sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.

HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292453
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Thursday, April 23, 2009

Pesanan dari guru....

Pada 22 hb April ( malam khamis) saya keluar makan bersama anak dan isteri di sebuah restoren di KB, hampir selesai menjamu selera saya melihat di pintu utama seorang tua berpakaian serba putih dan berkopiah putih sedang dipapah oleh seorang pemuda memasuki restoren. Orang tua itu kelihatan amat lemah . Terlintas di hati saya, alangkah bagusnya pemuda tersebut ( mungkin anaknya). Mereka berdua melalui tepi meja saya, alangkah terkejutnya saya, orang tua tersebut tidak lain tidak bukan Cikgu Mansor Othman, orang yang bertanggungjawab dalam perlimau tapak ( mandi tapak) gayong saya 28 tahun lepas. Dia merenung saya dan saya merenung beliau. Beliau angguk dan terus beredar ke mejanya. Saya terkedu seketika, lantas saya bangun dan terus menuju ke meja beliau. Bersama Ayah Sor beberapa orang murid-murid kanan beliau bertaraf black belt ( mengikut penerangan Ayah Sor) . Bersembang sekejap, beliau sempat berpesan kepada anak-anak muridnya tentang penyatuan gayong pada masa hadapan. Terharu juga mengenang zaman gemilang dan keagongan Gayong Kelantan suatu waktu dahulu.
*masa merubah segalanya.

1 comment:

Zoff said...

Sejarah Guru-Guru Tua ni perlu dicatat dan direkodkan bukan sahaja untuk kenang-kenangan malah untuk rujukan generasi baru.

Jadi tidaklah lenyap begitu sahaja apabila mereka ini telah tiada kelak.