sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.

HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292453
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Sunday, November 30, 2008

Fosil kayu cyprus RM95.00/pcs (SOLD OUT)



Batu di bawah dah sold out
Tinggal yang di atas sahaja

Musim banjir dah bermula....

Nampak gayanya agak sukar untuk terconggok di bangsal tukang lagi. Hujan tak henti-henti. Sana sini mula kedengaran banyak kawasan ditenggelami air. Walau bagamanapun saya cuba sedaya upaya untuk membereskan tempahan sahabat semua.

Lading Bersarung Tempahan Zu (penang)




Ini adalah lading tempahan khas sahabat dari Pulau Mutiara. Tempahan ini agak lama untuk disiapkan. Kesabaran Sdr.Zu amat dihargai. Almaklumlah bukan kita sendiri yang membuatnya.

Saturday, November 29, 2008

Hulu hitam ( kayu buwei) + pendokok baru RM100.00 (SOLD OUT) m.a







Ulu kayu buwei
Sesuai untuk bilah 10-12 inci
Free pendokok.

Promosi NO 007 Badik Lam Alif RM230.00 (nett)







Badik Lam alif
Panjang keseluruhan 7 inci
Panjang bilah 5 inci

Promosi NO 006 Badik Lam Alif RM270.00 (nett) (SOLD OUT)







Badik Lam Alif
Panjang keseluruhan 9 inci
Panjang bilah 6 inci

Perkongsian idea dan bahan

Percutian saya selama 4 hari ke Kl bermula 26,27,28 dan 29 hb November 2008 telah memberikan saya satu inspirasi baru untuk menyemarakkan dunia perkerisan. Antara idea baru hasil sembang-sembang dengan sahabat ialah berkongsi menggunakan design pendokok antik untuk pengeluaran baru. Diharap design pendokok berkualiti dapat memenuhu citarasa peminat senjata warisan.

Friday, November 28, 2008

Menepuk sampir.

Kadang-kadang ada juga bilah degil yang tak mahu keluar dari sarungnya. Ia sebenarnya tersangkut pada bahagian dalam tepi sampir. Tepuklah pada bahagian sampir dengan tepukan yang agak keras untuk melepaskan bahagian yang tersangkut. InsyaAllah jika ibu jari menolak sampir dan mencabut semula, ia sudah terlepas.

Jangan..jangan

Jangan sekali-kali menggunakan berus besi/tembaga untuk membersihkan karat dari bilah keris. Ia akan meninggalkan kesan calar yang teruk pada bilah. Seeloknya hanya gunakan berus gigi sahaja. Selepas rendaman menggunakan cuka/air kelapa/kulit nanas biasanya masih terdapat sedikit karat tebal lama yang terdapat pada bilah. Jika kita tak pasti sama ada ia akan meninngalkan lubang atau tidak pada bilah biarkanlah ia di situ kerana kerat itu sudah mati dan tidak akan berkembang lagi.

Menjaga sampir/sarung

Kecenderungan pengumpul senjata warisan terkini yang semakin elitis iaitu tidak mahu sarung dishellac atau divarnish merisaukan tukang-tukang. Kayu kemuning hitam dan kuning mudah retak dan pecah jika terdedah keada panas dan suhu tinggi, lapisan shellac sebenarnya banyak menyelamatkan sarung daripada terjejas oleh suasana persekitaran. Jika kita ingin membawa keris dalam bonet kereta dan menempuh perjalanan yang jauh seeloknya bungkuslah dengan kain tuala lembap atau sebagainya jika ia tidak dishellac atau divarnish.

Jangan terlalu mengharap

Dalam apa jua bidang sama ada ilmu ataupun perniagaan, janganlah terlalu mengharapkan kita akan berjaya 100%. Adakalanya kita dapat membuat jualan dan adakalanya kita tidak berjaya. Jangan terlalu gembira jika kita berjaya dan jangan pula bersedih dan putus asa jika gagal. Ini semua adalah ketentuan yang tidak siapa dapat mengubahnya. Pengajarannya ialah, hanya kita yang berasakan kita bijak merancang ,sebenarnya Allahlah yang sehebat-hebat perancang.

