sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.

HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292453
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Sunday, August 31, 2008

Betulkah apa yang kita buat selama ini....

Betulkah sebutan shahadah kita? Kalau betul dengan siapa kita belajar, siapa guru yang mengajar kita.

Betulkah wudhuk kita? Kalau betul siapa yang mengesahkannya dan siapa guru kita.

Betulkah Solat dan Alfatihahnya? Kalau betul siapakah yang mengajar dan menjadi guru kita.

Maaf jika bercakap tentang fardhu ain yang sahabat semua sudah arif lagi alim. Guru manakah yang akan bertanggungjawab atas semua pelajaran yang saya tanyakan di atas. Kalau tak berguru , alamatkanlah amalan kita kepada ......sia-sia.

Hari ini tiada entry keris.....mulakan ramadhan ini dengan azam baru

Maaf kepada sahabat-sahabat pengunjung blog Cikgu Nasir kerana malam ini tidak ada entry tentang keris. Hanya sedikit renungan untuk menyambut ramdhan . Semoga ada manafaatnya

Menilai .....

Apa yang kita ada, berapa banyak amalan kita, cuba kira berapa usia kita, cuba lihat berapa ramai kawan-kawan kita dah kembali kerahmatullah, berapa banyak sedekah kita, ikhlaskah kita, berapa busuk hati kita, yakinkah kita kepada janji-janji Allah. Alangkah ruginya...........

Alhamdulillah......

Bertemu lagi kita semua dengan Ramadhan pada tahun ini. Uban mula memutih, lutut mula sakit-sakit, ingatan semakin tumpul, mata semakin kabur, semakin dekat dengan lubang kubur, cuma ego semakin subur.

Sepanjang ramadhan saya akan berurusan pada waktu malam hanya selepas pukul 10.30 malam. Harap sahabat yang ingin berurusan pada waktu malam bolehlah sms atau email sahaja kepada saya .

Ulu dan puting....

Agak rumit bagi pembeli ulu untuk membuat pembelian yang tepat jika membeli ulu baru melalui internet. Sebagai seorang peniaga, saya cukup memahami situasi ini. Saiz ulu yang sesuai perlu diambil kira terlebih dahulu sebelum membuat tempahan. Antara perkara yang perlu diberi perhatian ialah :

- Saiz ulu , besar atau kecil .
- Saiz lubang, luas atau sempit
- Kedalaman lubang, dalam atau tohor.

Kadang-kala bentuk hulu tak berapa sesuai dengan bilah , contohnya apabila di pegang ia tak berapa erat digenggaman. Hulu juga mesti sesuai dengan bilah dan sarungnya. Warna hulu mestilah serasi dan sepadan dengan warna sarungnya. Walau bagaimanapun sebagai peniaga saya sentiasa cuba untuk memenuhi hajat sahabat semua untuk menjual aksesori-aksesori keris.

Cepatnya masa berlalu....

21 tahu lepas saya singgah di Pulau Perhentian, bukan sebagai pelancong tetapi sebagai seorang nelayan. Apabila mendarat di Pulau Perhentian, hati menjadi sedih kerana tak dapat ikan atau pun kerana berlindung dari ribut. Pulau Perhentian juga tempat nelayan seperti kami menunaikan solat jumaat walaupun berada di tengah lautan luas.

Kini saya kembali lagi ke Pulau Perhentian tetapi sebagai pelancong, segalanya telah berubah. Yang masih segar diingatan saya ialah masjidnya. Ia tidak berubah. Bertiang tinggi, diperbuat dari kayu. Walaupun pembangunan mula menghimpit, ia masih lagi utuh.

Hanya satu yang berubah, anak-anak mudanya ................................

