sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.





HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292452
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Wednesday, February 18, 2009

Keris dan ilmu

Menyimpan keris dan senjata Melayu bagi sesetengah orang kita agak pelik dan janggal. Walau apa pun bagi sessetengah orang pula ia merupakan satu ketagihan yang tak ada ubatnya. Sebaiknya biarlah hobi mengumpul keris seiring dengan kefahaman, ilmu dan juga kelestarian industri keris itu sendiri. Jangan pula kita mencanangkan faham yang tidak tepat, tahyul, permusuhan dan pelbagai lagi unsur negatif yang sepatutnya dipisahkan dari masyarakat kita.
Adat dikelek agama dijunjung.

1 comment:

syahir said...

Memang benar kata2 cikgu itu, masyarakat masih kabur tentang asal kejadian keris, manakan tidak, kita rata2 adalah keturunan melayu yang ke 22- 24 sejak kejatuhan kerajaan Kesultanan Melayu Melaka yang mana menyaksikan penjajah yang terlalu amat amat lama.

Selama 18-20 keturunan kita dijajah dan selama itulah juga kita duduk dalam keadaan 'kafi' atau bahasa mudahnya mendiamkan/menyorokkan diri. Melindungi khazanah bangsa agar tidak dihapus oleh kuasa barat.

Buah silat disorok, yang diberi hanya bunga dan kembang pagi, keris dan senjata Melayu disorok, ilmu permainannya tidak didedah, hanya kepada kerabat.

Dalam tempoh yang yang amat2 panjang itu, minda orang2 Melayu dicuci, dibrainwash, agar menjadi lemah dan longlai, kerana mereka penjajah 'tahu' bangsa ini adalah bangsa pahlawan (martial race). Umarak dan ulama dilaga2kan, rakyat ditiup api kebencian agar memusuhi Istana. Khurafat kembali berleluasa. aduhaiii.....

cikgu, lagi 2tahun genaplah 500tahun kejatuhan Kerajaan Kesultanan Islam Melayu Melaka. Pilu hati ini, tapi apakan daya kerana semuanya ketentuan tuhan belaka.

wsalam.