Masa....

Kematangan bukan boleh dibuat-buat. Belajar mendengar juga satu cara yang baik dalam kaedah menuntut ilmu. Jangan tunjuk kepandaian kita di depan guru. Kerana ia akan menumpulkan semangat guru untuk mengajar kita. Sebagai penuntut salah satu hijab yang paling tebal ialah ilmu kita sendiri. Kadangkala guru akan tersenyum sendirian dan sesekali geleng kepala melihat gelagat kita yang sedikit kebdohan.

Thursday, November 27, 2008

*HARGA RUNTUH BADIK BERMULA*

Wednesday, November 26, 2008

Promosi NO.001 Badik Lam Alif RM250.00 siap pos SOLD OUT (rz)



Panjang keseluruhan 7 inci
Panjang bilah 5 inci
Hulu,sampir,buntut kemuning
batang serunai sena

Promosi NO 005 Badik Besi sebatang RM180.00 SOLD OUT (b.m)










Panjang keseluruhan 12 inci
Bilah 8.5 inci
Sarung halban

Promosi NO 003 Badik Berlok besi berpamor RM290.00 SOLD OUT (sh)



Badik berlok besi pamor
Hulu,sampir dan buntut kayu kemuning
Batang serunai sena
Panjang keseluruhan 14 inci
Bilah 10 inci

Promosi NO 004 Badik Besi berpamor RM270.00 SOLD OUT (RZ)












Badik besi berpamor
Panjang keseluruhan 14 inci
Panjang bilah 10 inci
Hulu,sampir,buntut kayu kemuning
Sampir Kayu sena


Promosi NO 002 - Badik berangkut RM260.00 SOLD OUT (RZ)

















Panjang keseluruhan 10 inci
Panjang bilah 6.5 inci
Ulu,Sampir , buntut kayu kemuning
Batang serunai sena

Tuesday, November 25, 2008

Perasan....

Kadang-kadang kita perasan kita agak pandai dalam sesuatu bidang, kita melihat orang baru dengan satu pandangan sinis . Kadangkala kita terlupa jalan-jalan yang pernah kita lalui untuk sampai ke tahap sekarang. Ajar mereka dengan pengajaran, didik mereka dengan penddidikan. Niatkan di dalam sanubari, walaupun cara pengajaran mungkin menyakitkan,membosankan atau pun agak kejam ia adalah untuk menjadikan manusia itu insan. Jangan pula kita ditimpa perasan oleh sekelumit ilmu anugerah Allah.

Semarak dunia perkerisan.

Satu perkembangan baik sedang berlaku dalam usaha pelestarian keris di Malaysia. Semakin banyak seminar-seminar diadakan untuk mebincangkan tentang keris dari pelbagai aspek. Namun khalayak yang terlibat masih terlalu kecil serta bertumpu pada pemain sedia ada. Walau apa pun kita patut bersyukur kerana usaha murni yang dilakukan oleh sahabat-sahabat telah berjaya mewujudkan dimensi baru yang lebih baik untuk pencinta seni warisan bangsa ini.

Design Badik Sepat Kelantan



Ini adalah design badik sepat kelantan. Badik jenis ini biasanya menjadi pakaian peribadi orang-orang Kelantan. Matanya pendek dan agak lebar mengikut bentuk ikan sepat. Badik lebih senang dibawa kerana saiznya kecil berbanding keris.

Sebahagian stok hulu keris



Ini adalah sebahagian daripada hulu keris yang ada dalam simpanan saya.

Monday, November 24, 2008

PENGUMUMAN

Saya akan berada di luar Kelantan selama 3 hari bermula 26, 27, 28. Insyaallah urusan akan berjalan seperti biasa pada 30 hb Nov . Sehubungan itu urusan pengeposan barang yang ditempah hanya sempat dilakukan pada hari ini sahaja. Diharap sahabat-sahabt semua boleh bersabar.

* Tempahan baru tak dapat disiapkan sepenuhnya kerana cuaca tidak mengizinkan untuk kerja-kerja varnish dan shellac. Harap maklum

Adab Belajar

Antara adab dalam belajar ialah sabar dan tidak terburu-buru. Tidak semua ilmu boleh kita perolehi dengan mudah dan dalam jangkamasa yang singkat. Sesuatu yang kita dapat secara mudah dan tergesa-gesa akan menghilangkan "jiwa" sesuatu ilmu itu sendiri. Penghayatan tidak mungkin berlaku dan kita akan ambil mudah tentang sesuatu yang dianggap sangat bernilai oleh guru. Kadang-kadang untuk memahami sesuatu perkara secara menyeluruh memakan masa sehingga puluhan tahun, sedangkan jika diungkapkan dalam perkataan hanya sekitar 100 patah perkataan sahaja. Persoalannya, kenapa guru begitu komited dan "menjadi" ilmunya? Sedangkan pada kita hanya satu perkara yang biasa-biasa sahaja. Itulah hakikat kemanisan ilmu yang dituntut dengan jiwa raga bukannya dengan dengan kemanisan kata-kata.

Kunjungan Sahabat







Nampaknya cuti persekolahan tahun ini amat meriah , ramai sahabat yang sudi singgah ke kediaman saya untuk mengeratkan silaturrahim sambil betukar-tukar pandangan dan pengalaman walaupun dalam bidang yang berbeza. Hasil perkongsian idea yang ikhlas saya banyak belajar perkara-perkara baru daripada sahabat-sahabat semua.
* Prof. Dr Fauzi , En. Osman



Kunjungan Sahabat



Inilah sahabat saya ,En.Fawaz yang begitu mengkagumi falsafah Tajung dan Langkasuka. Saya hidangkan padanya puluhan keris,beserta 6 biji hulu tajong dan belasan hulu keris untuk santapan mata dan jiwa sempena kunjungan ke teratak saya. Semoga kunjungan singkat ini ada manafaat untuk dikongsi bersama.

Gambar Kenangan bersama sahabat-sahabat







Bergambar kenangan bersama peserta seminar yang power-power. Turut kelihatan dalam gambar Dr. Fawaz, Nik Di, Dr.Fauzi, Dave Henkel dan sahabat-sahabat dari pelbagai jabatan.
Gambar ini di ambil di kediaman Allayarham Nik Rashiddin

Seminar Seni Ukir Kayu Tradisional Warisan Nik Rashidin Nik Hussin


Berlangsung pada 24 -26 November.
Bertempat di Villa Danialla,
Kg Kandis Bachok.

Sunday, November 23, 2008

Nasihat menasihati

Yang tua sepatutnya menasihati yang muda. Yang muda pula dengar dan amati teguran. Orang muda pula boleh menegur orang tua, tetapi dengan cara yang bersopan. Bak kata pepatah , sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tak berguna.

Saturday, November 22, 2008

Mengapa tak boleh berlawan...?

Ramai pesilat hari ini tak boleh berlawan atau bermain dalam ertikata yang sebenar. Mereka hanya pandai membuat buah, pukulan dan persembahan yang dirancang. Tidak ada gunanya jika pergerakan kita mantap, tapak rendah, tari cantik dan kemasnya kuncian hanya semasa bersama rakan yang menghulurkan penumbuk tapi tak bertindakbalas. Itu namanya latihan untuk anak-anak yang baru nak mengenal silat. Sebaiknya apabila penumbuk dah betul, penendang dah laju, kekuda dah rendah, lepaskan mereka untuk berlatih tempur yang sebenar sebaik sesi memanaskan badan dan sedikit pergerakan patern selesai dilakukan. Apalah gunanya jika pesilat kita hanya tangkas bercakap tentang kehebatan guru-gurunya tanpa mereka sendiri pernah merasa kehebatan ilmu guru mereka.



