sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.





HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292452
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Wednesday, April 09, 2008

Besi Sebatang

Apabila kita melihat katalog keris seringkali kita bertemu dengan istilah keris pamor... besi sebatang. Dalam entry ini saya ingin berkongsi info/ilmu mengenai besi sebatang. Istilah ini digunakan apabila sesebilah keris yang ditempah oleh pembeli yang tidak ingin menggunakan campuran besi bagi menaikkan pamor. Daripada sebatang besi bermula dari puting sampailah kehujung mata keris hanya menggunakan sebatang besi sahaja. Kecuali cicak yang dibuat kemudian dari bahagian yang sama dengan besi keris tadi. Biasanya tukang/penempah sangat yakin dengan kualiti besi yang dimilikinya samaada dari sudut pamor semulajadi ataupun kekerasan besi tersebut.

Biasanya keris jenis ini mempunyai kekerasan yang lebih baik berbanding dengan besi-besi yang dicampur. Walau bagaimanapun tidak semua keris yang menggunakan besi sebatang dimasukkan nama besi sebatang dibahagian belakang namanya. Jika ada ciri-ciri lain yang boleh ditonjolkan melebihi kehebatan besi sebatang maka nama-nama lain digunakan.

No comments: