sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.





HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292452
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Thursday, February 19, 2009

Kenapa Keris Gelanggang

Keris gelanggang ialah keris yang ditempa untuk latihan. Ia biasanya boleh bertukar tangan. Tidak berpamor dan harga adalah lebih murah. Dalam latihan keris, sekali-sekala akan berlaku pertembungan antara bilah keris. Pertembungan ini akan merosakkan bilah. Keris latihan juga tidak diasapkan dengan kemenyan dan tidak disapu arsenik. Walaupun tetap berbisa, luka akibat keris latihan lebih cepat sembuh berbanding luka keris antik. Yang paling utama ialah sejarah pembuatannya. Keris latihan kita ketahui tujuan pembuatannya, tidak dimasukkan unsur-unsur magis sebagai isinya. Berbanding keris antik yang lebih bersifat peribadi yang kadang kala tidak sesuai untuk dibawa bermain tikam-tikam.

4 comments:

syahir said...

ai cikgu..?

Mohd Nasir said...

Bukan apa, takut ada yang guna keris antik untuk dibawa berlatih silat, sayang takut rosak bilahnya. Bukan tak boleh, kalau setakat bertari boleh, tapi kalau keris lawan parang, lawan pedang nanti rosak bilah keris antik yang mahal harganya

Mohd Nasir said...

Bayangkan jika keris antik berharga RM2000.00 ke atas diguna utk latihan silat dan akhirnya rosak bilah. Mana nak dapat ganti lagi.

syahir said...

ya tak iya juga cikgu, yelah kekadang rakan latihan ada masa terlebih syok sampai lupa nak jaga kawan di hadapan. saya selalu pesan pada anak2 buah agar jaga kawan, jaga kawan, kaga tertib, jangan sampai kawan 'kena'. tapi bila kita lepa sket udah ada yang mengadoi!apapun disiplin perlu bila bermain senjata ini, kena tertib, jangan syok dan ikut nafsu, bila dah bernafsu yg lain pula datang tumpang sekaki. kena zikir... lagi dan lagi. biar cepidar iblis lari.pantang kita melagakan senjata, kerana ia adalah 'mata', kalau dah sumbing sapa yang xsakit mata, mulalah mengamuk merata-rata, sampai di rumah anak bini pula dikata, abis semuanya rosak binasa. ehhh macam berpantun pulak saya ni. ehehehe