* Sebaiknya jurulatih mampu sparring dengan anak murid mereka. Jangan tunjuk dengan mulut sahaja. Tunjukkan secara amali. Di sinilah letakya kebijaksanaan seorang guru atau jurulatih. Jangan sembang jer lebih

Projek untuk sahabat




*********************************************************************************************************************************************************************
Demi memenuhi hasrat sahabat dari jauh, tukang-tukang Kelantan telah bereksperimen melalui foto untuk stand keris ini. Menggunakan kayu tembesu, seharian tukang menyiapkannya. Nampaknya saiz pula yang salah. Saya ingin memohon saiz yang tepat dari sahabat saya untuk tempahan stand seterusnya. Untuk makluman tinggi stand ini ialah 10 inci. Tak dapat dicat/varnish kerana cuaca tak mengizinkan. InsyaAllah jika cuaca baik ia akan bertukar warna.

Milik sahabat Ikram - Buku buluh bertemu kenaung



*********************************************************
Ini ialah keris milik sahabat saya. Keris buku buluh pakaianya pula set tajung dari kayu kenaung. Solekan terakhir oleh Tukang Muda Man.

Friday, November 21, 2008

Kerambit yang berjasa ( not for sale )











Inilah kerambit yang banyak berjasa kepada anak-anak buah saya. Kerambit ini ada sepasang . Satu milik saya dan satu milik Faiz . Ramai yang telah khatam pelajaran kerambit tanpa memiliki kerambit sendiri, sebaliknya hanya dengan meminjam kerambit ini sahaja.
Kerambit ini adalah hasil kerja tangan Ucu Noh layang-layang kiri Perak. Dengar khabar beliau sedang uzur sekarang, bangsal tempat dia bertukang pun dah runtuh.

Kepingan Meteor 48.71 ct



Untuk Sahabat yang bertanya.

Untuk Perhatian Sahabat di KL




Tempahan "A" untuk Isteri. Cincin Emas Permata Zamrud Lllit berlian






Thursday, November 20, 2008

Intipati Kertas Kerja kat UM: ( sambungan)

Ilmu seorang usahawan keris di internet - Sentiasa berusaha dan ingin belajar. Walaupun tidak menguasai bidang IT seorang usahawan internet perlu banyak belajar sama ada melalui buku, seminar, kursus untuk memahami kaedah berbisnes yang betul.

Keluarkan sedikit modal untuk belajar cara pengiklanan yang betul, bukan bertenggek dalam chattingbox sedara kita dan mengajak mereka ke blog kita untuk membeli produk yang sama dengan sahabat kita. Belajar menarik trafik dengan cara yang betul.

Standby untuk promosi badik hujung bulan November

Wednesday, November 19, 2008

Keris dan politik

Isu keris dalam politik amat besar dalam kontek negara Malaysia. Ia boleh menggugat kestabilan sesebuah kerajaan. Itu dalam kontek politik negara. Politik keris dalam persatuan, dalam perniagaan dan persahabatan juga tidak kurang hebatnya. Jika dilihat dari sudut politik ia amat menarik . Perlakuan manusia jika dihubungkait dengan keris amat pelik, pelbagai helah dan muslihat dipasang hanya kerana sebilah keris. Sehubungan itu jika memasuki bidang perkerisan kita sewajarnya memahami sedikit sebanyak politik dunia perkerisan, walaupun tidak mahu terlibat dalam politiknya.

Intipati Kertas Kerja kat UM: ( sambungan)

Antara lain isi kertas kerja tersebut ialah :

Modal-
seorang usahawan yang ingin menceburkan diri dalam bisnes senjata warisan memerlukan modal yang mencukupi. Jangan hanya ada 10 bilah keris sahaja untuk diniagakan. Ini kerana ibarat sebuah kedai runcit keris kita perlu ada pelbagai jenis keris, saiz dan juga harga. Biarkan pelanggan membuat pilihan. Kalau tak laku tak apa, simpan sebagai koleksi sahaja.




* semasa pembentangan saya hanya sentuh sebahagian sahaja kerana kesuntukan masa

Kerambit Bilah Lama RM170.00






Kerambit bilah lama
Panjang keseluruhan 11 inci
Bilah 7 inci.
( stok 2 shj)