. Terdapat beberapa jenis spesies larak. Bagi pemburu barang mistik pula, larak salah menjadi tumpuan. Ramai yang keliru istilah "salah" pada larak yang diburu. Istilah "salah" merujuk pada larak-larak yang keluar dari tabie larak-larak lain. Antaranya ialah larak akan menjalar dan melilit pokok-pokok di sekitarnya, biasanya lilitannya mengikut pergerakan arah lawan jam. Ia dikira salah bila lilitannya ikut arah pergerakan jarum jam. Kategori-kategori lain juga dikira "salah" seperti daun terbalik. Lain-lain jenis "salah" tidak dapat saya pastikan. Antara kelebihannya yang dikatakan ada padanya ialah pelimun (halimunan) , kebal dan pelembut hati. Walau bagaimanapun semua ini adalah anggapan/kepercayaan semata-mata dan belum pernah diuji di makmal untuk dibuktikan. Mengikut makmal Melayu , cara mengujinya ialah dengan meletakkan larak salah di tempat ayam mengeram/bertelur, jika ori ayam tidak akan jumpa cari sarang. Wallahualam. Jadi jika membeli berhati-hatilah, belilah sekadar ia barangan pelik yang sukar didapati bukan kerana mistiknya.
Thursday, July 16, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

3 comments:
Assalamualaikum cikgu.. boleh tak postkan gambarnya dalam blog lain kali? terima kasih!
A'kum klu x silap saya dia warna hitam, dipotong besar skt pada batu cincin, sy ada jumpa bnda ni kt pasar jumaat, masjid negara K.L, tp x brani nak bli, takut kna tipu, tp apa yg cikgu ckp tu samalah seperti yg diterangkannya...
Terima Kasih atas penerangan Cikgu, Benar akan apa yang Cikgu catatkan. Dengan Izin Allah, ia mampu melembutkan hati serta Pelimun atau pengkabur penglihatan.
Saya melalui akan pengalaman tersebut dengan Pertolongan Allah.
Bagaimana pula pendapat Cikgu tentang kayu Teras Bujang Kalak akan Khasiatnya. Amat susah nak mendapatkan kayu jenis ini.
Buat pengetahuan Cikgu, saya yang juga peminat serta pengumpul kayu memiliki blog sendiri. Dengan bantuan maklumat dari Cikgu, sedikit-sebanyak dapat juga membantu saya dalam pengkajian Khasiat sebenar tentang Teras Kayu untuk pengetahuan umum. Terima Kasih Cikgu.
Post a Comment