Saturday, August 30, 2008

Pisau Belati Antik Hulu Gigi Gajah RM750.00 (SOLD OUT)




Pisau Belati Antik
Hulu Gigi Gajah
Sarung Kayu Buwei
Hujung Sarung salut tembaga kuning
Pangkal sarung salut tembaga putih
Penyanggga tangan perak
Temim tembaga kuning
( Hulu gigi gajah amat sulit untuk diperolehi masa kini)
Panjang keseluruhan 12 inci
Panjang bilah 7 inci







Friday, August 29, 2008

Jangan kita menyebar angan-angan....

Dalam keghairahan kita berniaga dan berjual beli, berpada-padalah seadanya. Jangan sampai kita menjual sekali perkara-perkara andaian dan cakap-cakap penjual ubat di kaki lima. Kehebatan produk alamiah jangan sampai boleh menyembuhkan semua penyakit. Kadangkala cerita dari mulut ke mulut boleh mempengaruhi penulisan kita, walau bagaimanapun tapis dan timbang terlebih dahulu sebelum di terbitkan.

Dalam era Melayu semakin terhakis jati dirinya, mereka cuba kembali kepada leluhurnya , tunjukkan mereka jalan yang lurus, bukan tahyul, angan-angan dan juga dongengan. Sambil fikir kita zikir dan sambil zikir berfikirlah. Selamat menyambur Ramadhan Almubarak.

Maaf. Signal tak berapa ok...

Maaf dipinta kepada sahabat-sahabat yang menghubungi saya melalui telefon dan sms, sebenarnya saya bercuti ke Pulau Perhentian selam 2 hari. InsyaAllah esok ( ahad ) saya akan kembali ke rumah. Semasa berada di P.Perhentian signal telefon bimbit tak elok, hanya di lobi sahaja yang dapat, itupun kadang-kala tak ada.

Terima kasih kepada sahabat yang sentiasa memantau blog saya serta menyokong saya selama ini. Rezeki Allah Taala ada di mana-mana. Tapi perlu diingat rezeki Allah berjalan di atas tangan-tangan manusia. Jangan kita sekat ia daripada yang berhak.

Saya juga sesekali menerima email daripada sahabat-sahabat berbicara tentang blog-blog baru yang menjual produk yang sama dgn saya. Alhamdulillah, saya terima perkembangan positif ini dgn hati terbuka.

Sayunya hati...

Pada malam jumaat lepas, sebelum bertolak ke Pulau Perhentian. Saya bersama rakan karib iaitu Zul telah ke rumah Arwah May untuk menghantar koleksi senjata milik arwah yang ada dalam simpanan saya kepada isterinya. Hanya kesayuan dan kepiluan sahaja mengiringi lawatan saya pada malam tersebut. Semoga roh arwah dicucuri rahmat.

Thursday, August 28, 2008

Beramal baik dan beribadah......

Konsep beramal baik dalm kehiudpan seharian mestilah diutamakan. Apa yang kita pelajari seharusnya nampak jelas dalam pekerjaan dan kehidupan harian kita. Di samping itu ibadah wajib mesti ditunaikan, bukannya berhutang. Ibadah sebagai pelan dan amalan sebagai tindakan. Gunakan naqal membantu aqal.

Melela RM1500.00 RM SOLD OUT

OFFER1300.00


Hulu sampir kemuning
Batang serunai sena
Panjang keseluruhan18 inci
Bilah 13.5


Badik Antik Temim Emas RM1500.00

Panjang keseluruhan 13 inci
Bilah 9 inci
Temim Emas
Sarung Tanduk + kayu









Wednesday, August 27, 2008

Kapak dan saiz


Kapak adalah senjata kerja yang boleh digunakan untuk pelbagai tugasan. Fungsi utamnya ialah menakik dan membelah. Struktur mata berbentuk baji amat efesyen untuk memberikan kecederaaan teruk terutamanya pada bahagian kepala.
Saiz kapak yang sesuai dan sedap sebagai alat kerja dan juga senjata ialah yang berada di tengah dalam foto.

Bugis Asli Sampir Kusiwo Kemuning Tua ( SOLD OUT)











Bugis Antik
Panjang Keseluruhan 20 inci
Panjang bilah 14.5 inci
Lebar sampir 6.5 inci

Bugis Toli Toli RM4800.00






Panjang keseluruhan 18 inci
Bilah 13 inci

Tuesday, August 26, 2008

Pedang Melayu ( SOLD OUT )

OFFER RM500.00




************************************************************
Pedang Melayu
Panjang Keseluruhan 27 inci
Panjang Bilah 21 inci
(siapa cepat dia dapat)

Monday, August 25, 2008

Kerambit Sarung Sena Bilah Pamor RM120.00

Panjang keseluruhan 7 inci ( KERAMBIT E SOLD OUT)

Bilah 4 inci


Kerambut Sarung Kemuning RM160.00




Sunday, August 24, 2008

Koleksi Man bukan untuk dijual lagi

Koleksi senjata May Keris kini bukan untuk dijual. Ia menjadi pusaka keluarganya. Harap maklum kepada sahabat semua. Terima kasih. http://maykeris.blogspot.com/

Mengangkat martabat keris...........

Bertuahnya Bumi Melayu kerana pusaka bangsanya masih lagi mampu bertahan dan diwarisi oleh generasi mudanya. Walau bagaimanapun usaha untuk memartabatkan keris akan lebih gah dan penuh makna jika ruang kosong dalam diri diisi dengan ilmu perkerisan dari pelbagai sudut. Kehebatan keris bukan sahaja kerana bentuk dan pamor tetapi juga kerana gandingan sipemakainya yang gagah dan pintar berhelah. Kepada sahabat-sahabat yang mempunyai idea dan waktu semarakkanlah ilmu perkerisan melalui ruang dan peluang yang saudara miliki. Diharap bangkitnya ilmu warisan ini penuh berisi dan mampu mengembalikan maruah Melayu Islam yang disegani.

Saturday, August 23, 2008

Tempoh bertenang...

Kepada sahabat-sahabat yang bertanyakan tentang harga barang-barang peninggalan May keris, harap bersabar dalam seminggu. Ini kerana urusan pusaka belum selesai. Saya kan maklumkan bila ia boleh dijual semula. Terimakasih atas sokongan sahabat semua.

Sila berkunjung ke Laman cincin Cikgu Nasir


Untuk melihat lebih banyak foto sila klik

Friday, August 22, 2008

Mentafsir keris dan menilai manusia

Dua benda yang berbeza tapi mempunyai kaedah yang hampir sama, penilaian dibuat atas banyak kriteria. Jadi sebelum kita menilai sesebilah keris nilaikan dulu sipemilik keris. Ini kerana kita sebenarnya bukan berurusan langsung dengan bilah keris, tetapi berurusan dengan sipemilik keris. Sesebilah keris yang berharga akan turun nilainya jika sipemiliknya menurunkan nilai dirinya. Namun begitu keris yang rendah kualiti dan grednya jarang naik mendadak walaupun tinggi pekerti tuannya.

Ikut belakang....dalam permainan dam

Yang paling susah dalam permainan dam ialah apabila seorang pemain dam mengikut apa sahaja pergerakan pemain pertama. Lama-kelamaan pemain pertama tak dapat bergerak atau tak cukup tapak . Begitu juga dalam persilatan, jika pesilat kedua memahami pergerakan silat pertama dan meniru pergerakannya , lama-kelamaan pesilat pertama akan mati kutu gara-gara semua yang dihasilkan oleh pesilat kedua sama malahan sentiasa ada pembaikan untuk tambah nilai. Sebaik-baiknya biarlah ada originality dalam sesuatu pekerjaan.

Thursday, August 21, 2008

Mentafsir sebilah keris.........

Berikan sebilah keris kepada ahlinya, maka kita akan dapat melihat bagaimana mereka menilainya. Ada yang menilai asal usulnya, ada yang menilai pamornya, ada yang menilai kecantikan bilahnya, ada yang menilai sarung dan ulunya, ada yang menilai isinya dan ada yang menilai harganya.

Kategori pemain dalam dunia perkerisan

Pemain dalam dunia perkerisan dapat dibahagikan kepada beberapa kategori, antaranya ialah:
1. Peminat/pengumpul barangan antik
2. Kategori yang meminati mistik/power keajaiban keris
3. Pesilat yang membeli untuk latihan dan senjata peribadi
4. Peminat seni dan keindahan yang terdapat pada keris keris meliputi pamor dan kehalusan rekabentuk termasuk seni ulu dan sarungnya.
5.Peniaga/pedagang senjata warisan

Walau bagaimanapun ada kolektor yang memiliki lebih daripada satu kategori di atas dan ada juga yang memiliki semua kategori di atas. Wallahualam.

Wednesday, August 20, 2008

May Keris Dah Kembali Ke Rahmatullah

Innalillahiwainnailaihirrajiuun- Akan dikebumikan pada pukul 10.00 pagi

Tetapkan haluan...

Perjalanan yang panjang dan berliku memerluan banyak kesabaran. Pelbagai rintangan sedang menanti di hadapan, justeru itu beberapa panduan perlu diikuti antaranya ialah mencari teman setia yang boleh menasihati semasa kita alpa. Kedua sentiasa ingat apa matlamat asal kita menuntut ilmu. Ketiga jangan lupa jasa orang yang pernah membimbing dan mendidik kita iaitu ibu bapa kita dan yang sama waktu dengannya. Semoga berjaya

Kerambit Antik Sarung Tembaga Putih SOLD OUT







Kerambit antik
Sarung kayu
Salut tembaga putih
panjang keseluruhan 9 inci

Kerambit Sarung Kayu RM160.00


(A) (B) (C) Sold out
(d) Masih dalam stok



















Tuesday, August 19, 2008

Kuku Rimau RM80.00 ( SOLD OUT)







Kuku Rimau
Ulu kemuning
Sarung sena

Hulu & Pendokok RM180.00

Hulu Ayam Teleng
Kayu Kemuning kuning
Pendokok tembaga celup emas








Pandai dan cerdik

Dalam keghairahan kita menuntut ilmu, di samping bijak, pandai dan tekun, satu lagi yang perlu ada ialah cerdik. Cerdik perlu bagi kita untuk menilai semula apa yang dkatakan oleh guru. Contohnya ialah ramai guru yang mengajar secara umum sahaja dan tidak secara khususi. Ini kerana lebih mudah mengajar secara umum tanpa perlu mengambil tanggungjawab untuk mendidik seseorang murid dan berhadapan dengan karenah anak murid. Sehubungan itu anak murid perlu cerdik untuk menjadi murid khususi seorang guru. Fikir-fikirkan.....

Monday, August 18, 2008

Anak Alang RM750.00





Panjang keseluruhan 21 inci
Panjang bilah 16 inci
Sampir kemuning
batang serunai sena

Perut Ular RM550.00 (SOLD OUT)




Keris pamor perut ular
Panjang keseluruhan 17 inci
Panjang bilah 12 inci
Hulu/ sampir kemuning
Batang serunai sena

Alhamdulillah semuanya selamat dan berjalan lancar

Syukur kepada Allah, perjalanan pergi balik saya ke Melaka berjalan lancar dan selamat. Walaupun tayar kereta terkena paku tapi selepas sampai di rumah keesokan harinya barulah ianya disedari bila angin keluar sepenuhnya.

Sesi pembentangan kertas kerja juga berjalan dengan lancar. Terima kasih juga kepada sahabat-sahabat yang sudi membeli barangan walaupun saya bercuti dan lambat mengeposkannya. Terima kasih juga kepada sahabat-sahabat yang sudi menziarahi saya semasa berada di Melaka.

Sunday, August 17, 2008

Keris Pamor Lok 7 RM650.00 ( SOLD OUT )











Keris Pamor Lok 7
Panjang keseluruan 14 inci
Panjang bilah 10 inci
UlU dan sapir kemuning
Batang serunai wena