sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.

HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292453
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Tuesday, May 12, 2009

Jangan banyak belit...

Kadang-kadang dalam berurusan dengan manusia, kita jadi banyak belit. Belit sana belit sini, akhirnya kita jadi berbelit-belit dan terbelit diri sendiri. Mudahkan segala urusan, berterus-terang dan elakkan maksud dua atau tiga lapis. Kalau salah atau silap, minta maaf dan kita tanggung risiko/kerugian kerana kesilapan atau kecuaian kita . Apabila urusan menjadi mudah dan lancar, semua hati menjadi tenang dan lenang. Berlebih kurang apa salahnya. Jangan biarkan ego kita berada di puncak gunung dan kita pula bersembunyi di balik bayang-bayangnya. Janganlah menganiayai diri sendiri. Kesian.

" Jangan sampai lidah membelit leher sendiri"

1 comment:

MrsNor said...

Salam Cikgu.
Ambo setuju benar dgn pendapat cikgu tu. Kalu kita jujur dan berterus terang,smuo jadi mudoh dan sene