sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.





HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292452
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Tuesday, July 29, 2008

OFFER SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN

Mulai 1 hb Ogos saya akan melancarkan harga OFFER SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN pada barangan terpilih .

Saya juga akan membuat jualan beberapa barangan yang telah "sold out" dalam blog tapi tidak mendapat bayaran dari pembeli. Diharap pembeli dan penempah akan mengambil tindakan segera untuk menghubungi saya dan menjelaskan bayaran. Segala kesulitan yang timbul amat dikesali.

Saturday, July 26, 2008

Mengenal Gerak

Dalam ilmu beladiri memahami gerak lawan merupakan prioriti dalam pertempuran. Tabie manusia tak kira apa aliran perguruannya mempunyai 2 tangan dan dua kaki ataupun kurang daripada itu. Seseorang itu kelihatan pantas apabila masa tepisan,elakan,atau serangannya bertepatan dengan pergerakan musuh. Jika kita hanya bertindak balas apabila serangan musuh sudah bersifat menjadi penumbuk atau sepakan ke arah kita, sebenarnya kita sudah lewat beberapa detik. Sebaiknya elakan atau tindakbalas kita sebelum bunga menjadi buah, ataupun niat belum menjadi perbuatan. Walau apapun bercakap lebih senang dari mempraktikkan apa yang dicakap. Ilmu mengenal tidak semudah bersembang, mengenal gerak akan menjadi sempurna jika kita juga mengenal Empunya gerak.

Friday, July 25, 2008

Delima Saiz 19.5 RM650.00 (sold out)













Delima Asli 3 karat
Saiz 19.5
Ikat Perak
Bunga Jawa Tebuk








Larak Salah

Larak ialah sejenis tumbuhan yang berbuah. Ia juga memanjat dengan cara melilit. Bagi penggemar barangan mistik, larak salah menjadi buruan. Terdapat beberapa jenis larak yang salah dari segi semulajadi atau tabie. Larak salah jenis yang pertama ialah cara ia melilit, biasanya lilitan larak pada pokok lain ialah mengikut arah kanan. Tetapi yang dicari peminat barang mistik ialah yang mengikut arah kiri.
Larak salah jenis yang kedua ialah jenis daun yang terbalik. Daun larak salah ini kedudukannya daunnya terbalik. Bahagian yang sepatutnya mengadap ke atas terpusing dan mengadap ke bumi. Yang paling susah ialah jenis yang ketiga iaitu akar mengadap kelangit dan pucuk mengadap ke bumi.

Khasiatnya .... kenalah tanya para pemburu larak salah.

Pedang Persahabatan 3 negeri ( Shahril)




Thursday, July 24, 2008

Cincinc Zamrud Saiz 17.5 RM380.00 (sold out)
















Cincin Permata Zamrud 1.5 karat
Saiz 17.5
Tatah 20 berlian swiss

Wednesday, July 23, 2008

Terima kasih sahabat.....

Dalam kesibukan sepanjang minggu ini, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada sahabat semua kerana masih mengunjungi blog saya. Alhamdulillah sokongan anda akan saya balas dengan perkhidmatan terbaik, sekadar yang saya mampu. Kepada pelawat-pelawat baru, pesan saya keris bukan segalanya dalam hidup ini. Ia adalah ibarat pistol mainan semasa kecil bagi anak lelaki. Fikir-fikirkanlah.

Berjalanlah...berjalanlah

Hidup ini satu perjalanan yang jauh. Kematangan bukan datang sekelip mata. Faham tidak semestinya pandai, bijak tidak semestinya cerdik. Dalam mencari sebutir intan berharga yang tulen lagi menawan, teruskan perjalanan untuk mengenaliNya. Wasiat dan nasihat jadi pedoman, sambil fikir mesti zikir dan sambil zikir jangan lupa pula untuk berfikir.

Anak Alang Antik LELONG RM500.00 SOLD OUT



Anak Alang Antik
Panjang keseluruhan 17 inci
Panjang bilah 12.5 inci
Ulu tapak kuda kemuning
Sampir Kemuning
Batang serunai sena

Tuesday, July 22, 2008

Badik RM380.00 (SOLD OUT)


Badik berangkut
Panjang keseluruhan 13 inci
Panjang bilah 6 inci









Sunday, July 20, 2008

KERAMBIT..... larisnya

Saya telah kehabisan stok kerambit, tukang kerambit saya nampaknya terlalu sibuk dengan kerja-kerja lain. Pada masa yang sama tempahan kerambit saya datang mencurah-curah. Oleh kerana tidak sampai hati menghampakan hajat sahabat-sahabat, saya cuba mendapatkan stok kerambit daripada peniaga-peniaga senjata di Pasar Siti Khadijah, ini kerana saya tahu mereka juga membuat tempahan daripada tukang kerambit yang sama.

