sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.

HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292453
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Wednesday, July 15, 2009

Jangan menyibuk

Kadangkala timbul juga rasa bosan dalam dunia perkerisan kerana wujud kaki sibuk yang entah apa-apa. Saya memohon kepada mana-mana pembaca blog yang kurang senang dengan tulisan-tulisan saya agar meninggalkan blog saya dan tidak mengunjunginya lagi. Saya menulis bukan untuk saudara kerana ini blog peribadi saya, saya menulis untuk diri saya, rakan-rakan saya, pelajar-pelajar saya, murid-murid saya, sahabat-sahabat saya dan juga pelanggan-pelanggan saya. Jika saudara pengunjung tidak senang dengan perniagaan saya, biarkan saya berniaga dengan cara saya kerana seboleh-boleh saya tidak mahu menyusahkan sesiapa. Bukan sombong atau ego, tapi sudah terlalu muak dengan kerenah yang entah apa-apa. Usahlah dijadikan "blog Cikgu Nasir" sebagai santapan kritikan sepanjang masa, seolah-olah tidak ada orang lain lagi untuk diselidiki dan dicari salah silapnya. Bukan untuk memutuskan silaturrahiim, tapi lebih senang berurusan dengan mereka yang tahu jaga hati orang. Binalah dunia perkerisan saudara sendiri jangan dipedulikan apa yang "blog Cikgu Nasir" buat. Dunia perkerisan sahabat-sahabat tidak akan pincang jika saudara tidak berkunjung ke blog "Cikgu Nasir".
* semoga bahagia

3 comments:

waliqudus said...

Assalamualaikum Cikgu, saya adalah salah seorang penatap blog cikgu yang setia, tetapi ini adalah kali pertama saya menulis kepada cikgu.

Saya bersetuju dengan catatan cikgu tentang dunia perkerisan, Lambang Warisan Seni Melayu Kita. Saya tidak tahu menahu tentang keris, hanya minat sahaja, tetapi tidak sampai tahap saya lagi untuk bab keris. Tetapi saya amat meminati tentang Khasiat kayu-kayuan sehingga baru-baru ini saya membina blog saya sendiri yang memfocuskan tentang kayu-kayu jenis kemuning,tas,penunduk,larak salah,buluh tumpat dan sebagainya oleh kerana minat yang mendalam. Maklumat tentang kayu dalam blog cikgu banyak membantu saya dalam penulisan tentang khasiat kayu. Terima Kasih Cikgu.

Saya ingin bertanya tentang Khasiat Kayu teras Bujang Kalak dan Kayu Larak Salah...ada pernah cikgu terangkan babnya dulu..tapi kurang detail...dah jenuh mencari Khasiat tentang kayu jenis ini.

Saya kagum akan kesungguhan cikgu dalam mendapatkan kayu jenis Kemuning hitam...eee jeles juga...tapi Alhamdulillah Itu Allah dah janjikan untuk Cikgu...Saya berharap dimasa akan datang, Cikgu berilah penerangan tentang Khasiat kayu-kayu serta misteri mistik tentangnya..agar kami semua dapat menimba ilmu dari blog cikgu untuk dikongsi dengan rakan-rakan yang lain.(Saya adalah Pengumpul kayu-kayu)..tapi bukan kayu balak la cikgu..Terima Kasih...

Ikatan Harimau Kumbang said...

Salam Cikgu Nasir,

Bagi saya "manusia" yang sebegini kalah dengan hasutan dan dugaan, kalau tutup mulut pun hati berkata kata...Wallahhu'Alam

Didoakan Cikgu Sekeluarga Berada Di Dalam Keadaan Sihat, Selamat Sempurna dan Diberkati Allah S.W.T

Firdaus (K.L)

narapatinantaboga said...

Salam Cikgu, manusia memang tak lari dr hasad dengki. Mujurlah kita ada pedoman, berkat ilmu yg ddidik dari kecil. bagi yang dengki dan tak senang duduk dengan pejuang seni bangsa melayu macam Cikgu Nasir, tilik-tilik lah diri, bermuhasabahlah, bukan apa, kalau dunia yang dikejar, ia akan makin jauh dari kita. tapi kalau akhirat diletak di depan kita, dunia datang mengikut....

salam dari perantauan dari anak murid Cikgu... ;)