sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.

HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292453
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Monday, June 29, 2009

Menjawab pertanyaan sahabat tentang sparing.

Bagi saya sparing adalah amat perlu bagi pesilat yang ada keinginan untuk menjadi pendekar. Mungkin cara saya berbeza dengan guru-guru gayong yang lain. Saya berpendapat adalah tidak cukup syarat jika belajar silat tanpa disulami dengan sparing. Ini kerana sparing ibarat ujian bulanan bagi pelajar sekolah dan perkelahian sebenar ialah peperiksaan Awam ( PMR,SPM dan STPM). Tidak timbul soal cedera dalam sparing kerana silat mengajar kita erti persahabatan dalam perkelahian.

Saya selalu berpesan pada murid-murid saya, mereka tidak layak menjadi jurulatih jika tidak berani sparing dengan anak murid. Ataupun mereka hanya layak main pondok-pondok atau main masak-masak sahaja. Silat ialah pertempuran dan bergasak, itulah penamat jalan ceritanya. Kalau bersilat setakat berteori dan takut sakit, bengkak atau lebam , saya selalu nasihatkan anak murid saya agar belajar memasak ataupun belajar menjahit sahaja. Maaf jika jawapan saya tidak memenuhi kehendak soalan sahabat.
Berkenaan dengan buah-buah tangkapan, saya beranggapan kita boleh melakukannya jika kita betul-betul cekap. Tapi tidak semua tangkapan praktikal untuk semua keadaan. Dalam suasana tertentu buah pukulan adalah lebih berkesan. Deretan buah pukul semasa latihan sebenarnya adalah untuk melatih pembentukan fizikal dan juga psikomotor pesilat.
Wallahualam.
(maaf lambat reply, agak sibuk sedikit dengan tugas hakiki)

1 comment:

ami_mh said...

Salam Cikgu Nasir.
Syukur Alhamdulilah dapat cikgu menjawab soalan saya ini.
Besar hati saya cikgu dapat berkongsi dan meluangkan masa untuk kebaikan bersama.

saya cukup serik sebab ada yang mempertikaikan kenapa kita training buah kombat/pukulan maut atau kunci dengan pasangan tumbuk pintal tali.. takkan masa gaduh cam tu?

juga apabila Cikgu Nasir ada sebutkan yang kita boleh apply buah tersebut di dalam keadaan sebenar, apakah cara latihan untuk kita mahir dan boleh apply buah itu di dlm pelbagai keadaan.

Saya berdoa agar Cikgu terus hidupkan blog ini dengan nasihat Aqidah ilmiah dan Sahsiah agar menjadi ingatan dan tazkirah kepada pembaca semua..
by the way keris2 yang ada cantik belaka..

Amin.