Semalam sebelum memulakan kelas silat di Polytech Mara saya mencuri sedikit masa untuk mencari kerambit di pasar Siti Khadijah , malangnya harga paling murah meraka boleh berikan kepada saya ialah RM100.00 sebilah, terkejut monyet,beruk,ungka dan sebagainya saya. Sedangkan mereka juga tahu saya ialah peniaga senjata warisan. Harga yang tertulis pada kerambit itu ialah RM150.00.

Puas juga saya memujuk, saya katakan macam mana saya nak jual keada pelanggan saya, sedangkan harga dalam blog saya RM70.00 pun saya kira dah mahal. Sekarang baru saya faham kenapa kerambit saya kehabisan stok. Harap sahabat yang menempah kerambit bersabar, saya harap tempahan kerambit saya sebanyak 20 bilah akan siap tidak lama lagi.

Saturday, July 19, 2008

Antara Keris dan Badik

Dalam masyarakat Kelantan badik lebih mendapat perhatian berbanding keris. Ini kerana badik masih lagi menjadi pakaian sebahagian daripada orang lelaki. Badik juga lebih mempunyai unsur magis kerana sifatnya yang menjadi pakaian seharian. Unsur gat dan ketandaan banyak terdapat pada badik. Badik juga digunakan oleh wanita Kelantan. Ramai yang memasukkanya dalam tas tangan. Ia bertujuan untuk semangat dan juga kepercayaan-kepercayaan lain.

Sehubungan itu badik dikatakan lebih mempunyai unsur mistik berbanding keris pada hari ini. Waalahualam.

Friday, July 18, 2008

Timah Hitam

Penggunaan timah hitam dalam bidang perubatan tradisional dan mistik sudah lama. Ia digunakan untuk menulis wifik dan juga digunakan sebagai azimat apabila telah diwifikkan di atasnya. Walau bagaimanapun sudah menjadi sifat khusus dalam dunia mistik, sesuatu barang yang sukar diperolehi dianggap bernilai tinggi. Tujuan saya menjual timah hitam ini bukanlah supaya anda menjadikannya azimat. Tetapi lebih kepada memiliki sesuatu barang yang ingin dimiliki ramai tetapi tak tahu di mana nak mendapatkannya.

Itulah yang dinamakan peniaga, memudahkan urusan dengan sedikit keuntungan. Saya sudah mengenali timah hitam ini sebelum aqil baligh lagi. Memang payah dicari bagi sesetengah orang apabila diperlukan. Kepada sahabat-sahabat yang masih keliru tentang khasiat dan cara penggunaannya saya nasihatkan agar bertanya kepada mereka yang arif dan alim dalam bidangnya.

" Jangan Syirik kerana percayakan azimat "

Tempahan Lading Bersarung

Kepada sahabat yang membuat tempahan " Lading Bersarung" boleh hubungi saya. Lading saudara telahpun siap sepenuhnya.

Keris - pengumpul dan pengamal persilatan

Dewasa ini keghairahan terhadap keris sebagai koleksi istimewa sudah semakin marak. Ini adalah satu perkembangan sihat di kalangan masyarakat Melayu. Ia juga sebagai satu tanda bahawa Melayu kini semakin gusar terhakis kuasanya. Semangat Melayu yang tertekan ini akan mencari semula kekuatan silamnya.

Walau bagaimanapun janganlah pula keris hanya dinilai dari sudut nilai seni dan keantikannya sahaja. Ajarkan anak muda kita melangkah dengan keris terhunus, saksikanlah betapa gagahnya pendekar Melayu menyusun langkah, walaupun sering menikam seteru dengan pantun, biar kan mereka melihat hujung keris sedia merobek tetamu celupar.

Thursday, July 17, 2008

Baru siap , belum berbaju

Bilah " A" Sold out

Pisau Jam Kelantan Tatah Perak RM450.00



Pisau Jam Kelantan Tatah Perak
Panjang keseluruhan 10 inci
Mata 6 inci

Kuku Sang Bima RM1600.00 (Baru)


OFFER RM1400.00






Keris Kuku Sang Bima (baru)
Panjang keseluruhan 10 in
Panjang bilah 6 in
Hulu Kayu Kemuning hitam,
Sampir Kemuning Kuning
Batang serunai Sena

Keris Antik Lok 3 Batang Serunai Kemuning Hitam RM1400.00 (HOLD ON)














Keris Antik Lok 3
Hulu dan sampir kemuning kuning
Batang Serunai Kemuning hitam
Panjang keseluruhan 19 inci
Bilah 13.5 inci


















Keris Selit Pamor Perut Ular RM370.00 SOLD OUT



Keris Selit Pamor perut ular
Panjang keseluruhan 11 inci
Panjang bilah 8 inci
*sangat sesuai utk diselitkan dipinggang pengantin




Keris Pamor Gigi Yu RM1200.00


Keris Pamor Gigi Yu
Panjang Keseluruhan 17 inci


Keris tembus RM450.00 (OFFER RM350.00) SOLD OUT




Panjang keseluruhan 16 inci
Panjang bilah 10 inci