sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.





HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292452
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Monday, May 11, 2009

Betulkan saf anda.

Ucapan ini sering kita dengar bila solat berjamaah. Kaedah ini sama dengan disiplin perbarisan dalam pasukan beruniform atau pasukan keselamatan. Perbezaannya ialah barisan askar sentiasa lurus kerana tidak ada aktiviti rukuk, sujud dan duduk antara 2 sujud. Barisan/saf akan jadi bengkang bengkok apabila jamaah bangkit daripada rakaat yang kedua selepas aktiviti duduk antara dua sujud. Pada masa ini saf tidak lagi lurus. Apakah saf pada rakaat kedua tidak perlu lurus? Untuk mengatasi masalah ini setiap jamaah perlu memahami cara letak kaki kanan yang tepat. Kaki kanan sebenarnya tidak boleh dialaihkan atau digerakkan kedudukannya bermula dari takbiratulihram hinggalah salam. Jari-jari kaki kanan mestilah melekat di lantai sampai akhirnya. Carilah guru untuk membetulkan solat anda.


"solat tiang agama"

1 comment:

Oghang Ba Ado said...

sekali lagi.. hamba fail!