sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.





HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292452
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Tuesday, April 15, 2008

Demo sekerat jalan....

Pada hari sabtu 12 Mac 2008 saya telah dijemput oleh seorang sahabat karib untuk membawa anak-anak didik saya bagi memeriahkan satu kejohanan sukan. Demi memenuhi hasrat seorang sahabat, dalam kesibukan, saya telah mengerah 8 murid saya orang supaya berlatih dan bersedia untuk demo. Antara persembahan yang dirancang ialah permainan pukulan tangan kosong, permainan pisau, tongkat rotan dan juga kemuncaknya ialah pentas keris.
Akhirnya hari yang ditunggu-tunggu pun tiba. Malangnya persembahan berlangsung sekerat jalan sahaja. Sebabnya ada antara pegawai yang lebih besar dan tinggi pangkatnya dari sahabat saya yang menguruskan program berasakan persembahan tersebut bahaya. Pesilat dan penonton jadi terpingga-pingga apabila juruacara mengumumkan persembahan dihentikan sebaik tamat sahaja persembahan pentas tongkat. Kasihan rakan saya yang menguruskan persembahan dimalukan dikhalayak ramai.
Moral cerita ini ialah, jika bangsa Melayu sendiri tidak memahami apa itu silat di bumi Melayu ini, maka yang disebut-sebut perjuangan untuk memertabatkan bangsa dan agama hanyalah retorik-retorik indah semata-mata.

No comments: