sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.





HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292452
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Sunday, June 15, 2008

Tongkat Kayu Penawar Hitam Berhulukan Teras Gemunggal

Alhamdulillah dengan izin Allah s.w.t , saya telah dibekalkan oleh seorang sahabat dengan tongkat penawar hitam dalam jumlah yang agak banyak. Untuk menjadikannya lebih unik dan " power" , hulunya akan diperbuat daripada teras gemunggal. Walaupun terpaksa mengorbankan teras gemunggal dalam kuantiti yang agak besar, saya percaya hasil kerja tangan tukang ukir muda Man akan menyebabkan Bro Shaharim tersenyum.

Walaupun Tukang Man agak sibuk kebelakangan ini kerana terpaksa terpaksa meninggalkan bengkel ukirnya untuk kerja-kerja memasang jubin sebuah banglo, saya merayunya supaya dapat disiapkan sempena pertandingan keris beberapa hari lagi.

Berdebar juga kerana buat kerja dalam keadaan tergesa-gesa. Mungkin lepas ini boleh buat lagi jika mendapat sambutan daripada sahabat-sahabat blog semua. Walau apapun kita tunggu dan lihat hasilnya. InsyaAllah khamis akan siap.

1 comment:

shaharim ariffin said...

terima kasih cikgu kerana bersusah payah menunaikan hasrat saya utk tongkat tersebut.terima kasih juga kerana dapat memujuk tukng ukir tersebut bagi pihak saya.Insyallah kita akan berjumpa di KB pd hari jumaat nanti.