sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.

HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292453
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Sunday, May 03, 2009

Menjaga tertib dalam bisnes......

Perniagaan adalah sunnah, tapi jika salah urus karenah akan menimbulkan fitnah. Antara peranan awal perniagaan ialah untuk menghubungkan antara pengeluar dan pengguna. Apabila proses ini berlaku peniaga akan mengambil keuntungan kerana berada di tengah-tengah urusniaga. Walau bagaimanapun perniagaan ada etikanya yang tersendiri mengikut bidang perniagaan yang diceburi. Rangkaian dan jalinan sesuatu perniagaan jangan kita rombak sesuka hati. Kejujuran juga mestilah diutamakan, jangan kita aniaya pembeli-pembeli yang berurusan dengan kita. Jika berlaku kesilapan, atau salah faham dalam jual beli, kembalikan hak pembeli mengikut terma dan syarat yang telah dipersetujui atau pun mengikut budi bicara yang tulus. Jagalah nama baik kita dalam urusniaga. Sekali kita menipu dan tidak amanah, nama kita terpahat kemas pada minda pembeli, cerita peniaga penipu juga mudah tesebar kerana pelanggan berasa teraniaya dan tidak ingin orang lain juga turut teraniaya. Musang masyhur kerana jebatnya, manusia mashur kerana semerbaknya.

No comments: