sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.





HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292452
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Thursday, August 07, 2008

Katana (SOLD OUT)












Katana Jepun
Dibeli guna permit import 15 tahun lalu
Panjang keselurunam 41 inci
Bilah 30 inci.Mata ada pamor halus yang baik
Semua kelengkapan masih cukup, kain,pengelap,
minyak,bedak dan sarung kain.

12 comments:

Anonymous said...

Katana yang cikgu pamerkan ini dibuat dengan mesin dan bukannya tempaan tangan.

Masa perang dulu, beratus ribu dihasilkan dari kilang besi di Jepun dan dibahagikan terutama kepada pegawai askar Jepun.

Sekarang, di Jepun, banyak dijual sebagai cenderamata tetapi dibuat tidak tajam ( tiada mata ), sekadar replika dan amat cantik sebagai hiasan. Set pedang anak dan pedang ibu ( samurai bawa 2 bilah pedang ). Dijual antara RM 1000 hingga RM 3000. Saya tak pasti yang cikgu pamerkan ni ada matanya atau tidak. Kalau ada matanya, boleh jadi replika yang telah diasah atau pedang dr zaman perang dulu !

Yang ditempa dengan tangan, nilaiannya beratus ribu sehingga jutaan RM sebab pembikinannya sangat rumit. Sangat tajam macam mata pisau cukur dan cantik sekali " hamon " ( pamor ) nya.

Maaf cikgu, sekadar berkongsi apa yang saya tahu.

Anonymous said...

Oh yer.

Saya paling khuatir takut takut ianya bukan buatan Jepun !

Anonymous said...

Pedang ini milik seorang pegawai kastam, pedang ini mempunyai mata yang tajam. Disamping itu juga matanya mempunyai pamor yang halus. Kemudian pedang ini dijual pada seorang kolektor terkenal di kelantan pada harga RM1500.00 15 tahun lepas.

Walau bagaimanapun saya bukanlah arif atau pakar tentang katana. Kalau ada kesempatan boleh datang ke rumah dan lihat sendiri pedang ini lagi bagus.

Bagi yang tak berapa arif dengan katana ni, saya rasa kualiti matanya amat mengkagumkan sekali.

Anonymous said...

pada saya lah, pas tgk katana nie, dh xkn n xpatut timbul lagi persoalan ia yg asli dari jepun ke x ke bila dipadankan ngan harga nya..sebab lengkap sume..bukan lagi berbaloi ngan harga, dh murah n xpatut ngan harga dh rasenya..huhu..

sarung cantik, besi cantik..siap ade pamor halus lagi..huhu

bile tgk barang2 cantik yg murah ni, berangan tetibe, bile lah nk keje ade duit byk ni..kalau leh, sume nk beli je..haha

Anonymous said...

pada saya lah, pas tgk katana nie, dh xkn n xpatut timbul lagi persoalan ia yg asli dari jepun ke x ke bila dipadankan ngan harga nya..sebab lengkap sume..bukan lagi berbaloi ngan harga, dh murah n xpatut ngan harga dh rasenya..huhu..

sarung cantik, besi cantik..siap ade pamor halus lagi..huhu

bile tgk barang2 cantik yg murah ni, berangan tetibe, bile lah nk keje ade duit byk ni..kalau leh, sume nk beli je..haha

Anonymous said...

Seorang pencinta sebenar

tidak hanya menilai dari segi rupa paras dan harga semata

tetapi juga asal usul dan nilai sejarahnya.


Manakan sama nilai set pinggan porselin putih biru yang pernah digunakan oleh puteri Hang Li Po dengan set pinggan porselin keluaran terkini Noritake !

Anonymous said...

memang benar, katana yang tulen itu terlalu mahal harganya. Ia di tempa dari besi karbon bermutu tinggi di panggil 'tamahagane'. Namun begitu ,untuk mencari katana seperti yang du jual dlm blog ni pun sudah cukup sukar.Buatannya cukup baik. Bukan apa saya merupakan seorang pencinta pedang samurai. Kiranya lebih baik mendapatkan samurai sword handbook by John Yumoto( terbitan tahun 50an) di Kinokuniya bookstore di KLCC. Maklumat yang tepat bagi mengenal katana atau tachi atau koto atau shinto atau shin-shinto atau gendaito. Maaf sekadar berkongsi maklumat.

Anonymous said...

akum para saudara , memang bertuah siapa yang dapat membeli katana seperti dalam blog ini. Saya juga seorang 'collector 'pedang (apa saja jenis pedang).Hmm..berbaloi dengan harga yang ditawarkan.Bukan senang nak dapat katana yang tulen. mahal satu hal. Yang tak bestnya, pengalaman saya di tipu seorang rakan baik yang kononya sudi menjadi orang tengah bagi mendapatkan katana yang di idamkan 5 tahun yang lalu semasa final year di UPM. Aapapun cikgu nasir telah menjualkan katana yang bermutu ini pada harga yang sangat kompetitif. Dapatlah menyuap kepada mulut-mulut kecil seperti kami.Terus terang kebanyakkan katana yang di jual di luar sana dalah buatan negara china, thailand dan sewaktu dengannya. oey skit, buatan taiwan. Saya juga memiliki sebilah Shirasaya ( katana berbaju kosong seperti yang di guna opakai oleh gengster jepun, YAKUZA) buatan Hawaii, tu pun dah cukup cantik besinya, walaupun bukan made in japan. jadi bersyukur, sape yang dapat membeli katana seperti dalam laman blog cikgu nasir.pamor (hamon)nya pun cukup cantik ada 'kick'. Tahniah

Anonymous said...

Yang penting jujur. Apa yang di paparkan dalam gambar mestilah sama seadanya apabila di jual kepada sesiapapun. Bisnes terus di percayai, murah rezeki.Teruskan usaha murni laman blog ini. P/s: sukar mencari peniaga orang melayu dalam bidang persenjataan ini. asyik-asyik bangsa lain aje. yang kena tipu nanti orang melayu juga. jadi bantu membantulah dengan kejujuran dalam berbisnes.

Anonymous said...

Yeah!kalau ada lagi pedang pedang samurai yang hendak dijual, bolehlah paparkan dalam laman blog ni cikgu. Selain pistol(senjata api), senjata tradisionanal yang paling best di dunia ini hanya 2, pada pendapat saya, pertama keris dan kedua pedang samurai jepun. kuah..kuah..kuah.

presa1200 said...

sblom org jepun bikin katana, org cina zmn kuno dah pandai buat pedang yg canggih, zmn skarang nak tiru semula pun susah. cthnye pedang pusaka maharaja Goujian yg dah berusia 2,000+ tahun tp masih lg sgt tajam dan tak berkarat sehingga ia dpt memotong 20 helai kertas dgn mudah sekali. stiap bhg pedang tu dibuat drpd bahan besi yg berlainan spt bijih timah, tembaga kuning dan sulfur sbb tu ia sgt kuat.

utk pengetahuan semua, mana2 pedang yg layak dipakai dlm pertarungan mestilah dibuat drpd carbon steel dgn komposisi karbon sekurang2nye 55%, dirawat dgn haba dan full tang, maknanye pjg bilah pedang tu smpai ke tangkai pegangannye.

kalo pedang/katana yg dibuat drpd stainless steel, ia hanye utk tujuan perhiasan shj.

Unknown said...

saya ada memiliki pedang samurai tentera jepun ww2 ia milik seorang pegawai berpangkat tinggi kalau dilihat dgn pedang jeneral yamashita ia agak mirip cuma berbeza pada butang sarung kulit nya yg mana pedang yamashita mempunyai butang 3 selari tp pada pedang ni hanya 2 butang pada sarung kulitnya pedang ini digunakan utk memancung di singapore ...kalau cikgu berminat mengetahui selengkapnya boleh hubungi sy di 0177777973 pedang ni sama dgn pedang yamashita bersarung kulit dan asli .sgt2 rare didunia.sy inggin mencari buyer