sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.

HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292453
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Saturday, June 27, 2009

Silat dan cakap

Bercakap tentang silat lebih mudah daripada bersilat. Pelbagai teori dapat kita lancarkan untuk mematahkan serangan lawan. Tapi dalam sparring yang sebenar terutama dari mereka yang lain perguruan, tidak semudah yang dikata. Kalau sesama perguruan kita hanya menanti rakan sparring kita memulakan serangan, kita hanya perlu mengikut dengan serangan bertubi-tubi. Dalam tempur yang sebenar ada tipu helah, ada silap ada silau, ada kilat.

3 comments:

ami_mh said...

Salam cikgu, saya org baru bersilat. syukut dapat menemui blog ini. hari2 buka blog ini untuk membaca nasihat dan panduan dari cikgu..

Saya sering berjumpa guru2 gayong yang berpendapat tak usah main sparing nanti cedera susah.. adakah sparing tu ganas?mengapa sesetengah guru tidak bersetuju mengajar sparring.. boleh cikgu kongsikan pendapat cikgu.

soalan kedua, pabila saya ajukan soalan bagaimana nak apply pelajaran atau buah kunci atau kombat yang dipelajari didalam real fighting, mereka ada yang mengatakan tak boleh nak apply dalam real fighting. boleh cikgu kongsi pengalaman cikgu? terima kasih.

Amin

syahir said...

Salam cikgu dan wsalam kepada ami_mh, ntah kenapa terasa gatal pulak saya nak menjawap soalan mike ni. saya pun tggu2 jugak jawapan daripada cikgu nasir, tapi lambat lar pulak.

mohon izin ya cikgu untuk menjawap sekadar yang saya tahu, maklumlah saya pun masih hijau lagi dalam dunia silat.

jawapan soalan pertama, nak sparring boleh, tp kena dalam pengawasan guru, dan guru pula kadang2 banyak hal lain yang perlu diuruskan, almaklumlah ngajar silat ada sesetengah guru xmengenakan bayaran, jadi bagaimana nak soru, oleh itu kerja yg mendatangkan soru kenalah diutamakan, jadi kesempitan masa barangkali nak ngajar sparring.

Belajar sparring kena dalam pengawasan guru, takut bila dah ghairah sparring, kawan pula patah2 tangan. Ilmu sparring bagus jika nak tahu setakat mana pencapaian diri. Sparring xboleh syok sendiri, kena jaga adab, kekadang bila dah syok sparring, tambah pula buah asyik xkena dan kita aja yg kena, mulalah nak guna perasaan marah, kita sangka bila marah power akan hadir dan diri 'terasa' cekap, walhal perbuatan itu akan mengundang padah pada kawan dan juga diri sendiri. oleh itu ada guru berpendapat baik xpayah sparring (untuk keselamatan semua dan xpayah nak susah2 diri menjawap ngan polis jika berlaku perkara yg tidak diingini).

Sparring bagi saya bagus, tapi mesti berlaku dalam keadaan waras dan sedar. Ia membina skill, membina stamina dan membina keyakinan diri.

Jawapan soalan kedua, buah kombat atau buah kunci dan apa sahaja jenis serangan semua boleh pakai. xjadi masalah, yg jadi masalah kalau xboleh adapt/sebati dalam diri. nak sebati kenalah rajin ulangkaji pelajaran dengan selalu berlatih. berlatih mesti dengan kudrat dan tenaga, penat lelah, bukan berlatih dengan mulut dan sembang2 kedai kopi.

Jika mike rajin berlatih walaupun satu jenis buah, InsyaAllah mike akan nampak keberhasilannya. Semua buah boleh pakai, tapi nak selalu berlatih dan berlatih sampai mike jemu, dan bila jemu berlatih lagi dan lagi. SATU buah xsama pemahamannya, hari ini mike berlatih mike faham begini, esok mike berlatih buah yang sama lain pulak pemahamannya. Yang penting buah mike bertambah berkesan. Xder jalan shortcart untuk mencapai kesempurnaan.

Nak cerita pengalaman saya (untuk berkongsi bersama) real figthting xder, cuma saya suka sparring kawan2 walaupun lain2 perguruan, semua perguruan ada kelebihan masing2. Yang penting diri kita sendiri, pandai membawa diri, hormat sesama manusia, dan selalu berterima kasih jika kawan2 sudi 'main' dengan kita. itu semua ilmu dan pengalaman berharga. Jangan jemu ler berlatih. carilah partner sorang ajak main pulut, main pelan2 dulu sebelum berkeras. Kontrol serangan dan jangan overacting. Nak sparring ngan saya pun boleh juga. ehehehe. mai ler perak.

itulah sahaja setakat ini daripada saya, mohon maaf jika terkasar bahasa. minda kena buka/open. Diri kena selalu merendah diri. Praktis mesti selalu. Salam hormat daripada saya.

ami_mh said...

tima kasih sedara Syahir..
gembira di hati ada sahabat yang ingin berkongsi pengalaman.
itulah juga pendapat saya yang tak berapa pandai nak bersilat ini.

Juga mentaliti untuk melatih kecekapan dan ketangkasan itulah yang lebih baik dari hanya belajar teori semata2.

InsyaAllah besar tapak tangan periuk saya tadahkan, jika ada rezeki dan kesempatan ingin juga saya berlatih sesama Syahir.

Pendapat macam Syahir dan Cikgu Nasir ini yang akan dapat membantu kita. sebab di hati saya rasa tak gune menghafal buah2 byk2 tapi tak boleh nak pakai. gaduh koboi juga ..Nauzubillah..

Jika ada pendapat lagi sudilah lagi berkongsi ya.. tq.

Amin.
KL.