sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.

Sebarang pembayaran boleh dibuat melalui :

Akaun Maybank No: 153104037789

Alamat : Mohd Nasir B Hassan
Lot 1184 Kg Dusun Durian,
Tawang 16020 Bachok Kelantan

H/P : 0135292452

email : cikgunasir8130@gmail.com

Perkhidmatan yang ditawarkan :

- Jual beli pelbagai senjata warisan

- Menerima tempahan pelbagai jenis senjata warisan, termasuk ulu,sarung dan pendokok

- Menjual batu permata, cincin dan barang antik

- Khidmat nasihat .


- Menjual minyak cendana untuk keris

Monday, November 17, 2008

Bercakap tentang keris.....

Apabila kita menilik keris milik orang lain perlulah kita mengamalkan sikap yang baik dan terpuji. Kata orang tua-tua, cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar. Elakkan daripada bercakap sesuautu yang kurang menyenangkan si pemilik keris. Jika pemilik mengatakan kerisnya antik dan lama jangan pula kita memalukannya di hadapan orang ramai dengan mengutarakan pendapat kita bahawa keris miliknya itu baru.

Elakkan bercakap pada sudut-sudut tertentu memburukkan keris yang dalam gengaman kita, sedangkan orang lain berada dalam majlis yang sama bersembang tentang keris. Jika kita pandai menyenangkan hati orang InsyaAllah Tuhan akan menyenangkan perjalanan hidup kita.

2 comments:

Anonymous said...

Benar kata-kata Cikgu tu..... Adap dan adat dalam kita berbudi bicara dengan baik..... Ibarat menarik rambut dalam tepung tanpa merosakkan kedudukan tepong tersebut adalah di antara sifat serta akhlak yang baik dan terpuji.

Walaupun pada sesetengah pendapat pengambilan atau penerimaan kritikan itu adalah perlu. Maka yang di tekankan di sini adalah cara penyampaiyannya haruslah berwaspada, rapi dan beralas tilam dan baldu yang tebal. Menjaga hati tanpa melukakannya dengan sengaja atau pun tidak..... haruslah di elakkan. Ubahlah sikap dan perhalusilah budi bicara kita dalam memberi atau membentangkan pandangan dan pendapat. Bersikap terbuka itu adalah bagus tetapi jangan sampai memalukan diri sendiri hingga "bertelanjang bulat" di publik pun di fikirkan itu adalah dasar "sifat terbuka"......

fadhil latiffi said...

Assalammualikum....

ada kebenaran di situ .. dan inynya dapat di lihat jika di dalam sesetengah forum ..

bagi pemilik keris antik .. agak memangdang rendah keris - keris baru ... sehingga ada yang di kelaskan kepada keris kodi.

namun tidakkah itu mematahkan semangat pengumpul baru nak bermula . bagi mereka yang tidak mampu dari segi kewangan . .. keris baru agak lebih murah dari keris lama ... tapi itu saja yang mampu di miliki sudah syukur alhamdulillah. bagi berminat tapi cukup tak mampu , hanya dapat tengok aje la dalam laman web .. dan dapat simpan keris hiasan yang dari kayu pon sudah mengubat keinginan memiliki keris.

semoga dengan galakan dan ilmu yang di berikan dengan cara berhemah dapat menggalakkan lagi lebih ramai pengumpul keris. insyaallah.